Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau lepas menoreh kami singgah di mana-mana warung untuk makan tengah hari. Hari ini selepas Encik Suami solat Jumaat, kami terus pulang ke rumah. Hendak masak, rasa tak laratlah pula. Perut rasa lapar. Teringat ada cheese cake yang lembut gebu. Untuk membuat perut rasa kenyang, kita bancuh Savva Belgian Indulgence secawan. Sekurang-kurangnya rasa lapar hilanglah juga setelah menghirup chocolate panas dan jamah beberapa potong cheese cake.
Savva Belgian Indulgence |
Sewaktu balik kampung minggu lepas, Abang Farid bawa oleh-oleh daripada ibu mentuanya. Katanya satu bungkusan untuk nenek, dan satu bungkusan untuk Mommy dan Baba. Kami bawa pulang ke LD. Dua oleh-oleh dalam bungkusan tersebut ialah produk Eskayvie iaitu Savva Belgian Indulgence dan Vie Noodle Eskayvie. Satu bungkusan lagi ialah kurma Safawi dari Madinah.
Savva Belgian Indulgence & Cheese Cake |
Sebelum ini sudah beberapa kali ibu mentua Abang Farid kirim minuman produk Eskayvie seperti Savva Teh Tarik Flavour dan Savva Teh Tarik Caramel Flavour. Semuanya sedap! Firdaus pun pandai bancuh minuman ini untuk kami.
Hari ini tergerak hati hendak berkenalan dengan Eskayvie. Rupanya kita ketinggalan keretapi. Bolehlah terjah ke sini untuk melihat pelbagai produk Eskayvie : PRODUK ESKAYVIE. Produk ini sudah lebih 12 tahun di pasaran dan mendapat pengiktirafan HALAL oleh Jakim dan kelulusan KKM.
Saya pun belum pernah consume apa apa produk Eskayvie
BalasPadamGebunya nampak kek keju tu
BalasPadamSedapnya kek keju dengan minuman coklat, juga makanan tambahan ye, Eskayvie pun. Boleh klik untuk info kan. Terima kasih kongsi sis.
BalasPadamLaaa.. ingat Eskayvie tu keluarkan produk suppliment je rupanya ada produk makanan dan minuman lain. Biasa nampak iklan billboard Eskayvie dengan Datuk Aznil sebagai duta.
BalasPadamBesan kak amie ni mesti agen Eskayvie.. hehehe
BalasPadamTapi ini tak dijual public ya kak Amie? Maksudnya kalo nak beli mesti lewat agen? Saya sukaaa minuman coklat begini. Jujur sejak boikot Cadbury tak ada lagi ketemu minuman coklat instan yg sedap.
BalasPadamSA x pernah consume eskayvie ni Kak Amie...ni kena beli dari agent kan
BalasPadam