Pages

Ahad, 7 Julai 2024

Resipi Daging Goreng Kunyit Yang Mudah Tapi Sedap!

Daging Goreng Kunyit walaupun masakannya ringkas dan mudah tetapi apabila menikmatinya dengan nasi putih panas memang sampai menjilat jari! Jika ada tambahan sayur seperti kacang panjang atau kobis bunga, cukuplah satu lauk ini sahaja. Pasti licin sampai ke titisan minyak kuah yang terakhir!

Untuk lauk makan tengah hari kami, Amie masak Daging Goreng Kunyit tetapi tiada tambahan sebarang sayuran. Firdaus menambah-nambah nasi dan menghabiskan lauk Daging Goreng Kunyit sampai ke minyak-minyaknya.

Resipi Daging Goreng Kunyit ini ada dalam entri lama : DAGING GORENG KUNYIT TRADISIONAL

Daging Goreng Kunyit


Hidangan tengah hari:
  • Nasi Putih
  • Daging Goreng Kunyit
  • Sayur Pucuk Betik Tumis dengan Udang Geragau
  • Tongkeng Ayam Goreng Salut Tepung
  • Keropok Ikan Terengganu
  • Sambal Belacan
  • Buah Oren
Pucuk Betik Tumis dengan Udang Geragau

Tongkeng Ayam Goreng Salut Tepung

Keropok Ikan Terengganu

Sambal Belacan


Oren

Daging Goreng Kunyit

Resipi Daging Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
  • 400 gram daging lembu segar - hiris ikut ketebalan dan saiz yang disukai.
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak
  • air secukupnya
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 tangkai cili merah / hijau - hiris serong
Cara memasak:

  1. Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Masukkan ke dalam kuali.
  3. Tuangkan air sehingga melebihi paras daging.
  4. Tuangkan 2 sudu besar minyak.
  5. Tutup kuali. (Amie gunakan api perlahan sehingga daging empuk).
  6. Kacau sekali-sekala.
  7. Apabila daging empuk, air mula mengering dan kelihatan keperangan, tambahkan 1 sudu besar minyak lagi. Gaul rata.
  8. Kemudian masukkan hirisan bawang dan cili hijau / merah.
  9. Jika kurang atau tidak cukup rasa, tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  10. Gaul beberapa kali sehingga bawang dan cili hijau / merah layu.
  11. Padamkan api dapur.

Jemput makan.


12 ulasan:

  1. Hidangan lengkap nampak sedap semuanya

    BalasPadam
  2. Teringat arwah ayah suka daging goreng kunyit. Tak pernah makan pucuk betik goreng. Yang celur pernah la makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya pun tak pandai makan pucuk betik. Belajar makan dan masak dari keluarga suami.

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul Carneyz. Masakan yang ringkas tapi sedap.

      Padam
  4. kak amie pakai bawang holland ke tu?

    BalasPadam
  5. Walaupun disebut goreng, tp ternyata tak benar2 goreng ya kak. Masih ada tambahan air juga. Tp kalo minyak yg dituang dikurangi lagi bisa kan yaa? Saya mengurangi minyak soalnya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul dik Fanny. Untuk melembutkan daging harus direbus bersama minyak. Boleh saja kurangkan minyak sesuai dengan keinginan. Kalau daging itu ada lelemaknya, memang bertambahlah minyaknya kan.

      Padam
  6. Menarik pula tengok tumis daun betik tu. Belum pernah makan begitu, biasa pucuk betik tu rebus buat ulam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat ulam pun ok. Biasanya sebelah suami ucuk betik dimasak lodeh atau ditumis dan kalau kenduri, dibuat kerabu tambah pucuk ubi dan jantung pisang.

      Padam