Pages

Sabtu, 8 Jun 2024

Smoothie Epal Hijau Memang Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini semua sibuk. Firdaus ikut kursus kawad kaki Persatuan Bulan Sabit Merah. Kita pula jadi hakim Pertandingan Aktiviti Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Sekolah. 

Balik ke rumah, masing-masing rasa lapar. Rasanya lama lagilah hendak makan kalau kena tunggu ikan atau ayam dinyahbeku. Baiklah, kita makan sahaja apa yang ada. Encik Suami bantu sediakan smoothie epal hijau. Sementara itu, kita hiris-hiris sayur dan buat telur dadar.

Ada roti bulan sabit dan kuih cempiang. Kiranya jadilah hidangan makan tengah hari. 


Smoothie Epal Hijau



Alhamdulillah. Tak ada nasi dan lauk-pauk, ada beberapa jenis makanan yang dihidangkan pun sudah cukup mengenyangkan:
  • Roti Bulan Sabut
  • Kuih Cempiang
  • Telur Dadar
  • Sayur Campur - Cendawan Shiitake Segar & The Gang
  • Smoothie Epal Hijau

Telur Dadar


Sedap betul makan telur dadar waktu perut lapar! Habis licin lima biji kami kerjakan!

Sayur Campur - Cendawan Shiitake Segar & The Gang

Amie masak sayur campur berupa cendawan shiitake segar ditambah brokoli, kobis bunga, putik jagung, lobak merah dan capsicum hijau. Kalau bubuh capsicum merah dan kuning bertambahlah lazatnya apabila keluar rasa manis cili benggala tersebut. Tapi, sayur campur yang seadanya ini pun sudah cukup lazat.

Firdaus sukakan cendawan shiitake dan putik jagung! 


Sayur Campur & Telur Dadar

Roti Bulan Sabit @ Croissant

Kuih Cempiang

Smoothie Epal Hijau

Ini merupakan kali pertama Encik Suami menyediakan Smoothie Epal Hijau. Memang sedap sungguh hasil air tangannya dengan rasa sedikit masam yogurt. Alhamdulillah, dapatlah cuci perut selepas menikmati smoothie. Lega rasanya apabila perut sudah bersih!

Jemput makan.
Bismillah.


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis, Salam rindu.. Sedap smoothies apple menyegarkan, suka cendewan, membuka selera masakan sis shitake dengan baby jagung tu..

    BalasPadam
  2. Salam. amboi sedap2 semuanya. Nampak pinggan pun dah tergoda :P

    BalasPadam
  3. Wahhhh.. tak ada nasi, buat telur dadar pun sudah cukup mengenyangkan. Bagus tu smoothie epal untuk cuci perut. Sy smlm tak masak nasi siang, goreng keropok lekor jer, tapi malas nak ambil gambar.

    BalasPadam
  4. Dok perhati dari tadi roti bulan sabit tu yang mana.. ingatkan yang bulat2 berjalur tu. Rupanya croissant tu roti bulan sabit. Terus google memang ia huhu..

    BalasPadam
  5. oh, baru pernah dgr jugak croissant disebut roti bulan sabit... hehehe... smoothies epal hijau tu mmg nmpk sedap... kalau buat jus pun menyegarkan apatah lg kalau buat smoothies

    BalasPadam
  6. Masakan kak Amie ini walopun simple, tp terlihat tempting sangat 🤤😍. Mungkin Krn plating yg cantik, membuat siapapun yg melihat LGS ikut lapar ❤️🤭

    BalasPadam
  7. Semua sedap, semua cantik. Smoothie tu yummms.

    BalasPadam
  8. epal hijau smoothie tu nampak egar dan sedap betul, bagai terasa lalu di tekak SA..x kurang juga makanan lain...

    BalasPadam