Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung jalan-jalan di bandar Sofia. Sudah agak lama tidak menulis perjalanan di Bulgaria, terlupa sebahagian nama tempat dan cerita yang tidak dicatat dalam buku nota. Tengok gambar sahajalah.
Jom, jalan-jalan panaskan badan!
Kami mencari kedai cendera hati, tetapi tidak ditemui di sini.
Itu dia, sekali lagi melintas tram warna kuning yang dinaiki Kajol dalam filem Dilwale.
Nampak beza jalan raya di sini dengan di tempat kita.
Jelas menunjukkan Sofia memang bandar tua.
Walaupun kelihatan agak usang, tapi tetap terpelihara dan redup mata memandang.
Walaupun masih musim sejuk, namun kedai-kedai bunga sudah menjual anak-anak benih bunga tulip dan bunga hyacinth yang diletakkan di luar kedai supaya terdedah di bawah pancaran matahari pagi.
Pemandangan Bandar Lama Sofia.
Peminat sejarah bolehlah membuat perbandingan gambar bangunan lama dengan yang ada sekarang di sekitar Sofia.
Alhamdulillah. Sudah nampak tandas. Bolehlah singgah di sini selepas pusing-pusing Sofia. Tandas pun tidak jauh dari tempat letak bas.
Kami singgah masuk di dalam salah sebuah pasar mini di sini. Cantik dan kemas semua barang jualan. Cuci-cuci mata sajalah. Tengok buah epal pun rasa geram sebab saiznya besar-besar belaka!
Banyak jenis roti dijual di sini.
Seronok pula melihat pisang! Di luar kotak tertulis 'premium bananas'. Amboi! Istimewa sungguh pisang di luar negara. Padahal banyak jew pisang di tempat sendiri... ahaks!
Ketika melintas jalan dari pasar mini, mata terpandang pemandangan yang tidak biasa di lihat di mana-mana baik di tempat sendiri atau di tempat lain. Dari jauh terlihat seakan-akan asap nipis melayang ke udara dan apabila mendekat, ternyata asap tersebut datangnya dari paip air!
Kita pun terhenti seketika hendak mencari tahu keadaan sebenar di sini. Tidak lama kemudian datang beberapa orang wanita yang berhijab membawa bekas air dan menadah air paip!
Dan begitulah seterusnya. Lelaki dan wanita datang sili berganti membawa bekas atau botol besar untuk diisi air dari paip di situ.
Untuk lanjut kita pun rujuk Pak Google. Rupanya Sofia (Bulgaria) terkenal dengan air mineral di seluruh dunia walaupun sebenarnya air paip di rumah mereka sangat selamat untuk diminum, sama seperti negara-negara Eropah yang lain. Terdapat beberapa buah paip air mineral di seluruh Bulgaria tetapi yang paling terkenal terdapat di Sofia bersebelahan dengan Central Public Bathhouse.
Bagaimanapun air mineral dari sini bukannya sejuk, tetapi hangat! Itu sebabnya sehingga keluar asap dari tempat tersebut. Biasanya penduduk sekitar akan mengambil air untuk kegunaan beberapa minggu sebelum mengisinya kembali. Sempatlah air yang hangat itu menjadi sejuk apabila berada pada suhu bilik.
Sumber : MINERAL WATER OF SOFIA
Sekarang kami menyusuri bahagian bangunan lama. Walaupun bangunan lama, tetapi di bahagian dalamnya terdapat pelbagai kedai jualan.
Di luar memang sejuk, apalagi ketika angin bertiup!
Baiklah masuk ke bahagian dalam bangunan. Kita singgah di Parkmart Supermarket.
Hehehe... tak adalah tempat lain Amie hendak intai selain tempat buah-buahan dan sayur-sayuran!
Tak ingat dah apa nama tempat ini. Amie pun tak buat catatan. Hanya ambil gambar sahaja sebab suka melihat lorong demi lorong dan lampu-lampu yang tersusun bergantungan di atasnya.
Barangkali di dalam bangunan inilah terdapatnya pejabat-pejabat kerajaan.
Suhu terasa semakin sejuk walaupun sudah pukul 10 pagi.
Kami memutuskan untuk duduk sahaja di dalam bas. Hendak membeli cendera hati, tiada pula terjumpa kedainya dan satu lagi, mana-mana kedai atau supermarket yang kami singgahi tidak menerima mata wang EURO!
Hendak melihar kerja-kerja arkelologi dan penggalian reruntuhan, rasa tak berminat pula. Jomlah, perlahan-lahan menuju ke bas sambil-sambil tangkap sekeping dua gambar untuk kenang-kenangan.
Bas akan bergerak meninggalkan Sofia pada pukul 11 pagi.
Kira-kira 20 minit menghampiri pukul 11 pagi, beberapa orang peserta rombongan yang baru naik ke dalam bas memberitahu kami, ada kedai cendera hati yang menerima mata wang EURO! Tempatnya di bahagian bawah tanah dan kena turun menggunakan lift. Apabila ditunjukkan tempat tersebut, rupanya bersebelahan dengan tempat kami santai-santai selepas keluar dari Parkmart Supermarket!
Kira-kira 20 minit menghampiri pukul 11 pagi, beberapa orang peserta rombongan yang baru naik ke dalam bas memberitahu kami, ada kedai cendera hati yang menerima mata wang EURO! Tempatnya di bahagian bawah tanah dan kena turun menggunakan lift. Apabila ditunjukkan tempat tersebut, rupanya bersebelahan dengan tempat kami santai-santai selepas keluar dari Parkmart Supermarket!
