Pages

Ahad, 30 Jun 2024

Sarapan Buras - Kenyangnya Sampai ke Tengah Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. LD hujan seawal subuh. Tarik selimut, dan mimpi bersambung lagi. Apalagi, setan pun menambah ilusi di pagi hari. Pukul lapan pagi Abang Farid sudah bervideo call dari Gombak, dan riuhlah Encik Suami memanggil Hamzah yang sedang tidur! Terbukalah mata budak kecil itu, terpinga-pinga mendengar dan lihat wajah Tok Abahnya yang jauh di LD.

Alhamdulillah, Hamzah sudah berumur 18 hari dan sihat walafiat semenjak keluar dari NICU lapan hari yang lalu.

Firdaus baru pulang dari bermain futsal. Kami ajak Firdaus ke pasar tani. Hujan turun lagi. Dalam renyai-renyai titis hujan, berpayunglah kami tiga beranak mencari apa yang patut buat alas perut. dari gerai ke gerai, membeli itu dan ini. Kemudian menjinjing bungkusan makanan dibawa masuk ke kereta, terus pulang ke rumah.

Mari kita hidangkan hasil sepencarian di pasar tani:
  • Buras Nasi / Pulut & Tumbuk
  • Ayam Masak Lengkuas - Nasu Likku
  • Ayam Palekko
  • Serondeng Kelapa & Ikan Bilis
  • Sambal Tempe
  • Barongko
  • Tapai Pulut

Buras & Tumbuk


Di LD memang terkenal dengan jualan masakan tradisional masyarakat Bugis dan Bajau. Kali ini untuk kali yang entah ke berapa, Amie kongsikan lagi makanan tradisional masyarakat Bugis sebagai hidangan sarapan.

Hidangan Sarapan

Buras & Lauk-Pauk

Serondeng Kelapa & Ikan Bilis

Ayam Masak Lengkuas - Nasu Likku

Ayam Palekko

Barongko

Tapai Pulut

Buras & The Gang

Makan buras ini ibaratnya kita makan nasi atau makan ketupat. Makan waktu pagi, kenyangnya sampai ke tengah hari. Nampaknya hari ini masak tengah hari lewat-lewat sikitlah. Boleh rehat-rehat, bermalas-malas sekejap di kala masih hujan dan sejuk-sejuk begini. Bolehlah sambung mimpi. Dah lama rasanya tak sempat mimpi dalam tidur.

Tiba-tiba Encik Suami muncul.

Katanya : Petang nanti Lina panggil makan-makan di rumahnya.

Alhamdulillah. Pucuk dicita, ulam mendatang. Nak sambung mimpi lagi. Marilah sorongkan bantal. Tak payah susah-susah masuk dapur. Petang nanti makan saja di rumah Lina. Rezeki Allah, jangan ditolak. Syukur selalu.

8 ulasan:

  1. Sha pernah makan sekali je buras ini masa raya lama dahulu.. Memang sedap dan mengenyangkan.. Nampak menarik satu hidangan tu.. Tapai pulut hitam ke tu?

    BalasPadam
  2. Buras ni selalu juga makan sebab tiap kali raya adik ipar rajin beli. Member pula org Bugis, selalu nampak dia buat.

    BalasPadam
  3. Seronoknya dapat breakfast begini.. macam-macam lauknya.
    Saya tertarik dengan corak pinggan mangkuk tu.. sweet sangat.

    BalasPadam
  4. Itu dia makanan sepencarian dia di pasar tani. Sy nak ikut ya ke rumah Lina, mahu sorong bantal sekali, nak lena sejam dua pun sedap juga kepala ni.

    BalasPadam
  5. Ohh Buras makan sebegitu dengan lauk sampingan ya. Nampak sedap sangat semua tumKak Amie. Tapai tu ehhh geram je.

    BalasPadam
  6. Ayam Palekko tu buat SA terliur la kak amie...sedapnya

    BalasPadam
  7. Kak Amie pernah ke Makasar kah? Pasti puas menikmati makanan Bugis kalo kesana 😄👍. Saya sendiri sangaaat suka buras juga. Makan dengan Coto, beuugh sedaaap tak terkira kan 😄

    BalasPadam