Pages

Ahad, 30 Jun 2024

Istanbul Selayang Pandang

Bismillahirrahmanirrahim.

Walaupun sudah pernah ke Turki selama sembilan hari tujuh malam pada Mac 2017, namun belum puas menjelajah secara keseluruhannya terutama Istanbul. Tahun 2020 sekali lagi daftar dengan travel agen khusus untuk ke Istanbul sahaja, namun sayangnya Covid-19 pula melanda. Kali ini, direzekikan pula untuk jejak Istanbul walau hanya seketika melalui jalan darat dari Bulgaria.

Kebetulan pula, di saat hati gundah di pagi Jumaat itu maka seakan-akan tawarlah segala yang dilihat di sekitar bandar Istanbul. Namun begitu, Amie sempat beli oleh-oleh istimewa dan berharga untuk diri sendiri iaitu 2 buah buku:
  • Istanbul - The Cradle of Civilizations by Unknown (Author)
  • All Istanbul - City of Civilizations  by Gungor Ozsoy (Author)

First Edition ( January 1,1900 )


Ada masa lapang bolehlah dibaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Mungkin ada rezeki kali seterusnya untuk jejak Istanbul atau Turkiye belahan lain. Siapa tahu kan.


Pemandangan lorong-lorong di kota Istanbul yang dapat dilihat dari tingkap bas.









Gerai Simit

Ini salah satu pemandangan yang Amie suka lihat iaitu penjual simit bersama jualannya di tepi jalan. Simit ialah sejenis roti Turkiye. Simit adalah simbol penting bagi rakyat kelas bawahan dan pertengahan di Turki. Kadang-kadang simit dipanggil susam kebabı (sesame kebab). Di bahagian lain di Timur Tengah, simit dimakan bersama telur rebus dan / atau  duggah, iaitu campuran herba yang digunakan sebagai perasa.

Shozy Spice Bazaar




Kami dibawa ke Levinson Leather & Fur. Sama seperti pengalaman di kedai pakaian kulit yang sebelumnya, ada pertunjukan fesyen di sini. Kami juga dijamu dengan minuman teh dan juga kekacang.







Sempat juga adik-adik peserta beli baju panas di sini.

Malas berlama-lama di kedai pakaian kulit dan bulu ini, Amie keluar bersama Lucy. Harga yang ditawarkan memanglah harga kayangan. Cukuplah sekadar melihat-lihat untuk cuci mata sahaja. 

Sementara ahli rombongan lain membeli (mungkin), kami mengambil angin segar di luar bangunan Levinson Leather & Fur. Kamsiah dan Nancy masih di dalam bangunan.


Terpandang seorang lelaki Turkiye memikul simit dan meletakkannya di atas bangku berhampiran kami. Katanya dua keping simit berharga 1 EURO.



Amie beli dua keping. Sekeping untuk Lucy dan sekeping untuk Amie.


Kemudian kami menaiki bas menuju ke Sultanahmet Camii.


Ketika ini masjid sedang dalam proses pembaikan. Jadi kami masuk ikut pintu belakang.






Bagaimanapun Amie tidak terus meneruskan perjalanan ke Sultanahmet Camii kerana pelawat tidak dibenarkan masuk. Kami patah balik ke belakang, menujuk ke Arasta Bazaar pula.


Di sinilah lami berkumpul setelah patah balik dari perkarangan Sultanahmet Camii untuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh tour guide tempatan (lelaki Turkiye) yang berkata mata dan berambut putih yang sedang menutup mulutnya dengan tangan.


Jom ke Arasta Bazaar. Lokasinya bersebelahan dengan Masjid Biru. Boleh jalan santai-santai sahaja di sini. Macam-macam ada. Hendak singgah makan atau minum pun boleh.


Arasta Bazaar








Arasta Bazaar kelihatan lebih tenang berbanding Grand Bazaar! Sempatkah kami ke Grand Bazaar petang nanti?


Suasana di sekitar Arasta Bazaar.








Sampai di sini dahulu jalan-jalan di Arasta Bazaar. Perut sudah mula lapar. Nancy pun sudah melangkah masuk ke sebuah restoran di situ.




Jumpa lagi!


15 ulasan:

  1. makan simet Istambul apa rasanya amie

    BalasPadam
  2. Bila Kak Amie kongsikan gambar macam ini, rasa macam jalan bersama Kak Amie disana..
    Menarik roti tu..

    BalasPadam
  3. Saya membayangkan ianya pritzle sbb sy suka pritzle. Tapi jika sy di situ pun tentu akan membelinya sbb rupa simit yg sedap tu.

    BalasPadam
  4. uniknya simit tu. nampak macam rangup di luar.
    Macamanalah penjual tu pikul simit tak terjatuh pula bila ia disusun begitu.

    BalasPadam
  5. setiap kali baca coretan akak kan,. terasa terusja untuk ke istanbul.. teringat cerita istanbul aku datang.. (betul ke ek tajuk cenggitu)

    BalasPadam
  6. wahhh terasa mcm jalan-jalan ikut kak amie ke sana hehe

    BalasPadam
  7. Sedap simit kan. Hotel kami dekat je dengan Arasta Bazar 2 tahun lepas. Oh belum siap ya Sultanahmet Camii, masa kami pergi pun masih dalam pembaikan. Rindu nya Istanbul.

    BalasPadam
  8. Simit tu kalau jual kat sini sure laku keras!

    BalasPadam
  9. Rindunya nak ke Istanbul lagi. Byk lagi tempat di Istanbul yg belum sempat dilawati.

    BalasPadam
  10. Jangankan istanbul, Pulau Mabul pun wak belum sampai

    BalasPadam
  11. Pemandangan cantik..SA tertanya- tanya apa rasanya simit tersebut...

    BalasPadam
  12. Mahal sangat dia jual roti itu yaa, mungkin Krn tahu ada banyak turis asing di daerah itu 😄😄. Saya beli roti keras mereka hanya 10 lira waktu itu.

    Nah pas trakhir ke turkiye, saya tak tahu kalo akan ke toko jaket kulit domba. Memang lah teringin sangat nak beli kak Amie 😍😍. Teman saya beli sampai USD 7000 🤣🤣. Saya pula sengaja tak bawa card, supaya tak tergoda. Tapi JD kepengiiin sangat. Makanya kalo ke turkiye lagi nak prepare uang buat beli itu . Hangaaat sangat jaketnya, walopun tipis ❤️❤️

    BalasPadam