Bismillahirrahmanirrahim.
Kunjungan ke Istanbul kali ini dilengkapi dengan memasuki Venezia Mega Outlet yang merupakan salah satu pusat membeli-belah terbesar dan paling popular serta terbaik di Istanbul. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Esenyurt dan menawarkan pengalaman membeli-belah di lebih 300 kedai.
Seni bina yang diilhamkan oleh Itali di kedai itu mewujudkan suasana yang menakjubkan untuk membeli-belah. Pembeli boleh menyemak imbas pelbagai koleksi jenama fesyen mewah, termasuk Armani, Versace, Gucci dan Dolce & Gabbana, serta pilihan lain seperti H&M, Zara dan Mango.
Kami melihat-lihat sahaja tanpa sebarang tujuan untuk membeli-belah.
Pengunjung boleh merasai pengalaman menaiki gondola di sini.
Jika pengunjung memerlukan wang tunai, mereka boleh keluarkan wang di sini kerana terdapat kira-kira 10 bank Turki terkenal dengan perkhidmatan ATM tersedia di pusat ini. Seperti kebanyakan negara lain, kad antarabangsa seperti MasterCard juga diterima untuk pengeluaran.
Ada perkara yang sangat menarik di sini iaitu terdapat Pusat Barangan Hilang, yang terletak di sekitar Dataran San Marco. Pengunjung boleh menjejaki peranti dan item lain yang hilang. Dan jika kita menjumpai sebarang barang yang hilang, pastikan kita menghantarnya ke pusat ini untuk supaya pemiliknya yang sah dapat menemuinya.
Walaupun pusat beli-belah ini sangat luas tetapi tidak perlu risau akan sesat. Di mana-mana sahaja terdapat papan tanda yang besar dan jelas sebagai penunjuk arah.
Kami lebih banyak menghabiskan masa di bahagian luar untuk melihat suasana persekitaran kerana tidak berminat untuk membeli barangan di sini. Barangan yang ada di setiap kedai pun lebih kurang sama dengan barangan di tempat kita.
Banyak kali Amie melihat orang di sini duduk diatas bangku di bawah sinaran matahari. Kalau kita sudah tentu suka mencari tempat sejuk, tetapi mereka yang berada di negara empata musim sudah tentu inginkan kehangatan pula.
Kalau tak silap 'BEBEK' ini menunjukkan arah jualan pakaian baby.
Di sini para pengunjung boleh menikmati suasana ala-ala Venice, Itali. Sudah namanya pun Venezia Mega Outlet, sudah tentulah hendak ditampilkan persekitaran Venice.
Kami sudah naik gondola sewaktu berada di Venice, Italy 10 hari sebelum sampai ke sini. Jadi, tak perlulah buang EURO untuik naik gondola lagi... ahaks!
Sudah ada tambahan mata wang LIRA, mari kita ronda-ronda lagi.
Buah berangan dan Istanbul berpisah tiada!
Kami singgah makan aiskrim. Penjualnya seorang perempuan muda. Alhamdulillah, kami minta masukkan aiskrim ke dalam cawan kertas sahaja. Di sini tidak ada drama mempermainkan pembeli seperti yang selalu kita lihat di Turkiye. Kalau ada begitu cara mereka jual, minta maaflah! Kami tak akan singgah beli....hiks! Walaupun dianggap unik, tapi kami tak berminat.
Banyak sangat tempat makan di sini sampai tidak tahu hendak masuk restoran yang mana satu! Harganya pun jauh lebih murah berbanding tempat kami makan kelmarinnya di Arasta Bazaar.
Sudah penat berjalan-jalan, sudah tentu perut pun lapar. Jom kita singgah di dalah satu restoran di sini untuk menjamu selera. Jam sudah menunjukkan angka 11:00 tengah hari. Eloklah isi perut sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.
Wah besar betul tu. Nama pun mega outlet kan. Siap ada gondola, best ni. LC Waikiki ada di mana2.
BalasPadamMesti ramai tercicir/kehilangan barang, sampaikan ads kaunter lost & found disediakan tu...
BalasPadamSedap nampak buah berangan tu, gemoks!
waahhhhh! sukanyaaaa entry Istanbul! TQ kak amie bawa Ana jalan-jalan!
BalasPadamCantik dan besar sungguh mall nya tu kak... bagus la ada tempat barang hilang tu, menunjukkan masih ramai orang yang jujur kan. Geramnya tengok buah berangan tu,besar betul nampak buahnya.
BalasPadamapa rasa berangan di sana mesti beza dgn berangan sini
BalasPadamBukan main orang tu mentanglah ada lagi wang lira dok meronda saja dia ya.
BalasPadamYang duduk2 kat luar tu walaupun ada cahaya matahari tapi cuaca sejuk tentu nyaman.
BalasPadamBuah berangan tu mereka dah kupas ya, senang lah makan.
Kalau tengok video yang jual aiskrim main-mainkan pembeli tu lama-lama tengok pun annoying.