Pages

Selasa, 23 Julai 2024

Kebab Pakistani & Roti Nan

Bismillahirrahmanirrahim.

Jom makan Kebab Pakistani dengan roti nan. Kebab atau kabab merupakan hidangan masakan berasaskan daging dan berasal dari Timur Tengah khususnya dari Parsi dan Turkiye. Ada kebab yang dipanggang menggunakan pencucuk dan ada yang dipanggang di dalam kuali atau ketuhar. Sekarang menu kebab ada ada di seluruh Asia bahkan turut berada di pelbagai belahan dunia.

Di antara pelbagai versi kebab, yang paling terkenal ialah shish kebab dan doner kebab. Kedua-duanya Amie pernah makan. Shish kebab ialah kiub daging lidi dan dipanggang. Doner kebab pula ialah daging atau kambing atau ayam ayang dipanggang berpusing. Untuk menikmatinya, panggangan tersebut akan dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam roti pita. 

Tengah hari tadi Amie makan Kebab Pakistani atau dikenali dengan nama Chapli Kebab. Kebab chapli ialah kebab cincang ala Pashtun dan biasanya dibuat daripada daging lembu, kambing atau ayam dengan tambahan pelbagai rempah dan dibentuk seperti daging burger. Kebab chapli berasal dari Peshawar di Pakistan.

Set Kebab Pakistani & Roti Nan berharga RM8.00. Kebab Pakistani memang habis Amie makan, tapi bab roti nan itu terpaksalah minta bantuan Encik Suami!

Kebab Pakistani & Roti Nan


Kalau makan di Kedai Makan Pakistan, memang tak lengkap kalau tidak memesan Teh Pakistan!


Encik Suami pula lebih berminat makan roti paratha.


Roti paratha cecah dengan keema daging dan kacang kuda.


Kari kacang kudanya nampak cairlah pula, tapi kacangnya lembut!


Lain kali kalau makan di sini kita hendak pesan roti paratha sajalah. Tadi pun hampir separuh kita cukai roti paratha Encik Suami. Roti nan sikit jew dicuit! 


Kebab Pakistani memang cukup rasa dan berempah. Memang sedaplah makan ketika masih panas! Alhamdulillah.

32 ulasan:

  1. I love roti nan. I kalau nak mkn menu2 Timur Tengah ni tunggu blk Aussie sbb kat sana itu je yg halal dan berleluasa walau pun di area2 pantai. Kebab menu penyelamat klu lapar time picnic.

    BalasPadam
  2. Pehhhh.. terbuka selera saya nampak hidangan yang begini, siap ada teh Pakistan, sungguh mengenyangkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakwe kita suka roti paratha dengan teh Pakistan.

      Padam
  3. sedapnya... teringin pula nak merasa keema daging tu. kena cari resepi la nampaknya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keema daging memang sedap. Itu pasal kalau masuk kedai makan Pakistan memang suka cari keema daging.

      Padam
  4. Wow.. pagi -pagi datang kesini sudah bikin laper...saya belum lagi sarapan kak 😀

    BalasPadam
  5. terliur pulak menengok kacang kuda tu kak oi... mesti sedap kan semua

    BalasPadam
  6. lain betul roti pratha kat sana ye kak... kalau sini semua rupa lebih kurang roti canai je

    BalasPadam
  7. patut lah sendiri punya tak habis...dah cukai yang suami punya...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok roti paratha yang masih panas tu macam sedap jew hihihii.

      Padam
  8. Roti prata nampak macam airy sedikit berbanding naan yg agak berat untuk dihabiskan. Chapli kebab sedap kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, roti nan memang agak berat dan liat sikit. Chapli kebab tu saya ratah begitu saja. Sedap kan.

      Padam
  9. waduhhh ini menggugat imannnnnnkuuuuuu T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari Ana... ke LD, singgah di kedai makan Pakistan.

      Padam
  10. sedap tu tgk kebab pakistan..teh pakistan tu ala2 teh masala ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teh Pakistan tu macam teh masala juga kot. Tuan kedai kata kalau di Pakistan guna susu segar, tapi di sini guna susu cair.

      Padam
  11. Balasan
    1. Memang kaw kaw Uncle. Itu pasal Encik Suami kalau datang sini mesti nak minum.

      Padam
  12. Tak tahu pula adanya Teh Pakistan tu... Sblm ni ada makan di kedai Pakistan, lepas ni boleh try...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di kedai makan Pakistan ni memang dalam senarai menunya ada Teh Pakistani.

      Padam
  13. Oooo..ada ye kak amie teh pakistan..SA baru tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin namanya diambil sempena nama kedai makan Pakistan. Jadilah Teh Pakistani.

      Padam
  14. Balasan
    1. Bagi penggemar Teh Pakistani, memang sedaplah CCL.

      Padam
  15. Seronok dapat makanan kegemaran kita. Hihi..macam biasa, makanan encik suami juga kena cukai lebih kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, lain kali kena order roti paratha sajalah hihihiiii.

      Padam