Pages

Ahad, 21 Julai 2024

Makan Tengah Hari di Mama Win Cafe, Sri Perdana Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim.

Semenjak tinggal bertiga (sekarang berdua sebab Firdaus sekolah agama sebelah petang) memang jarang sangatlah masak untuk makan tengah hari. Balik kerja, singgah sajalah mana-mana kedai makan untuk isi perut. Dan tidak semestinya kami mencari nasi. Asalkan ada menu yang berkenan di hati, itulah yang dipesan.

Hari Jumaat lepas, Amie bersama Encik Suami singgah makan di Mama Win Cafe  yang terletak di Bandar Sri Perdana. Kami selalu makan di sini kerana tidak perlu menunggu lama hidangan sampai di meja. Selain itu setiap menu yang dipesan memang sempurna dan cukup rasa. Kalau minta laksa atau makanan berkuah, tidaklah dihidangkan kuah yang suam-suam sehingga kita mati selera! 

Singgahlah ke kafe ini sekiranya ada yang 'tersesat' ke Lahad Datu!

Encik Suami hendak makan Kuetiaw Goreng Basah, dan Amie memesan Laksa Nyonya Seafood. Minumannya pula Coconut Shake. Encik Suami hanya minta air suam sahaja.

Kuetiaw Goreng Basah

Laksa Nyuonya Seafood



Biasanya kalau menu berkuah, Amie akan hirup kuah sampai habis bersama aksesorinya dan tinggallah mi kuning dalam mangkuk. Kali ini mi kuning tidak banyak, tetapi aksesorinya bermacam-macam. Ada telur rebus, udang, tauhu pok, fish cake dalam lain-lain. Habis licin kita kerjakan.

Coconut Shake


2 ulasan:

  1. Samalah kita kalau makan mee kari.. mesti nak hirup kuah smpai habis hahaha.. rasa syg pulak kalau tak habis kan :D

    BalasPadam
  2. sedapnya kak laksa nyonyaaaa๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam