Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat teman-teman di alam maya.
Sarapan apa pagi ini?
Awal pagi tadi Encik Suami kutip mangga manila di belakang dapur. Alhamdulillah, setiap hari ada sahaja rezeki mangga manila dari pokok rumah jiran belakang rumah yang masuk ke kawasan rumah kami.
Mangga udang kami pun sedang berbuah. Tak nampaklah buahnya sebab Encik Suami bungkus. Encik Suami petik sebiji yang sudah tua. Katanya kena petik sebelum masak di pokok sebab buah nampak berat dan ada tanda-tanda akan terlerai dari tangkai!
Mangga Udang VS Mangga Manila |
Mangga Manila |
Walaupun kulit mangga manila nampak masih hijau, tetapi semua buah yang jatuh sudah masak. Isinya elok sempurna, tiada 'orang' di dalamnya dan rasanya manis.
Mangga Udang |
Ini mangga udang pertama yang Encik Suami petik dari pokok sendiri. Ada rekahan pada pangkal buah. Tunggulah dua tiga hari, isi mangga udang akan masak sepenuhnya. Amie timbang buah mangga udang, dan beratnya seperti di bawah ini.
Mangga udang seberat 2.312 kg.
Kerap juga pokok mangga udang tu berbuah ye Kak... Besar juga buahnya, 2 kg lebih alhamdulillah
BalasPadambesar n berat mangga udang wahh dpt merasa hasil tanaman sendiri terbaik tu
BalasPadamBesar betul mangga udang tu berbeza saiznya dgn mangga manila. Sy teringat dulu Kak Amie pernah buat pertandingan teka berat mangga udang ni, tak silap Mak Cella yg menang, betul tak?
BalasPadamPuas hati boleh makan mangga manila tiap-tiap hari. Rezeki dikongsi oleh jiran.
BalasPadamBesar betul mangga udang tu.
Beza betul saiznya... tapi yang penting kalau isi nya manis sedap segar saiz bukan ukuran
BalasPadamBesar nyaaa diaaa 😍😍😍😍..langsung kebayang rasanya nanti maniiis kak
BalasPadamMangga udang sangat senonim dengan cikgu...hihihi
BalasPadamMangga yg pernah memberi hadiah untuk saya🥰
Tak pernah SA rasa mangga udang tu..teringin plak nak rasanya
BalasPadam