Pages

Jumaat, 5 Julai 2024

Sahaflar Çarşısı : Bazar Kedai Buku Tertua di Istanbul Sejak Zaman Uthmaniyyah

Bismillahirrahamanirrahim.
Secara tidak sengaja, selepas solat jamak di Masjid Beyazit Amie terpandang pintu masuk tertulis Sahaflar Çarşısı. Rupanya di sinilah terletaknya bazar buku bersejarah yang popular dalam kalangan penulis terkenal abad ke-16 dan ke-17. Bagi pencinta buku dan ilmu pengetahuan, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mencari buku-buku yang jarang ditemui termasuk buku-buku terpakai.

Sahaflar Çarşısı merupakan permata tersembunyi Fatih yang terletak di tengah-tengah Fatih, Istanbul. Bazar bersejarah ini, juga dikenali sebagai Bazar Beyazit Sahaflar atau Bazar Sahaflar Istanbul, adalah syurga bagi mereka yang mencari buku lama dan baharu. Dengan sejarah yang kaya, keindahan seni bina dan suasana yang meriah, Sahaflar Çarşısı ialah destinasi yang mesti dikunjungi bagi sesiapa sahaja yang sedang menerokai daerah Fatih.


Bazar Sahaflar, yang terletak di belakang Masjid Beyazıt, dahulunya dikenali sebagai Bazar Hakkakkalar. Penjual buku terpakai, salah satu elemen penting dalam kehidupan budaya Uthmaniyyah mula bertapa di sini bersama Grand Bazaar pada tahun 1890-an. Selepas kebakaran pada tahun 1950, bazar telah dibina semula dengan konkrit bertetulang dan ditumpukan sepenuhnya untuk jualan buku. Pengunjung boleh menemui semua jenis buku dan produk yang mencerminkan seni buku, daripada karya yang jarang ditemui sehingga kepada buku teks. Menapak di bazar ini pencinta ilmu boleh merasai tekstur sejarah berabad-abad lamanya.


Sebelum sampai ke bazar ini, terlebih dahulu kami melihat-lihat Universiti Istanbul dan kemudian menunaikan solat jamak di Masjid Beyazit.

Universiti Istanbul


Pintu masuk ke Istanbul Universiti di Beyazit Square.

Wang LIRA500 (1971-1984) dengan gambar monumen pintu gerbang Istanbul Universiti.




Masjid Beyazit

Allah izinkan kami solat di Masjid Beyazit. Bilik airnya di bawah tanah. Selesai solat, sempat dengar tazkirah ketika sedang duduk di tangga memakai kasut untuk keluar dari masjid. Walaupun tidak tahu bahasa Turkiye tetapi dapat memahami juga apa yang sedang diperkatakan di dalam masjid ini melalui pembesar suara. Antaranya termasuklah peringatan supaya mendoakan kesejahteraan para mujahidin dan penduduk Palestin yang sedang berjuang menentang kekejaman Israhell. Walaupun berlainan bahasa tetapi meresap juga tazkirah yang menerjah masuk ke telinga!






Jinak sungguh burung ini berjalan dekat-dekat dengan kita!


Jom kita sambung cerita tentang Sahaflar Çarşısı, bazar kedai buku tertua di Istanbul yang telah bertahan dari zaman Uthmaniyyah hingga ke hari ini. Bazar Sahaflar mempunyai sejarah sejak abad ke-15. Kawasan di antara tanah berbatu di sebelah kiri Masjid Beyazıt dan Pintu Sedefciler membuka ke Bazar Besar melukis bingkai ( pintu gerbang )Bazar Sahaflar. Dahulu, kedai buku terpakai yang memenuhi keperluan pelajar madrasah terletak di sekitar madrasah. Selepas pembinaan Grand Bazaar siap pada tahun 1460, tempat tersebut diperuntukkan untuk kedai-kedai ini di dalam Grand Bazaar dan penjual buku terpakai dikumpulkan bersama. Ia beroperasi di sini antara 1460 dan sehingga gempa bumi Istanbul pada 1894. Selepas gempa bumi, bazar itu dipindahkan ke lokasi semasa, yang kemudiannya dikenali sebagai Bazar Hakkaklar.


Pemandangan menarik ketika melangkah melepasi pintu gerbang ke bazar kedai buku, kagum melihat pengunjung yang duduk di bawah pokok sambil membaca buku.






Selain daripada meneroka gerai buku, Sahaflar Çarşısı menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan lain. Pengunjung boleh menghirup teh tradisional Turki di salah satu rumah teh yang terdapat di bazar. 








Ibrahim Müteferrika, pencetak Turki pertama.

Bazar Sahaflar telah terbakar sepenuhnya selepas kebakaran pada tahun 1950, dan beribu-ribu manuskrip di dalamnya telah menjadi abu. Perbandaran Istanbul mengambil alih kawasan yang tidak terbakar dan menukar kedai kayu kepada konkrit bertetulang, menjadikan bazar itu kepada keadaan seni bina semasa. Mereka meletakkan patung Ibrahim Müteferrika, pencetak Turki pertama, di tengah-tengah bazar. Hari ini, terdapat 23 kedai di bazar itu, 17 daripadanya adalah dua tingkat.
Sumber: 2010 Istanbul European Capital




Sahaflar Çarşısı ialah harta karun untuk ulat buku dan peminat sejarah serta menawarkan gabungan unik warisan sastera dan keindahan seni bina. Sama ada pengunjung sedang mencari manuskrip yang jarang ditemui atau sekadar ingin menikmati suasana yang meriah, permata tersembunyi di Fatih amat unik dengan senibina pengaruh Uthmaniyyah dan Byzantine.
Selepas itu bolehlah menambah pengalaman tentang sejarah Istanbul dengan meneruskan kunjungan ke beberapa tempat berhampiran dengannya seperti Hagia Sophia atau Grand Bazaar!

6 ulasan:

  1. Tergeliat lidah sy nak baca nama2 tempat tu Ammi. Sahaflar Çarşısı.
    Kalau "ulat buku" agaknya masuk situ tros tak nak keluar2 lagi. Tambah2 lg ada jualan teh.

    BalasPadam
  2. Para ulat buku mungkin rasa macam tak mahu balik dari sini, Kak Amie!

    BalasPadam
  3. Pernah jln² sini dari Grand Bazaar..terus ke toilet bwh tanah & masuk Masjid Beyazit and jln² depan Uni Istanbul..

    BalasPadam
  4. Seronok tengok budaya membaca begitu.. mungkin dengan cuaca yang sesuai dapat bersantai-santai begitu.

    BalasPadam
  5. bila kak amie ckp psl terbakar tu, sy rs nasib kedai buku or library (bersejarah) kat dunia ni mmg x panjang hayatnya kot? mcm kat alexandria. library dibakar oleh julius ceasar. kat iraq, dicampak ke dlm sg oleh tentera genghis khas...kalau laa semua tu wujud lg tentu dunia ni kaya dgn khazanah ilmu

    BalasPadam
  6. Ini seandainya buku yg dijual juga ada yg berbahasa inggris, pasti saya kalap nak beli2 😍😄. Kalo semua berbahasa Turkiye, cuci mata saja berarti 😅

    BalasPadam