Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini agak sibuk dengan kerja-kerja menoreh, jadi tidak dapat selalu masuk ke dapur sendiri apalagi untuk jalan-jalan ziarah ke rumah rakan-rakan maya. Maklumlah tugas hakiki itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan 'diaudit' di dunia sana selepas kita kembali kepada-Nya.
Malam ini ambil kesempatan menulis entri supaya tidaklah banyak hari yang dilalui tanpa sebarang tulisan. Itu pun setelah selesai menyediakan pelbagai laporan untuk dibentangkan esok. Esok selepas menoreh terus mesyuarat sampai ke petang.
Petang tadi masak lebih sedikit. Baki lauk yang ada bolehlah dipanaskan di sebelah pagi untuk dibawa bekal menoreh.
Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang |
Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
Asam Rebus Ikan Kerisi |
Sayap Ayam Goreng |
Sambal Udang dengan Tauhu |
Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang |
Resipi Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 200 gram King Oyster Mushroom - potong ikut saiz yang digemari
- 5 batang putik jagung - belah 2
- 1 cawan hirisan capsicum merah
- 1 cawan hirisan capsicum hijau
- 7 biji bebola ikan - belah dua
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang besar - cincang
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma.
- Masukkan King Oyster Mushroom, putih jagung, capsicum merah dan hijau serta bebola ikan.
- Tutup kuali. Biarkan selama 3 minit.
- Buka penutup kuali. Tuangkan sos tiram, garam, perasa pilihan dan lada putih tumbuk.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang ini sedap diratah begitu sahaja.
Berangan hendak bawa lebihan lauk buat bekal esok pergi menoreh, tapi semuanya habis licin. Alhamdulillah. In syaa Allah ada rezeki lain.
Mushroom and the gang... macam nama kumpulan muzik pulak!
BalasPadamSedap tu cendawan.
BalasPadamMujur dah simpan untuk bekal menoreh kalau tak habis diratah je huhu..
Sy kalau dapat sayur campur ni, nasi kena sikit aje, meratah yg sedap.
BalasPadamsayur campur makan meratah gitu saja pon sodappnyaaaaaa aduhaii~
BalasPadamMeriahnya!
BalasPadamSedap diratah² juga sayur campur tu...
saya tak pandai makan King Oyster Mushroom.
BalasPadamalhamdulillah menu lengkap menyelerakan
BalasPadamasam rebus dan king oyster & sayur campurnya tu sangat menggoda selera
BalasPadamMenu simple tp semuanya sedap menyelerakan
BalasPadamDuuuuh nikmat sangaaat lauk jamur dkk itu kaaaak 😍😍😍🤤. Jadi ada ide nak masak ini juga. Cuma putik jagung yg tak ada, hrs beli dulu. Saya jarang memang beli putik jagung, Krn kdg bingung nak dimasak apa 😅
BalasPadamSayur campur king oyster tu menggugat pemandangan SA...nampak sedap..rasa nak cari dan nak buat macam tu la...rasa macma lama SA x share masakan SA kan kak
BalasPadam