Pages

Rabu, 12 Jun 2024

Sofia Yang Indah, Secantik Namanya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih lagi jalan-jalan di bandar Sofia yang merupakan bandar kedua tertua di Eropah. Sofia terletak di bahagian barat Bulgaria, di kaki gunung massif Vithosa. Sejarah Sofia bermula seawal abad ke-8SM apabila orang Thrace mendirikan pentempatan di situ.

Selain melawat Masjid Banya Bashi, kami sempat melihat warisan dan budaya yang kaya di ibu kota Bulgaria yang berusia lebih 2,000 tahun. Terserlah kehalusan seni bina gaya Neo-Byzantine di Katedral Alexander Nevsky dan runtuhan bata merah Kristian awal St. George Rotunda. Semasa meneroka bandar Sofia kami turut melihat Muzium Arkeologi Negara, Akademi Sains Bulgaria dan banyak lagi seperti:
  • Monument to Vasil Levski
  • Monument to St. St. Cyril and Methodius
  • Ivan  Vazov National Theatre
  • Square 500 National Gallery
  • Sofia Synagogue
  • St. Joseph  Chatolic Cathedral
  • Sofia Hostory Museum
  • St. Nedelya Church

Terbayang-bayang kelibat Syah Rukh Khan dan Kajol sedang beraksi dalam penggambaran filem Dilwale di bandar Sofia selain lokasi di Goa dan Iceland. Salah satunya ialah ketika Kajol naik tram. Tram yang dinaiki Kajol berwarna kuning. Ketika kami tiba di sini, jarang pula nampak tram warna kuning. Yang lalu-lalang tram warna biru dan merah.

Tram warna kuning di belakang sanun!


Haaa... sempat juga ambil gambar di belakang tram warna kuning. Agaknya inilah tram yang dinaiki Kajol! Dalam filem Dilwale pemandangan di bandar Sofia sangat cantik dengan latar belakang pelbagai bunga-bungaan tetapi ketika ini semuanya nampak kelam dengan pokok-pokok cerondol di musim sejuk!

Sewaktu aksi dalam lagu Janam Janam pun, ada latar belakang bandar Sofia. 

Tram warna merah.

Tram warna biru.


Sofia History Museum




Terima kasih TLM ambilkan gambar, tapi nampaklah muda 30 tahun... ahaks!


Inilah St. Alexander Nevsky Cathedral. Dari jauhnya bumbungnya tidak ubah seperti kubah masjid tetapi rupa-rupanya ada tanda salib. Untuk info lanjut berkaitan asal-usul kubah bolehlah baca di sini: DARI MANA KUBAH MASJID BERASAL?


Di belakang kawasan cathedral yang terletak di Estern Ortodox ini, terdapat lorong tempat hasil karya seni akan dipamerkan,  dan merupakan tempat Kajol mempamer hasil lukisan dan bertemu dengan Shah Rukh Khan.





Square 500 National Gallery







 St. Nicholas Russian Church



Nun di tengah bandar Sofia, tersergam Masjid Banya Bashi yang dapat dilihat dari tapak arkeologi.


Kerja-kerja arkeologi yang dapat dilihat ketika kami melewati kawasan ini.




Tandas bawah tanah.

Sekian, sebahagian dari  kisah jalan-jalan di pagi yang dingin di bandar Sofia. Dapatlah jadi Kajol buat seketika bergambar di belakang tram kuning... ahaks!

Sebenarnya bandar Sofia ini pernah dikuasai oleh pelbagai empayar. Banyak tinggalan sejarah dapat dilihat menerusi bangunan yang pelbagai bentuk dan seni bina yang unik. Selepas perang dunia kedua, rejim komunis berjaya merampas kuasa di Bulgaria. Sofia yang sebelum ini banyak bercirikan Rom, Uthmaniyyah, Renaissance dan Baroque mula bertukar wajah setelah rejim komunis  membina begitu banyak bangunan dengan seni bina Stalinis. Namun begitu rejim komunis hanya dapat bertahan selama 45 tahun sahaja di Bulgaria. Hari ini Bulgaria ataupun Sofia menjadi antara bandar yang cantik dan unik di Eropah. Sekali pandang, mata akan terus tertawan melihat keindahan Sofia yang secantik namanya!

16 ulasan:

  1. SA suka tengok tram tu kak..cantik..bila agaknya boleh experienced...

    BalasPadam
  2. Kak Amie macam nak suruh kitorang tgk cerita Dilwale je ni

    BalasPadam
  3. Seronoknya kak Amie dapat menyaksikan sendiri bandar yang dah begitu lama wujud.
    Saya macam belum pernah tonton Dilwale, nak kena tonton la nampaknya ni 😄

    BalasPadam
  4. Peminat Kajol & SRK agaknya Kak Amie ni hehe...
    Orang nama Sofia pun selalunya cantik²kan :D

    BalasPadam
  5. Kalo gada kesempatan lagi, saya nak balik ke Sofia, eksplore lagi city nya. Kebetulan ada teman juga dj sana. Seandainya papa mama mertua masih ada, mereka pasti senang kami ajak nostalgia ke Sofia. Sayangnya saat saya dan suami kesana, saya blm menulis di BLOG, jadi saat sudah memulai, cerita Bulgaria banyak yg lupa. Hanya foto2 kebanyakan. Itulah, kenapa kita disarankan menulis, supaya tak lupa kan 😅

    BalasPadam
  6. Wah! Daun2 pokok tidak kelihatan musim ni!

    BalasPadam
  7. Teringin juga nak ke Turkeye..cantik tempatnya.

    BalasPadam
  8. cantikla tram kt sana tu kak.... cantik betul bandarnya tu nampak tenang je

    BalasPadam
  9. WAH INGAT SCENE KAJOL N SHAH RUKH KHAN DI SOFIA YA

    BalasPadam
  10. pengaruh uthmaniah sgt kuat kat sini. ya laa negara berjiran kan... insya allah ada rezeki thn dpn akn tiba sini. aminnn

    BalasPadam
  11. Masjid Banya Bashi tu cantik kubah nya.
    Banyak tram di sana, senang untuk orang Awam.
    Cantik2 senibina nya.

    BalasPadam
  12. Betul seindah namanya...Yg muda 30 tahun tu juga cantik mwnawan🤭

    BalasPadam