Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung baki catatan kembara Balkan.
Day 10 - 22 February 2024 - Thursday
At 08:00 city tour of Sofia. Visit the ancient Banya Bashi Mosque and the Roman excavations in the center of the city. Free time for shopping. Proceed to Istanbul. Arrival in Istanbul around 21:00hrs. Dinner and overnight.
Subhanallah!
Kami direzekikan melihat sendiri sebuah masjid tinggalan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah hampir lima abad yang lalu iaitu Masjid Banya Bashi yang terletak di Sofia.
Kami direzekikan melihat sendiri sebuah masjid tinggalan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah hampir lima abad yang lalu iaitu Masjid Banya Bashi yang terletak di Sofia.
Masjid Banya Bashi |
Dalam kedinginan di bawah bacaan -2'C, rasa teruja melihat keindahan bandar Sofia yang dikelilingi oleh pelbagai bangunan lama. Pada mulanya agak keliru kerana kebanyakan gereja mempunyai kubah seakan-akan masjid, tetapi apabila dilihat bahagian atasnya terdapat salib, bermakna itu bukanlah masjid.
Masjid ini direka oleh arkitek Uthmaniyyah yang terkenal bernama Mimar Sinan dan disiapkan pada tahun 1566. Masjid ini mendapat namanya daripada frasa Banya Bashi, yang bermaksud banyak tempat mandi. Yang paling istimewa masjid ini ialah ia sebenarnya dibina di atas spa terma semulajadi sehingga seseorang boleh melihat wap naik dari lubang-lubang di dalam tanah berhampiran dinding masjid.
Pada masa ini, Masjid Banya Bashi merupakan satu-satunya masjid yang berfungsi di Sofia, peninggalan Pemerintahan Bulgaria Uthmaniyyah yang berlangsung hampir lima abad, dan digunakan oleh masyarakat Islam di bandar itu.
Sumber : Masjid Banya Bashi
Ketika kami tiba di perkarangan masjid, banyak burung merpati sedang hinggap di tanah.
Kebanyakan orang Islam di Bulgaria mengikuti ajaran Sunnah Waljamaah. Sunnah Waljamaah telah diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah sewaktu pemerintahan selama lima abad di Bulgaria. Mazhab-mazhab Syiah seperti Alians, Kizilbashi dan Bektashi juga terdapat di sini. Kira-kira 80,000 penduduk Islam yang bermazhab Syiah tinggal di kawasan-kawasan seperti Razgrad, Sliven dan Tutrakan. Mereka terdiri dari penduduk asal Bulgaria yang telah memeluk Islam semasa pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah, akan tetapi telah memilih mazhab Syiah kerana toleransinya terhadap kepelbagaian kewarganegaraan dan agama. Sebagai contoh, Kuzulbashi Bulgaria boleh mengekalkan adat-adat komunikasi, pengakuan, dan memuja orang alim cara Ortodoks. Penggabungan adat-adat Ortodoks ke dalam Islam telah mencipta satu asimilasi yang hanya boleh didapati di Bulgaria.
Setakat 1987, Bulgaria memiliki 1,267 buah masjid yang diuruskan oleh seramai 533 orang pemimpin komuniti agama. Masyarakat Islam diketuai oleh seorang Ketua Mufti dan lapan mufti kawasan dan pengamal undang-undang Islam. Kesemua mereka akan berkhidmat selama lima tahun. Masjid terbesar di Bulgaria adalah Masjid Tumbul yang terletak di Shumen. Masjid ini telah dibina pada 1744.
Orang Islam di Bulgaria telah mengalami penindasan agama semasa tahun-tahun pemerintahan rejim Todor Zhivkov. Ia kerana secara tradisi gereja Ortodoks masih mengangap mereka sebagai orang asing, meskipun mereka sebenarnya adalah etnik Bulgaria. Rejim komunis Bulgaria telah mengumumkan kepercayaan Islam adalah berlawanan dengan kepercayaan komunis dan rakyat Bulgaria. Perkara ini telah mewajarkan penindasan terhadap kepercayaan Islam.
