Pages

Sabtu, 15 Jun 2024

Lempeng Bawang Putih Bawang Merah

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini cuaca cerah cemerlang di LD. Nyaman sekali. Alhamdulillah.

Hendak sarapan di luar, tapi tak rajinlah pula hendak bersiap. Godek tepung sajalah buat lempeng cair. Untuk tambah aroma, bubuh bawang merah dan bawang putih kisar. Tambah telur sebiji, tuang air dan tabur sedikit garam. Tuangkan juga dua sudu besar minyak masak. Jadi sewaktu melempeng tak perlulah bubuh minyak dalam kuali.

Enak sungguh makan Lempeng Bawang Putih Bawang Merah cecah sambal tumis ikan bilis. Sesungguhnya menu lempeng dengan sambal tumis ikan bilis ini untuk memenuhi selera kita... ahaks! Untuk Firdaus, kita gorengkan samosa. Untuk Encik Suami pula, kita sediakan salad, telur hancur dan kacang panggang.

Lempeng Bawang Putih Bawang Merah & Sambal Tumis Ikan Bilis

Sarapan Keluarga

Lempeng Bawang Putih Bawang Merah

Sambal Tumis Ikan Bilis


Samosa untuk Firdaus.

Salad & The Gang untuk Encik Suami.


Buah Mangga Manila

Pokok mangga jiran belakang rumah berbuah lagi. Setiap hari Encik Suami kutip buah mangga manila yang jatuh di belakang dapur kami. Jadi, setiap hari jiran-jiran dapat makan buah mangga manila percuma yang jatuh di sudut kawasan dapur masing-masing.


Pagi Sabtu yang cerah ini bertambah ceria dengan hidangan sarapan pelbagai warna dari dapur. Pinggan berisi hirisan mangga manila ditambah dengan hirisan betik pula.

Cuci perut dengan jus oren.

Jemput sarapan!
Bismillah.


10 ulasan:

  1. sedapnya semua menu bersama lempeng

    BalasPadam
  2. Menarik tengok gabungan mangga dan betik tu

    BalasPadam
  3. Sedap2 semua tu Kak Amie. Lempeng tu memang favorite.

    BalasPadam
  4. Lempeng makanan yang sesuai makan dengan macam2 tak pernah jemu makan lempeng. Sedapnya tengok lempeng akak tu.

    BalasPadam
  5. Sarapan begini pun rasa lapaaar langsung saya 😍😍. Lihat lempeng saya jadi inget salmon crape yg saya makan di Minsk Belarus. Mirip ya kak, cuma beda isi saja. Berarti lempeng itu sebenarnya crape kan. Saya bisa bayangkan sedaap pasti makan dengan sambal bilis

    BalasPadam
  6. Hidangan cikgu tak pernah mengecewakan...

    BalasPadam
  7. Kalau lempeng selalu buatan PZ yang sedap di tekak kami anak- anaknya...tapi PZ dah x sihat Kak Amie..tak kuat dah...lepas ni kalau nak makan lempeng kena la belajar buat sendiri

    BalasPadam
  8. Lempeng cicah dengan sambal tunis memang ngammm laaa . Sedap !

    BalasPadam
  9. Lempeng cicah sambal tumis memang sedap.

    BalasPadam