Pages

Rabu, 10 Julai 2024

Cerita Tentang Es Pisang Ijo

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi Encik Suami belanja makan di Warung Malampek, Kampung Bugis. Dapatlah basahkan tekak dengan Es Pisang Ijo dan kenyangkan perut dengan barobbo, @ bubur jagung dan bakso.

Es Pisang Ijo

Konon menurut legenda Masyarakat Makassar, es pisang ijo dibuat oleh juru masak istana yang hampir dihukum mati oleh seorang raja yang terkenal kejam. Juru masak bernama Ijo tersebut melakukan kesalahan sehingga membuat raja murka kerana masakannya tidak enak. 
Ijo pun hendak dihukum pancung di depan rakyat, namun dia memutar otak agar selamat. Akhirnya Ijo memasak kudapan lazat dan segar untuk meredakan amarah sang raja.

Saat dihidangkan, sang raja ternyata sangat menyukainya. Akhirnya Ijo selamat dari hukuman mati. Sebagai penghargaan, sang Raja memberikan nama sang juru masak sebagai nama kudapan tersebut yaitu ‘Es Pisang Ijo’.

Es Pisang Ijo
Bakso Special
Barobbo' (Biasa)

Barobbo'

Dulu pernah makan Barobbo' Special tapi mengah hendak menghabiskannya kerana banyak aksesori. Kali ini minta barobbo' biasa saja. Habis kita makan sampai titisan kuah terakhir!


Encik Suami makan Bakso Special. Penuh semangkuk dengan pelbagao aksesori termasuk pentolan, telur, ayam, tauhu dan sebagainya.

Es Pisang Ijo

Es Pisang Ijo ini kami makan berdua. Itu pun masih berbaki. Cerita tentang Es Pisang Ijo ini, teringat pula kisah Raja Bersiung! Eh, senangnya raja dulu-dulu ambil tindakan ke atas rakyat. Sikit-sikit nak bunuh. Makanan tak kena di tekak  pun nak dibunuh. Issshh...isssshhhh! Agaknya ini cerita raja sebelum kedatangan Islam kot. Kan ikut ajaran Rasulullah S.A.W. baginda tidak pernah mencela pada sesuatu makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu baginda akan memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.

Cantiknya sunnah nabi. Jadi raja tak perlulah angkat pedang nak penggal kepala tukang masak yang masak tak sedap hihihiiii!

13 ulasan:

  1. Kat sini tak pernah jumpa tu kak...

    BalasPadam
  2. Ya Raja Bersiung kisah dulu2, makan nangka ke apa murka....tapi tu kisah entah ya entah idak...., teringin lak nak merasa Es Pisang Ijo. Ijo tu macam ala ala ketayap tapi macam lempeng pun ada....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu cerita-cerita mitos untuk dijadikan pengajaran saja kan.
      Pisang Ijo tu memang macam kuih ketayap tapi isinya pisang. Biasanya dipotong-potong tapi yang ini dihidang begitu saja.

      Padam
  3. Hahahahahah kalo baca cerita2 dulu, memang nampaknya raja itu kejam ya kak , 😄. Apa2 nak bunuh saja.

    Saya malah baru tahu loh cerita legenda es pisang ijo ini. Ini dessert fav saya juga. Sukaaa sangat. Untungnya resto Makasar di jakarta sini banyaak. Dan ada juga yg khusus menjual hanya es pisang ijo. Sedaap sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahulu memang raja punya kuasa mutlak. Perintah dan hukumannya wajid dipatuhi rakyat jelata. Itulah antara cerita mitosnya.
      Itulah untungnya di Sabah ini ada masyarakat Bugis di daerah Lahad Datu. Macam-macamlah makanan tradisi mereka yang ada di sini.

      Padam
  4. Menu sabahan sgt ni.. hihihi... bakso sabah sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang Sabah dengan bakso berpisah tiada! Cuma kena cari tempat makan yang ada hidangan begini untuk menikmatinya.

      Padam
  5. Oh, begitu ceritanya. Ingatkan saja² letak nama begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak menyedapkan cerita, adalah cerita mitosnya. Agak-agak boleh kot menambah sedap menunya.

      Padam
  6. Dalam Es Pisang Ijo tu nampak macam kuih ketayap. Bila saya google, pisang kukus didalamnya sebelum dibalut dengan adunan beberapa jenis tepung. Menariknya makanan ni, kat sini tak pernah jumpa lagi.

    Barobbo' tu pun nampak menarik sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Da;am balutan lempeng ijo ada pisang.
      Barobbo' macam bubur jagung, tapi memang sedaplah.

      Padam
  7. sekali tengok macam.kulit kuih ketayap laa kak..

    BalasPadam