Pages

Ahad, 9 Jun 2024

Sedapnya Hirup Sup Ayam Kurma Merah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang tadi kita beritahu Encik Suami, kita hendak sediakan stok sambal belacan, tapi setelah dikeluarkan semua bahan dari peti sejuk rasa malaslah pula hendak membuatnya! Entah kenapa, tak berapa bersemangat untuk masak di dapur. Encik Suami pula bersemangat tolong masak nasi. Sudah orang masakkan nasi, takkan hendak makan dengan garam saja... ahaks! Sementara Encik Suami cabut rumput dan bersihkan Taman Firdaus, kita pun masaklah apa yang ada.

Dari kelmarin teringin hirup Sup Ayam Kurma Merah. Teringat-ingat sewaktu makan di sini: HIRUP RED DATE CHICKEN SOUP DI TASTE TWO COFFEE HOUSE

Sup Ayam Kurma Merah

Hidangan Tengah Hari / Malam

Hidangan hari ini:

  • Nasi Putih
  • Ikan Jepun Goreng
  • Sayap Ayam Goreng Celup Tepung BESTARI
  • Peria Tumis Pecah Telur & Udang
  • Sup Ayam Kurma Merah
  • Buah Betik
Sayap Ayam Celup Tepung BESTARI

Ikan Jepun Goreng Garing

Peria Tumis Pecah Telur & Udang

Oleh kerana tidak jadi buat sambal belacan, jadi Amie pun hiris banyak-banyak cili padi untuk dijadikan perencah Peria Tumis Pecah Telur & Udang. Adalah juga rasa pedasnya kan.

Buah Betik

Sup Ayam Kurma Merah versi Amie's Little Kitchen

Sup Ayam Kurma Merah ini Amie olah agak beza sedikit dari kebiasaan. Berdasarkan rasa yang Amie makan di Tawau tempohari, Amie dapati kuahnya lebih manis hasil dari penggunaan kurma merah yang agak banyak. Warna kuahnya lebih gelap dari yang Amie pernah renih sebelum ini. Pada Amie, lebih baik gunakan kaki ayam berbanding bahagian ayam yang lain kerana kaki ayam yang keras dapat direnih sebati bersama bahan-bahan lain. Amie tambahkan lobak merah, cendawan shiitake kering, buah goji beri dan garam. 


Sup Ayam Kurma Merah versi Taste Two Coffee House



Sup Ayam Kurma Merah

Amie hendak hirup kuah Sup Ayam Kurma Merah puas-puas. Jadi Amie tambahkan kuah dalam mangkuk. Memang berpeluh-peluh selepas hirup semangkuk Sup Ayam Kurma Merah!


Encik Suami tanya : Mana sambal belacannya? 
Hiks!

13 ulasan:

  1. Sedapnya...berkhasiat sup ayam, ada red dates & goji beri..

    BalasPadam
  2. Hahaha... sy pun sama la semalam nawaitu tu dah ada nk buat stok sambal belacan tapi malasnya

    BalasPadam
  3. Terlupa hempuk sambal belacan ke kak Amie??

    BalasPadam
  4. Bukan setakat sedap, banyak khasiat jugak letak kurma merah dgn goji berry. Boleh share resipi Kak Amie tak? Nak try buat jugaklah.

    BalasPadam
  5. wahhhhhh boleh cuba nanti sup ayam kurma merah nampak menarik betul!

    BalasPadam
  6. bagus ni kan berkhasiat
    lengkap menu k amie

    BalasPadam
  7. Sedap ni.. Kalau bab sup mcm nie mmg anak2 suka.. masak pun senang.. lauk pun habis di makan.. :D

    BalasPadam
  8. hirup itu je pun dah kenyang ye kak

    BalasPadam
  9. Mantaaap terlihat 😍😍. Apalagi ini termasuk makanan sehat, lengkap dengan goji berry pula πŸ‘πŸ‘..kalo sedang sakit dengue, diksh makan ini langsung naik cepat trombosit.

    BalasPadam
  10. sudah ditanya sambal belacannya pula😁

    BalasPadam
  11. huiiikkk sedapnya kakkk tetiba teringat kalau demam dpt mkn sup ni terus sembuh agaknya😁

    BalasPadam
  12. Lauk peria sedap nya.
    Sup merah tu memang sihat dgn goji berry sekali.

    BalasPadam
  13. Sup ayam ngan kurma merah tu memang nampak sedap betul, kalau x sihat memang elok makan sup ni kan...

    BalasPadam