Apalagi!
Berlarianlah kami berempat menuju ke tempat tersebut.
Oleh kerana dalam keadaan kelam kabut tidaklah dapat memilih dan membeli dengan tenang. Sudahlah semuanya kelihatan cantik, terlebih rambang mata kami melihatnya.
Berlarianlah kami berempat menuju ke tempat tersebut.
Oleh kerana dalam keadaan kelam kabut tidaklah dapat memilih dan membeli dengan tenang. Sudahlah semuanya kelihatan cantik, terlebih rambang mata kami melihatnya.
Amie hanya sempat membeli:
- Beg sandang - 15 EURO
- White Rose Parfume - 12 EURO
Kamsiah dan Nancy entah masuk kedai mana. Lucy masih memilih-milih barang. Amie beritahu Lucy, sudah hampir pukul 10:55! Sebentar lagi bas akan bergerak meninggalkan Sofia. Melihat Lucy belum bersedia meninggalkan tempat tersebut, Amie minta izin untuk kembali semula ke tempat letak bas.
Nampaknya bukan kami sahaja yang sedikit terlewat, tapi ada beberapa orang peserta lain yang belum sampai. Syukurkan Lucy, Nancy dan Kamsiah tiba lebih awal dari beberapa peserta yang lain.
Belanja rakaman video sewaktu bas meninggalkan Sofia.
Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang halus mengalir keluar dari hidung.
Argghh... sudah! Rupanya hingus sedang meleleh tanpa disedari kerana hidung dan mulut sudah kebas dek sejuknya suhu dingin di Sofia. Sempat melihat bacaan suhu pada pukul 11 pagi.
-2'C!
Cepat-cepat selongkar beg sandang mencari sarung tangan.
apa ya makanan khas bulgaria?
BalasPadamSalah satunya yang popular disajikan sebagai sarapan pagi ialah banitsa, sejenis roti khas berisi keju putih dan telur. Yang lainnya saya tidak begitu jelas sebab kumpulan kami hanya dihidangkan dengan makanan vegetarian.
Padamharap satu hari nanti dapat jejak ke situ juga..insyallah
BalasPadamAmin.
PadamIn syaa Allah dapat jejak ke sini.
Tengah goncang pokok ke tu...?
BalasPadamHahahaaa... pondok gondol!
PadamLukisan di luar toilet tu kemain garang 😁
BalasPadamCantik dan tenang bandar Sofia ni walaupun bangunan sekitarnya agak lama.
Betul tu. Nampak brutal kan.
PadamNampak macam santai² Kak Amie di sini berbeza sebelum² ni kena mengejar masa. Bangunan lama tapi terpelihara, tempat pun bersih, tentu best bergambar di sini.
BalasPadamYa, tak terkejar-kejar seperti di tempat lain kan.
PadamWahhh air mineral nya. Suka nya tengok foto2 di sana. Moga kami diizinkan ke sana nanti. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamMenarik kan Mulan. Boleh ambil percuma sahaja untuk kegunaan harian.
Padamwaahhhh yg filem Dilwale Kajol & SRK shooting di Sofia ni la ye?
BalasPadamBetul Ana.
PadamCantik kan pemandangan sekitar Bulgaria dalam filem tu.
Walaupun musim sejuk pokok-pokok togel tapi tetap cantik ye kak... binaan bangunan situ pun cantik, geram pulak nengok orang jual anak pokok tulip tu tepi-tepi jalan gitu je. Dekat sini takde lah akak kekurangan air ye, mudah nak dapatkan air tak macam sebelum ni kan. Dapat air 1 botol je
BalasPadamDah hampir penghujung musim sejuk, jadi banyaklah tempat orang jual anak benih pokok bunga.
PadamYa, senang hendak dapat air mineral.
Wah! bestnya bumi Sofia ni air mineral mudah dapat secara percuma aje ya
BalasPadamUntung betul penduduk Bulgaria dapat air mineral percuma. Bukan di bandar Sofia sahaja disedikan kemudahan ini, tapi ada beberapa tempat lain juga di sediakan.
PadamRindunyaaa saya dengan Sofia. Banyak tak ingat lagi trmpat2 di sana. Hanya beberapa yg saya tahu pernah dilewati dulu. Lagi coba ingat apartemen tempat papa mama saat msh jadi diplomat di sana 😄
BalasPadamDatang lagi ke Sofia.
PadamMungkin ada beberapa perubahan di sekitarnya berbanding tahun-tahun lalu yang dilewati.
Kalau saya pun lebih seronok tenguk buah-buahan dia yang cantik dan besar. geramnya nya pisang dia macam pisang montel di sini.
BalasPadamBetul Notie.
PadamBuah-buahannya besar, segar dan epalnya pun wangi.
Pisang pun cantik-cantik.
Sunyi dan tenang je bandar sofia ye
BalasPadamYa, mungkin musim sejuk dan ramai yang suka duduk dalam rumah saja hihihiii.
PadamAgaknya sebab mukabumi mereka berbatu..maka airnya kaya mineral
BalasPadamMungkin juga.
PadamRezeki penduduk Bulgaria.
Agaknya sebab mukabumi mereka berbatu..maka airnya kaya mineral
BalasPadamKak Amie, dalam gambar pokok2 yang togel takde daun tu nampak cantik kan...kalau tengok in reality mesti lagi cantik..ye tak kak?
BalasPadam