Pages

Isnin, 22 Julai 2024

Berkenalan Dengan Adana Kebab di Ziyafe Kayseri Mutfağı

Bismillahirrahmanirrahim.

Oleh kerana banyak tempat makan yang terdapat di Venezia Mega Outlet, jadi kami berpisah dua untuk melayan selera. Lucy dan Nancy ke restoran lain, Amie dan Kamsiah ke Ziyafe Kayseri Mutfağı.

Antara menu yang ditawarkan di Ziyafe Kayseri Mutfağı.

Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11:00 pagi. Barangkali ketika ini setiap restoran sedang menyajikan hidangan tengah hari dan bersedia menerima pelanggan untuk menjamu selera. Memang bertepatan sungguhlah waktu yang kami pilih kerana belum ramai pelanggan yang singgah. Makanan pun masih panas dan suasana cukup santai untuk menikmati makanan yang dipesan.





Harga makanan pun berpatutan dan memang mampu bayar.

Pelbagai jenis pide.

Terdapat pelbagai jenis Turkish Pizza termasuklah lahmacun, kiymah pide, karisik pide, kasarh pide, kusnasih pide, kasarh sucukli pide dan sebagainya. Kalaulah beberapa hari lagi berada di Istanbul, rasanya setiap hari hendak mencuba jenis-jenis pide. 


Sementara menanti hidangan yang dipesan tiba, ambil dahulu gambar di sekitar. Semua  restoran di sebelah-menyebelah kelihatan kemas dan bersih.



Selepas kami makan, Amie minta izin dari empunya restoran (mungkin pekerja), untuk amnbil gambar. Gambar di atas ialah minuman botol. Perkataan Gazh Icecekler (gambar bawah) mungkin bermaksud minuman bergas sebab di bahagian bawahnya tertulis perkataan Coca Cola, Fanta, Sprite dan Swepps. 


Dessert

Bersebelahan dengan minuman, tersusun pencuci mulut. Selain potongan kek terdapat juga rice pudding yang selalu kami makan di hotel.


Antara manisan atau dessert yang terdapat dalam katalog menu.



Tak tahulah apa nama masakan dan lauk-pauk di sini. Ambil gambar sajalah untuk kenangan.

















Ini menu yang dipesan Kamsiah. Tak ingat apa namanya.

Adana (Kofte) Kebab

Amie pesan Adana (Kofte) Kebab 215LIRA. Nampak macam roti dengan cili hijau jew... ahaks!



Jom kita selak roti yang menutupi makanan di bawahnya. Wah, nampak meriah rupa Adana (Kofte) Kebab! Ada campuran salad berwarna-warni, kebab daripada daging biri-biri cincang dan bulgur pilaf. Bulgur ialah sejenis bijian gandum.


Tak dapat makan nasi, dapat makan bulgur pun Alhamdulillah.

Kami minum teh Turki.


Dalam resit bayaran tertulis MALEYZA RINGIT. Kalau diterjemah maksudnya Ringgit Malaysia. Kenapa tiba-tiba ada perkataan itu di situ ye. 

Ketika kami sedang makan, salah seorang rakan rombongan sedang berjalan-jalan di hadapan Zifaye Kayseri Mutfagi. Apabila terpandang kami yang sedang makan, beliau menghampiri meja kami dan tertarik dengan pelbagai makanan di situ. Katanya lagi, eloklah cuba makan di sini. Nampak macam sedap belaka, katanya.

Hidangan yang dipesan sampai ke mejanya sewaktu kami hendak meninggalkan restoran. Sempat pula Amie tangkap gambar makanannya, tapi tak tahu pula apa nama-nama makanannya kecuali lamb shank.








Selamat menjamu selera!

13 ulasan:

  1. Semua nampak menarik makanannya. Kenapa la masa kami ke Istanbul tak jumpa restoran macam ni? 😅

    BalasPadam
  2. Sedapnya semua makanan tu Kak Amie. Tak jumpa pulak masa kami di Istanbul, macam Carneyz cakap.

    BalasPadam
  3. I love rice pudding.
    Pelik juga napa dia tulis Malezia dlm resit tu. Org2 Msia dpt special harga kot. Kekeke.

    BalasPadam
  4. Banyaknya lauk... rambang mata... masak lemak cili api takde kan kak? haha

    BalasPadam
  5. Lengkap dan beranekan macam menunya yaaa.....

    BalasPadam
  6. semua pun nampak sedap dan menyelerakan AMie :)

    BalasPadam
  7. Macam-macam menu semua nampak menyelerakan kak... pastu dana tertarik dengan masakan yang ada bendi comel-comel tu kak... comel sangat lah bendi tu. Dah sampai sana wajib cuba makanan situ kan...

    BalasPadam
  8. Sedapnya semua ni makanan taste sy Kak Amie.

    BalasPadam
  9. uishhh.. lauk pauknya nampak menyelerakan.
    Kalerful pulak tu.

    BalasPadam
  10. kedai nasi campur turki...sedap2 nampaknya..rindu rice pudding...

    BalasPadam