Pages

Ahad, 28 Julai 2024

Sarapan Nasi Lemak Sambal Sotong di Restoran Nasi Lemak Perak(NLP) Tronoh

Bismillahirrahmanirrahim.
Rabu, 28 Februari 2024 - 8:00 pagi.
Tempat : Restoran Nasi Lemak Perak (NLP) Tronoh.

Ini cerita lima bulan lalu, dan baru sempat dijadikan entri pada hari ini. Banyaklah ceritanya yang sudah hampir lupa. Dengan bantuan gambar dan butiran dalam galeri, bolehlah dijadikan entri... ahaks! Hendak dibuang gambar-gambar rasa sayang pula kerana itulah sahaja rakaman kenangan bersama anak-anak sewaktu bercuti tempoh hari.

Kali pertama kami sarapan di sini pada Disember 2022.


Amie : Nasi Lemak Sambal Sotong

Semua harga makanan memang sudah tidak ingat. Tidak buat catatan. Tidak ambil gambar dan tidak simpan resit. Tapi, harganya memang harga mampu bayar. Harga marhaen, dan bukan harga kayangan. Amie ambil nasi lemak, ada telur mata dan sambal sotong.

Ingat-ingat lupa harga Nasi Lemak Sambal Sotong. Lebih kurang RM7.00.


Ambil juga kuih vadei, ketayap dan kuih lompang yang berselimut dengan kelapa parut.

Encik Suami : Bihun Goreng Telur Mata


Encik Suami : Kopi Hitam


Amie : Lontong

Firdaus : Roti Bako Telor Gegor RM4.00.

Abang Farid : Roti Garlic Mushroom Soup RM4.00.

Aseeyah : Roti Canai

Restoran Nasi Lemak Perak (NLP) Tronoh



14 ulasan:

  1. wah best sungguh jalan jalan makan

    BalasPadam
  2. Kalo nanti kesana, nak coba nasi lemaknya. Saya dan anak bungsu teramat suka nasi lemak untuk sarapan 😄😄😄👍. Memang tak akan bosan itu. Walopun di jakarta ada yg jual, tapi kan beda rasanya kalo makan langsung di negara asal.

    Menu lainnya pun nampak sedaap kak Amie. ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah uniknya dunia masakan. Namanya sama tapi rasanya pula berbeza.

      Padam
  3. Nampak menarik plak nasi lemak tu...

    BalasPadam
  4. Oh, cerita lama tapi tetap segar ni, Kak Amie.

    BalasPadam
  5. sedapnya semua menu tu kak... dana yang di semenanjung ni pun baru sekali sampai ke perak tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emak saya memang asal Perak. Selalulah kami ke Perak.

      Padam