Pages

Sabtu, 4 Mei 2024

Solat Jamak Takhir di Tepian Sungai Skurda

Bismillahirrahmanirrahim.

Memandangkan perjalanan seterusnya akan memakan masa lebih kurang tiga jam, kami cadangkan supaya solat jamak dahulu di Kotor. Tidak ada masjid di Kota Lama Kotor, jadi TLM sarankan agar solat di mana sahaja tempat yang sesuai. Sebelum ini, ada beberapa orang yang sudah solat di sebelah pokok berhampiran dengan Sea Gate.

Akhirnya kami mencapai persetujuan untuk melintas jalan raya dan solat di sebuah taman di tepi Sunga Skurda. Berjalanlah kami beramai-ramai ke situ dan mencari tempat yang agak terlindung di bawah pokok.


Inilah Sungai Skurda yang berair jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan yang berenang di dalamnya. Air sungai ini mengalir dari pergunungan dan terus ke muara menuju ke Laut Adriatik.



Alhamdulillah. Selesailah solat kami di sini. Tidak lama kemudian TLM datang untuk solat. Ketika beliau sedang solat datanglah seekor anjing hitam berbadan besar seperti serigala gamaknya dengan mulut ternganga menampakkan taringnya menghala arah TLM. Kamsiah sudah berasa cemas. Amie beritahu Kamsiah supaya diam-diam. Amie memandang anjing tersebut dan membaca dengan bersungguh-sungguh : Summum bukmum umyum fahum layarjiun sebanyak 3 kali. Anjing tersebut terus meninggalkan TLM.

Ayat yang Amie baca itu arwah Kak Ros yang ajar. Katanya, kalau takut anjing bacakan saja ayat tersebut. 


Kenangan yang tak mungkin dilupakan, solat di pinggir Sungai Skurda!


Sementara menunggu kesemua peserta rombongan berkumpul untuk naik bas, sempat tangkap gambar pokok bunga di tepi jalan.



Tiba-tiba terpandang ada super market berhampiran tempat kami berdiri.



Apabila terpandang gambar buah strawberi, cepat-cepat Amie tarik tangan Lucy yang berada di sebelah untuk ke sana.


Ada buah-buahan segar dijual di sini.


Ketika terpandang buah strawberi yang sudah sedia dibungkus denga harga 3.1EURO, tanpa berfikir panjang Amie pun beli.

Tapi kan... hilang pula gambar buah strawberi!
Entah di mana dia pergi.
Yang ada hanya gambar pemandangan di kala senja, sewaktu matahari hampir tenggelam. Ketika ini kami berada dalam perjalanan di Kavac, Montenegro menuju ke negara Albania. Seperti biasa, kami akan melalui hentian untuk pemeriksaan imigresan, keluar dari Montenegro dan masuk ke sempadan Albania.

Pemandangan matahari tenggelam di Kavac, Montenegro.


Ada juga gunanya membawa keropok di dalam beg sandang. Keropok ini Amie beli dengan kacang panggang di stesen minyak Bosnia and Herzegovina dua hari lepas. Untuk memujuk perut, pancing dulu dengan long chips ini.

8 ulasan:

  1. jelesnya tengok buah buahan diorang yang segar bugar dan murah. Tapi agaknya mereka pulak jeles tengok durian, kelapa, pisang kat Malaysia ni...hahaha

    BalasPadam
  2. Kak Amie, Sy sejak kecik amalkan baca Summum Bukmum.. setiap kali nampak anjirrr 😃. Kakak Sy, Angah yg ajar, rasanya cikgu yg ajar tu.

    BalasPadam
  3. tenang sangat tengok... Alhamdulillah, boleh solat di mana2.. :)

    BalasPadam
  4. Lantas saya google ayat Summum bukmum umyum fahum layarjiun - doa melindungi diri / agar orang yang memusuhi kita menundukkan diri

    BalasPadam
  5. SA suka betul tengok pemandangan yang gambar pertama tu...tenang aje...gambar buah- buahan pun segar sanagt

    BalasPadam
  6. Manis kak strawberrynya?biasa strawberry sana selalunya manis dan fresh kan. Saya pun suka. Makanya kalo dah di luar negeri, saya pasti cari buah2an mereka yg susah nak temu di jakarta 😄. Atau kalopun ada mahaal. Strawberry lokal yg dari Lembang soalnya masam. Saya tak suka 😂

    BalasPadam
  7. Walaupun tak ada masjid, satu pengalaman indah dapat solat di sini. Permandangannya cukup indah. Seram pula kalau ada anjing besar. Syukurlah dia beredar lepas baca ayat pelindung diri tu. Buah-buahan segar di sini memang menggoda kita untuk membeli ye. hihi...

    BalasPadam
  8. bila tgk gmbr buah buahan ni, nnt kalau g negara yg byk buah buah segar ni sy nak bawa pencicah siap2 dr sini. boleh mkn dgn buah hehehe

    BalasPadam