Seperti penganut agama-agama lain, penduduk Islam di Bulgaria telah menikmati kebebasan beragama setelah kejatuhan rejim Zhivkov pada 1989. Masjid-masjid baru telah dibina di banyak bandar dan kampung. Beberapa kampung telah mengatur kursus pengajian Al-Qur'an untuk penduduk muda (pengajian Al-Qur'an dilarang sama sekali semasa pemerintahan rejim Zhivkov). Orang Islam juga mula menerbitkan surat khabar sendiri iaitu Musulmani dalam kedua-dua bahasa Bulgaria dan Turki.
Penduduk Islam Bulgaria terdiri dari Turki, Islam Bulgaria, Pomak, Roma, dan Tatar Crimea tertumpu di kawasan timur laut Bulgaria dan di Pergunungan Rhodope. Menurut bancian pada 2001, jumlah orang Islam adalah 966,978 orang dan ini mewakili 12.2% daripada populasinya.
Hamba-Mu yang sangat kerdil ini baru sahaja mengenal dunia di bawah Empayar Turki Uthmaniyyah yang merupakan salah satu dinasti Islam paling agung dan paling lama pernah wujud dalam sejarah dunia. Terima kasih Tour Leader Malaysia (TLM) yang berkongsi zaman keagungan Empayar Uthmaniyyah dan kesan-kesan peninggalannya.
Tempat cantik dgn suhu sejuk... Best nyerrr..... Cantik Masjid Banya Bashi tu.. tersergam indah walau dah lima abad lama nya.. Masjid tu boleh digunakan utk solat lagi atau dah jadi muzium?
BalasPadamAlhamdulillah. Salah satu kesan peninggalan pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Masjid ini masih digunakan oleh penduduk tempatan hingga ke hari ini.
BalasPadamAssalamualaikum sis, MashaAllah teruja dengan pengembaraan Eropah Timur, indah masjidnya, suasana tenang, berkubah ada sabit, pasti tak perasan kan jika lihat dari jauh. Terima kasih kongsi pengalaman berharga ni.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya Kak Amie. Baru Sy tahu di sana juga ada saudara seagama kita. Sungguhlah dgn berjalan di muka bumi ini kita dapat menambah pengetahuan, meluaskan pandangan, mempelajari sejarah & budaya... Tulis lagi Kak Amie, dapat juga Sy tumpang baca ☺️
BalasPadamSy lagi kerdil, hanya dapat tahu melalui pembacaan. Untungnya Kak Amie dapat jejak dan melihat di depan mata sendiri.
BalasPadamcantik betul binaan masjid kt sana ye kak
BalasPadamindahnya senibina masjid lama bersejarah
BalasPadamCantiknya binaan
BalasPadamSewaktu papa masih JD diplomat di Bulgaria, saya ingat ada temankan suami sholat Jumat di mesjid, tapi tak ingat namanya. Jangan2 mesjid ini juga. Maklum kak, dah 2010 trakhir kesana.
BalasPadamTp memang Islam di sana lumayan ramai, saat solat Jumat banyak yg sholat saat itu.rinduuuu nak ke Sofia lagi. Dulu sampai 2 Minggu di Sofia, tp tak terlalu banyak kemana2. Hanya jalan di sekitaran Sofia dan Plovdiv. Krn papa sedang sibuk juga, tak bisa antar2 kemana.
Masyaallah.. walau sudah berusia 5 dekad tapi binaannya masih utuh.
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih saudara kami di Bulgaria yg menjaga masjid dan memakmurkannya sebaik mungkin... walaupun tak bercat tp tetap nampak cantik + menarik๐๐๐
BalasPadamCantik Masjid Banya Bashi tu Kak Amie...SA suka tengok yang tak bercat..nampak klasik
BalasPadam