Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menuju ke Tronoh, kami singgah makan tengah hari di Seri Iskandar. Sempat tanya Abang Farid, di mana tempat makan yang ada hidangan sup. Kata Abang Farid cuba singgah di Restoran Legenda Sup Utara yang terletak di Jalan LakeVille. Kami pun terus ke tempat yang dimaksudkan.
Banyak pilihan makanan di sini. Pelanggan pun ramai. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 1:15 tengah hari. Memang waktu untuk isi perut.
Dengan namanya Restoran Legenda Sup Utara, sudah tentu pelanggan akan membayangkan Sup Bihun Utara! Jadi, eloklah pesan Sup Bihun Utara Semangkuk. Punyalah banyak aksesorinya, lengkap dengan segala perut dan daging. Harganya, sudah tidak ingat! Tapi tidaklah begitu mahal.
Bihun Sup Utara |
Pelbagai pilihan makanan di Restoran Legenda Sup Utara. |
Nasi Goreng Ayam |
Firdaus hendak makan Nasi Goreng Ayam. Nampak ayam gorengnya dipenuhi sambal tapi tidak sepedas seperti yang disangka.
Firdaus tidak sabar hendak makan!
Bismillah.
Encik Suami : Bihun Sup Utara
Sambal Kicap & Sambal Merah
Amie : Laksa Telur Goreng |
Teh Ais & Barli |
Selesai makan tengah hari di Restoran Legenda Sup Utara di Seri Iskandar, kami meneruskan perjalanan ke Tronoh menuju ke rumah Abang Farid.
Bestnya bihun sup tu nampak menyelerakan.
BalasPadamYe, sedap. banyak aksesorinya. Supnya cukup rasa.
PadamLaksa telur goreng. i tak pernah makan pun. nnt kena cuba ni.
BalasPadamBetul tu.
PadamMemang kena cuba. Mana tahu memenuhi selera.
Mie sup itu yg menggoda sangat untuk dicoba kak 😍😍😍. Kalo dah berkuah dan pakai daging, saya biasanya selalu cocok 😄👍
BalasPadamKuahnya sedap. Daging dan perutnya pun lembut.
PadamSup utara memang sedaplah
BalasPadamSelalunya sangat kena dengan tekak 😅
Sedapkan Faizah. Saya pun suka.
PadamTenguk firdaus makan nasi goreng ayam pun dah nampak sedap apa lagi terus licin firdaus habiskan. heheheapa lagi bila tenguk mee hoon sup utara. Banyak isi dalamnya.
BalasPadamNasi ayam tu memang sedap. Puas hati bihun tu banyak isinya.
PadamBiasanya kalau ada sup utara mesti ada nasi ayam.
BalasPadamBetul tu. Pakej lengkap.
Padam