Pages

Isnin, 8 Julai 2024

Sarapan Nasi Goreng Daging Campur Daun Kemangi

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat bercuti sempena ketibaan Maal Hijrah 1446H.

Sarapan apa pagi ini? 

Amie hendak makan nasi goreng tapi tidak ada lebihan nasi sejuk. Amie masak sajalah nasi baharu. Sepanjang hari ini kalau boleh hendak siapkan menyemak kertas pentaksiran sumatif pertengahan tahun. Ada enam kelas semuanya. 2/6 sudah siap semak. 2/6 lagi sedang disemak dan 2/6 lagi simpan di sekolah. Esok bolehlah sambung lagi.

Jadinya, sengaja sediakan sarapan berat supaya tidak masuk ke dapur lagi tengah hari nanti. Minta Encik Suami petik daun kemangi yang di tanam di Taman Firdaus. Bolehlah campur dalam nasi goreng biar aromanya timbul!

Nasi Goreng Daging Campur Daun Kemangi



Sarapan hari ini:
  • Nasi Goreng Daging Campur Daun Kemangi
  • Lempeng Pisang & Kuih Puteri Ayu
  • Salad Romaine Lettuce  + Tomato Ceri + Telur Rebus + Kewpie Sesame Roasted Dressing
  • Oren & Mangga Manila
  • Teh Strawberi

Lempeng Pisang & Kuih Puteri Ayu


Romaine Lettuce + Tomato Ceri + Telur Rebus + Kewpie Sesame Roasted Dressing

Oren & Mangga Manila

Nasi Goreng Daun Kemangi

Resipi Nasi Goreng Daging Campur Daun Kemangi
Bahan-bahan:
  • 4 cawan nasi putih
  • 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
  • 1 cawan isi jagung
  • 7 tangkai cili padi
  • 7 tangkai daun kemangi - ambil daunnya
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • garam / perasa pilihan
  • 4 sudu besar minyak
Bahan kisar kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan cili kering kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan isi jagung. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan nasi putih. 
  4. Tambahkan garam / perasa pilihan.
  5. Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga kelihatan asap nipis keluar dari nasi goreng.
  6. Masukkan cili padi dan daun kemangi. Gaul beberapa kali sehingga daun kemangi layu dan mengeluarkan aroma.
  7. Padamkan api dapur.
Cili padi itu sengaja masuk sebiji-sebiji. Jika kurang pedas sewaktu makan nasi goreng, bolehlah picit cili padi tadi.

Walaupun ada aroma daun kemangi, nampak sedap jew Firdaus makan nasi goreng sampai menambah dua tiga kali! Baguslah, bujang kenit kami tak cerewet makan. Senanglah kalau dibawa berjalan ke mana-mana.

Teh Strawberi

Terima kasih Encik Suami yang tolong sediakan teh strawberi.

23 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis, sedap juadah sarapan, nasi goreng daun kemangi membuka selera. Betul masakan sekali, jimat masa. Salam maal hijrah. Maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      Sama-sama bermaafan kita ye.

      Padam
  2. semerbak aroma nasi goremg daun kemangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Aroma daun kemangi membangkitkan selera.

      Padam
  3. Kelihatannya enak banget kak amie...mbul dah lama ga bikin nasi goreng..mbul terliyr liat jeruk dan mangga manilanya

    BalasPadam
  4. Menggoda betullah airtangan Kak Amie ni πŸ˜‹
    Tengok hidangan salad pun rasa lapar ahak! Presentation tu first class πŸ‘

    BalasPadam
  5. Menariknya nasi goreng kak Amie πŸ˜‹
    Sedap sungguh sampai Daus menambah makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada daun kemangi segar hasil tanaman sendiri, itu yang ada idea nak campur dalam nasi goreng.

      Padam
  6. waahhh nampak sedap semuaaa! teringat cerita Pramlee ada watak nama dia Kemangi hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nama filem tu Ana? Macam pernah dengar juga.

      Padam
  7. Resipi mudah, boleh cuba lain kali. Tapi mana nak cari daun kemangi tu ye.

    BalasPadam
  8. sedapnyaaa ada dagingπŸ‘πŸ‘πŸ‘ kalau sy ni kompem bertambah2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng daging memang lain macam sikit kan Anies. sedap!

      Padam
  9. pokok kemangi kat rumah dah habis mati, tak terbeli lagi nak tanam benihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok-pokok ni selalu nak perhatian si penanamnnya kalau nak panjang umur dia kan Dana.

      Padam
  10. Nasi goreng memang feveret kita tapi daun kemangi tu tak tau daun apa....

    BalasPadam
  11. Kak Amie, macam mana ya masak nasi goreng tapi nasinya pera atau lepas macam tuh. Kenapa saya masak nasi goreng, walopun dah pakai nasi sejuk semalam, tetap saja macam lengket. Apa jenis berasnya menentukan, atau cara masak saya yg salah. Tak pernah berhasil masak nasi goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi sejuknya memang kena peroi juga dik Fanny. Jadi, hasilnya tidak lengket.

      Padam