Pages

Sabtu, 6 Julai 2024

Salam Sehangat Sinaran Mentari Pagi

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini bumi LD disimbahi cahaya matahari. Terang-benderang seluruh alam. Nyaman dan mendamaikan. Alhamdulillah.

Fairuz kongsikan gambar mangga udang yang Encik Suami kirim minggu lepas. Dihantarkannya gambar mangga udang dengan kucingnya Tam Tam. Encik Suami poskan dua biji mangga udang dengan bayaran RM7.00 dengan menggunakan khidmat bas ekspres dari Lalah Datu ke Kota Kinabalu.

Tam Tam dengan mangga udang.

Cili Padi Putih


Jom masuk dapur. Beberapa hari lepas kakak ipar bagi Amie cili. Apabila dibuka ada dua bungkusan berlainan jenis.  Gambar atas ialah cili padi putih. Gambar bawah tak tahu cili padi jenis apa.


Pisang Lemak Manis

Pagi tadi jalan-jalan ke belakang dapur hendak ambil daun pisang. terpandang setandan kecil pisang terletak di atas susunan kayu. Rupanya kelmarin Encik Suami tebang pisang dan lupa hendak bawa masuk ke dapur. Pisang apa pula namanya ini. Adakah pisang lemak manis atau pisang empat puluh hari?


Encik Suami petik dua biji mangga udang. Sebiji besar dan sebiji kecil.

Mangga udang saiz kecil seberat 1.143 gram.

Mangga saiz besar seberat 2.100gram.


Minggu lepas Encik Suami petik tiga biji mangga udang. Katanya hendak bagi jiran-jiran.


Amie bawa ke tempat kerja sebiji mangga udang seberat 2.063 kg. Bawa kuah rojak Mak Bee sekali. Kalau ada yang rajin bolehlah tolong kupas.


Terima kasih Jusna, tolong kupas buah mangga udang. Bolehlah kita makan sama-sama.


Buah mangga udang di pokok. Dahannya melendut sampai ke bawah. Ada yang mencecah tanah.


Apabila buah mangga udang semakin berat, Encik Suami letak kayu sebagai penyangga.




Seronoknya kalau dapat duduk-duduk bawah pokok mangga sambil menyembang. Bolehlah petik buah mangga, cecah kuah rojak Mak Bee!

7 ulasan:

  1. Amboi, hensem Tam Tam bergambar dengan mangga udang. Ada kawan sy bagi mangga besar jugak macam ni, tak tanya pulak jenis mangsanya, mangga udang jugakkah.

    BalasPadam
  2. Belakang rumah kakak Cie dulu ada pokok mangga besar ni. Memang berat dia lebih 1kg. Sedap betul makan colek 🤤

    BalasPadam
  3. Sedap pulak cicah dengan kuah rojak mak bee......

    BalasPadam
  4. Kecur ailio..mangga cicah kuah rojak..

    BalasPadam
  5. huiiiitttt besarnya kakkkkk jual biji dia kat sy kak? nak try tanam.kat kg. mana laa tau hidup nnt dpt laa sy mkn mangga udang

    BalasPadam
  6. Besar elok buah mangga nya tu.. seronok kutip hasil begini.

    BalasPadam
  7. Lagj musim mangga memang nih. Di sinipun juga kak Amie. Mangga di rumah almarhum mama mertua pun LG lebaaat. Kemarin dipetik, tp belum masak sempurna. Kami peram dulu saat ini. Biasanya maniiis yg sudah2. Tapi ntahlah jenis mangga apa 🤣

    BalasPadam