Pages

Khamis, 23 Mei 2024

Seorang Mengembek Seorang Berkokok

Bismillahirrahmanirrahim.

Operasi pembersihan galeri HP sedang giat dijalankan. Antara gambar yang masih ada termasuklah makan-makan dengan Encik Suami di kedai Pakistan pada awal Mei lepas. Entah berapa kali selepas solat Jumaat, Encik Suami bawa kita makan di sini. Kita tahu sangat, Encik Suami mencari Teh Pakistan!

Seperti biasa, kalau makan nasi briyani Encik Suami akan pilih lauk ayam sementara kita sendiri pilih kambing. Hurrmmm... kiranya seorang berkokok dan seorang lagi mengembek!

Nasi Briyani Kambing & Nasi Briyani Ayam


Nampak mewah jugalah nasi Briyani Kambing sebab banyak kambingnya!


Nasi Briyani Ayam pula, hilang kulit ayamnya! Memang dibuang kulitnya.


Encik Suami mesti hendak hirup sup! Jadi, kalau hidangan datang tanpa sup, Encik Suami akan minta. Amie tak kisah kalau tidak ada sup. Kuah kari depan mata pun Amie tak usik.


Inilah minuman Teh Pakistan yang Encik Suami tunggu-tunggu. Nanti kalau kita rajin, kita hendak buatlah sendiri di rumah, gunakan susu segar. 


Jom makan.


4 ulasan:

  1. Hahahaha ingatkan apa lah pulak sorang berkokok sorang mengembek.... rupanya. Tapi chai india pun sodap kan. Apa beza chai Pakistan dengan chai India dari segi rasanya.

    BalasPadam
  2. yg pasti blk ke rumah dua dua dah kenyang hehehe

    BalasPadam
  3. Aduhai, syahdu betul hirup teh panas lepas makan nasi beriani kambing!

    BalasPadam
  4. Kenapalah dia buang kulit ayam tuh yaa 😅. Saya paling favoritkan kulit ayam. Walo pun tahu tak sehat 🤭😄

    BalasPadam