Pages

Sabtu, 4 Mei 2024

Kubu Pertahanan Kota Lama Kotor, Montenegro

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun hanya mampu memandang dari kejauhan, menyangkut jugalah beberapa keping gambar tembok pertahanan Kota Lama Kotor. Kubu di sekitar Kota Lama Kotor ini dibina semasa Zaman Venice. Tembok tersebut mengelilingi sebahagian besar kota lama. Dalam perjalanan dari Kota Lama Kotor menuju ke bas, sempatlah mata dan kepala berpusing-pusing memandang keliling mencari saki-baki benteng pertahanan yang terletak di San Giovanni atau Gunung St John di Montenegro.

Kubu pertahanan Kota Lama Kotor dibina oleh bangsa Iliria pada abad ke-2M untuk melindungi kotanya. Pembinaan dimulakan pada abad ke-6 dan diselesaikan oleh Venecia pada abad ke-15. Benteng pertahanan ini berbentuk lingkaran dengan keliling sekitar empat setengah kilometer. Dindingnya setinggi 20 meter dan tebalnya 16 meter. Dikatakan bahawa dinding tersebut tidak pernah dapat ditembusi musuh.


Marilah kita saksikan hasil tangkapan Amie yang hanya diberi masa selama 45 minit berada di Kota Lama Kotor. Tangkap sajalah pemandangan dalam kota lama dan tembok pertahanan yang mana sempat.




Kalau melihat peta Kota Lama Kotor kelihatan aliran air Sungai Skurda dari pergunungan Montenegro di sepanjang kubu pertahanan di bahagian utara Kotor. Lihat lagi di bahagian belakang sanun di lereng pergunungan, tembok dibina mengelilingi kota berlatar belakangkan gunung-ganang yang tinggi.



Nun di balik tembok ( di dalam kota lama) kelihatan biara (Dominican Monastery)  dan gereja (St. Nicholas Church).





Tembok pertahanan yang kukuh ini mampu melindungi warga Kota Lama Kotor dari serangan musuh seperti:
  • Rome
  • Byzantium
  • Venecia
  • Uthmaniyyah
  • Austia
  • Rusia
  • Serbia
  • Inggeris
  • Hungary
 
Skurda River




Nampak jugalah temboknya walaupun kecil dilindungi bukit dan batu-batu. Bagi para pendaki mungkin boleh menaiki tangga untuk sampai ke puncak dan dapatlah melihat pemandangan penuh Kota Lama Kotor.


Tak dapat bayangkan kehebatan tenaga orang dulu-dulu sewaktu membina kota lama ini. Bukan memakan tahun tahun memakan abad untuk menyiapkannya! Patutlah sangat kukuh sehingga tidak dapat ditembusi mana-mana serangan musuh.





Hari ini dapat melawat dua kota lama yang sungguh unik dengan reka bentuk dan sejarahnya yang tersendiri:
  • Old Town Dubrovnik di Criatia
  • Old Town Kotor di Montenegro
Walaupun asyik terkejar-kejar bergelut dengan masa, tapi banyak informasi dan kenangan indah sewaktu berada di kedua-dua tempat ini.




Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada Kota Lama Kotor.

7 ulasan:

  1. Allahu... cantiknya pemandangan.

    BalasPadam
  2. Kota lama begini selalu mengingatkan tentang perang. Berdebar² hati setiap kali melihat walaupun hanya sekeping gambar.

    BalasPadam
  3. kagum tengok pembinaan bangunan tugu sebegini..

    BalasPadam
  4. Nampak jernih Skurda River tu.
    Tenang je.

    BalasPadam
  5. Indah sungguh panoramanya kak amie...bertuah betul kak amie dapat ke sana

    BalasPadam
  6. Itulah kak. Saya pun tak habis pikir bagaimana orang zaman dulu bisa membuat semua ini yaa. Walopun untuK Orang2 Persia, roma, Utsmaniyah , saya tahu mereka hebat dari dulu dan superior. Jadi mungkin wajar lah ada teknologi yg bisa membuat hal2 begitu.

    Tapi orang2 Montenegro ini tak pernah saya dengar. Tapi terbukti bangunan bentengnya luar biasa kokoh.

    BalasPadam
  7. Rasa tak cukup pula masa 45 minit tu untuk explore di sini. Best kalau dapat mendaki dan menikmati permandangan dari atas bukit tu.

    BalasPadam