Pages

Ahad, 28 Julai 2024

Ambil Angin Pagi di Taman Tasik UTP

Bismillahirrahmanirrahim.

Saja jew buat entri ini untuk kenang-kenangan Firdaus. Suka sangatlah bujang kenit ini apabila dapat masuk dan berlari-lari di sekitar Taman Tasik UTP ( Universiti Teknologi Petronas). Selama Abang Farid di UTP, inilah kali pertama kami masuk di sini.

Walaupun masih pagi, sekitar pukul sembilan tetapi panas matahari terasa terik. Lihat sahajalah warna biru langit tanpa awan, dan warna biru tasik yang sangat menenangkan!



Firdaus dengan Kakak Aseeyah.


Biarlah Firdaus meneroka alam yang terbentang di hadapannya.








Firdaus asyik mendengar bunyi kicauan dari pelbagai jenis burung yang hinggap di ranting pokok.


Nampaknya Firdaus ingin bermesra lama-lama dengan alam.






















Tandas yang cantik di Taman Tasik UTP.












Dinasour, salah satu dari pelbagai jenis haiwan yang disukai Firdaus. 
Walaupu tidak pernah melihat haiwan ini, tetapi Firdaus suka simpan pelbagai jenis koleksi patung dinasour.




Apabila dapat melihat replika dinasour, bertambahlah seronoknya Firdaus.







Setelah mengelilingi Taman Tasik UTP, nampak penatlah pula budak Firdaus ini.
Lain kali kita datang ke sini lagi ya sayang.


Selepas ambil angin pagi di Taman Tasik UTP, kami teruskan perjalanan ke Batu Gajah pula.


26 ulasan:

  1. Ingatkan Firdaus bertinggung depan anjing, rupa2nya replika binatang zaman ais batu ye 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee ... Seronok sangat Firdaus tengok replika binatang di sini.

      Padam
  2. Uwaaah kak Amie, cantiiiik taman iniiii. Ada replika banyak hewan purba pulaa. Lengkap dengan penjelasan yaa ❤️❤️❤️..kalo kesini nak juga visit taman nya. Anak2 saya pasti sukaa nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taman ilmu ini dik Fanny. Lengkap dengan infonya.

      Padam
  3. Terkejut nengok gambar 1st.. ingatkan haiwan betul apa tadi.
    Nampak bersih dan terjaga taman tu.
    Pasti pengunjung puas hati bila datang ke taman begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam haiwan betul kan. Tempatnya terjaga tapi tak boleh lama di sini, tak tahan panas.

      Padam
  4. nampak real la..cantik juga kawasan die ye..nampak bersih

    BalasPadam
  5. waahhh bestnyaaa nampak real betul!

    BalasPadam
  6. Menarik ni, ada kanak² lagilah best esp ada replika dinos semua tu .. firdaus pun pandai ye posing sana sini 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka sangat tu Firdaus dapat tengok dinasour besar.

      Padam
  7. Bagus pengurusan Tamn Tasik UTP ni letak replika haiwan2 macam tu..boleh tarik perhatian pengunjung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaman jew tiupan angin dari arah tasik. Lagi best kalau duduk lama2 bawah pokok.

      Padam
  8. Firdaus macam tengah bersembang dengan penyu lah pulak nampaknya. Besar dan luas serta banyak replika yang terdapat. Jenuh juga keliling dia ye.

    BalasPadam
  9. Terfikir binatang apakah yg rendah dekat dengan Firdaus tu....ingat kot lembu tapi pelik bentuknya...sekali tengok binatang prasejarah rupanya....Harimau gunung kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik -pelik rupa haiwan prasejarah ni kan.

      Padam
  10. Balasan
    1. Lama dulu SK. Balik dari Balkan terus jalan-jalan Malaya pula.

      Padam
  11. cantiknya taman ni, kalau bawak Aiyan ke sini mesti dia suka sebab ada dinosour kegemarannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak memang suka dinasour. Bawalah Aiyan ke sini Dana.

      Padam
  12. Cantik kan, bila lah dapat ke sana lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan-jalan ke Seri Iskandar nanti bolehlah singgah sini kan Mulan.

      Padam