Bismillahirrahmanirrahim.
Petang ini bumi LD hujan lagi. Gelap suasana seolah-olah sudah menghampiri remang-remang senja. Alhamdulillah, sejuk sahaja ketika ini.
Amie masak lebih awal dari kebiasaannya kerana lepas solat maghrib kami akan ke kampung untuk menghadiri majlis bacaan yasin di rumah adik ipar. Hari ini Amie olah Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak. Ubi rambat di LD bermaksud ubi keledek. Ubi rambat juga disebut ubi manis atau ketela. Amie gandingkan dengan Ikan Peda Kukus. Ikan peda ini merupakan ikan kegemaran arwah Ayahanda terutamanya ikan peda jenis kembung. Ikan peda yang Amie kukus ini diperbuat daripada ikan gelama. Untuk melengkapkan lauk, Amie sediakan sambal belacan tapi main kisar sajalah.... ahaks!
|
Hidangan Tengah Hari |
Hidangan tengah hari :
- Nasi Putih
- Ikan Bolu Goreng
- Ikan Peda Kukus
- Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak
- Sambal Belacan
- Buah Betik & Mangga Manila
|
Ikan Bolu Goreng |
|
Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak |
Perencah untuk Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak ini Amie bubuh bawang putih, bawang merah, udang kering dan serai. Amie tidak bubuh serbuk kunyit supaya dapat menikmati aroma santan bertemu dengan serai!
|
Sambal Belacan |
|
Ikan Peda Kukus |
Cara Amie kukus ikan peda ini mudah saja. Ketika nasi mula mengering di dalam periuk, letakkan saja ikan peda di atasnya. Kemudian gorengkan cili, halia dan bawang besar yang dihiris kasar. Apabila nasi tanak, masaklah ikan peda tadi. Angkat dan bubuh dalam bekas. Letakkan bahan goreng dan limau kasturi. kalau hendak goreng ikan peda pun boleh. Aromanya akan terbit memenuhi dapur sampai ke ruang tamu!
|
Buah Betik & Mangga Manila |
|
Jemput makan! |
Cangkuk manis tu pucuk manis ke amie?
BalasPadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamNampak sesedap semuanya
wahh cangkuk manis tu feveret Abah & Mak. makan dgn sambal belacan fuhhh~
BalasPadampotongan buahnya kelihatan rapi dan sajian ikannya menggiurkan sangat....mbul suka 😍
BalasPadamsedap semuanya...tapi tulah, kalau nampak buah dah terhidang mcm tu, linda pilih buah dahulu
BalasPadamAduh, ini semua lauk yg boleh membuatkan bertambah-tambah nasi, Kak Amie!
BalasPadamada lauk masak.lemak + ikan goreng... 2 ni je dah ckp buka selera sy!
BalasPadamMenelan liur saja lah liat ini 🤣😍😍. Terbayang wangi ikan peda kukus, makan dengan sambal belacan ,beuughhh kak Amie memang tahu cara menaikkan napsu makan 😄
BalasPadam