Pages

Selasa, 23 Julai 2024

Berakhirnya Kembara di Penghujung Musim Sejuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Kami dijadualkan terbang dari Istanbul International Airport pada 24 Februari 2024 bersamaan hari Sabtu, pukul 8:05 minit malam dan dijangka tiba di Dubai International Airport pada pukul 1:30 pagi. Penerbangan memakan masa lebih kurang 5 jam 35 minit. Kemudian sambung penerbangan dari Dubai International Airport ke Kuala Lumpur International Airport pada pukul 3:30 pagi  (25 Februari 2024) hari Ahad dan tiba di KLIA1 pada pukul 14.45 petang dan memakan masa selama 7 jam 20 minit. Sudah tentu teruja berada dalam kapal terbang siang dan malam kerana melibatkan perubahan zon masa dunia!


Ketika berada di lapangan terbang, hati dan perasaan sudah terbang lebih dahulu ke tanah air! Home sweet home orang kata! Sudah terbayang juga keadaan di dalam kapal terbang hanya tidur dan tidur sahaja.

Sempat tangkap gambar yang terpampang di Istanbul International Airport. Walaupun tidak tahu maksudnya, tetapi seolah-olah ada sesuatu yang indah di sebalik perkataan asing tersebut. Ketika menulis entri ini sempat singgah di bilik Google Translate dan maksudnya memang cukup indah seperti di bawah ini.


Rengarenk çiçekler yakinda burada açılıyor
bermaksud:
Bunga berwarna-warni akan mekar di sini tidak lama lagi.

Ya, memang benar. Hampir penghujung musim sejuk dan tidak lama lagi akan bermula musim bunga. Sayangnya sudah dua kali bertandang ke Turki tetapi kedua-duanya pada musim sejuk. In syaa Allah di kesempatan lain mudah-mudahan dapat menikmati musim bunga di sini yang penuh dengan hamparan bunga tulip di segenap penjuru dan taman!


Kami menghabiskan sisa-sisa wang LIRA dengan membeli kudapan.


Keadaan di ruang menunggu untuk masuk ke perut kapal terbang sangat sesak. Orang ramai memenuhi tempat duduk. Jadi kami duduk di lantai menghadap landasan terbang. Sambil mengunyah kudapan sambil menikmati suasana matahari terbenam serta melihat kapal terbang mendarat dan kapal terbang berlepas.




Entah di mana kapal terbang EMIRATES yang akan kami naiki. Yang ada di depan kami ialah SAUDI AIRLINES.



Tepat pukul 8:15 malam pesawat EMIRATES EK122 berlepas meninggalkan landasan. Pada waktu ini, memang hendak tidur sahaja. Tetapi terpaksa buka mata juga apabila pramugara menghidangkan makanan. Seperti penerbangan pergi sebelumnya, keadaan tetap sama. Hanya lampu malap sahaja yang dipasang. Jadi tak berapa jelas kesemua jenis makanan yang dihidangkan.




Selepas jamah sedikit makanan, sambung tidur. Kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Kami sempat menunaikan solat jamak takhir maghrib dan isya'. Kami jaga wudhu' supaya tidak terbatal kerana dalam perjalanan dari Dubai ke Kuala Lumpur, waktu subuh berada di antaranya. Jadi, solat ditunaikan di dalam pesawat. Yang menariknya tempoh penerbangan selama 7 jam 20 minit melibatkan masa dari pukul 3:30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 14:45 petang!

Pesawat EMIRATES EK346 Dubai ke Kuala Lumpur.





Tak perasan bagaimana berlakunya pertukaran waktu sebab sekejap-sekejap tertidur dan disebabkan tingkap kapal terbang ditutup jadi tidak nampak suasana di luar.


Kami hanya melihat gambaran di luar melalui skrin. Nampaknya matahari sudah memancar cemerlang!

Dalam keadaan mamai-mamai itulah hidangan disediakan. Mungkin hidangan sarapan atau mungkin juga hidangan tengah hari! Pelikkan. Tapi itu semua menunjukkan betapa besarnya dan ajaibnya segala ciptaan Allah. Pertukaran waktu siang dan malam yang sungguh menakjubkan.




Tidak lama kemudian paparan di skrin menunjukkan pemandangan siang yang terang. Terlihat dengan jelas langit yang biru serta awam memutih di atas dan di bawah pesawat.



Alhamdulillah, penerbangan melebihi tujuh jam tidak terasa setelah melihat peta kedudukan Kuala Lumpur!


Nampaknya pesawat akan mendarat lebih awal dari yang dijangkakan! Alhamdulillah.

Dubai - Kuala Lumpur

Syukur kepada-Mu ya Allah!
Dengan izin-Mu kami akan mendarat sebentar lagi di KLIA1.



Selamat kembali ke tanah air setelah merentas ke Eropah Tenggara singgah di Itali, Croatia, Slovenia, Bosnia Herzegovina, Montenegro, Macedonia, Albania, Burgaria dan Turki.





9 ulasan:

  1. Mewah betul makanan dalam pesawat Emirates. Kami dulu ke Istanbul naik pesawat Etihad, pun tak kurang mewah jugak. Lain kali kalau ada rezeki ke Istanbul lagi, nak cuba naik Emirates pulak.

    BalasPadam
  2. indahnya suasana senja alhamdulillah selamat pergi n pulang

    BalasPadam
  3. Nampaknya Kak Amie kena ke Turkiye lagi utk menikmati musim bunga pula :)
    Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Syukur.

    BalasPadam
  4. teringin nak ke sana lepas tengok movie Istanbul Aku datang

    BalasPadam
  5. Aduh, tengah ngantuk disorong makanan, rugi pulak jika tak dimakan, kan Kak Amie. Tak tidur tak menyesal, tapi kalau tak makan, nanti menyesal!

    BalasPadam
  6. Orang ngantuk di hulur makanan..kena la makan..kalau x memang rugi kan..Emirates memang bagus makanannya

    BalasPadam
  7. Bila dah masuk dalam perut kapal untuk pulang ke tanah air pasti tidak sabar rasanya untuk tiba.
    Masa tu pulak barulah rasa letih dan mengantuknya.

    BalasPadam
  8. makanan dlm Emirates mmg terbaik..sedap sokmo...Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air dgn seribu kenangan di Balkan & Turkiye..

    BalasPadam