Pages

Rabu, 22 Mei 2024

Malam Sedingin Salji di Park Hotel Moskva, Sofia

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam perjalanan dari Skopje, Macedonia Utara ke Sofia, Bulgaria memang terlelap di dalam bas. Apabila bas tiba di Park Hotel Moskva, terpisat-pisatlah kerana tidur terganggu! Suhu yang sangat sejuk memang sesuai sangatlah untuk tarik selimut! Tambahan pula, hujan turun rintik-rintik dan menyucuk tajam.  Aduhai....! Mungkin hujan salji.

Apa boleh buatlah. Terpaksalah seret beg masing-masing menuju ke lobi hotel. Pukul 11 malam lebih sedikit, kami daftar hotel, ambil kunci, ambil makanan dan masuk bilik. Selepas makan, terus bersihkan diri, solat dan rebahkan diri di atas katil. Ketika itu pukul 12:30 malam dan sempat melihat bacaan suhu : 0'C.


Selamat Datang ke Park Hotel Moskva



Ruang lobi sangat luas walaupun hotel taraf tiga bintang saja.


Sementara menunggu pembahagian kunci, ambil dulu gambar di ruang lobi.


Pihak hotel meminta kami menyerahkan passport masing-masing sebelum menyerahkan kunci bilik. Passport boleh diambil keesokan pagi.



Ketika kaki melangkah masuk ke bilik, badan terasa hangat. Rupanya pemanas udara sudah dipasang. Alhamdulillah. Tidaklah rasa terlalu sejuk.



Seperti biasa, Amie memilih katil berhampiran tingkap. Walaupun dipasang pemanas, tetapi malam itu Amie buka sedikit tingkat supaya tidak kepanasan di bawah selimut.


Ada dua biji gelas disediakan di atas meja. Di dalam mini peti sejuk pula ada dua botol air mineral. Alhamdulillah. Bolehlah diminum.




Ada dua helai selimut dan dua biji bantal di dalam almari.


Bilik airnya kemas dan bersih.








Makanan yang dibekalkan malam itu ialah nasi dengan kebab daging, sos dan juga salad. Sudah lewat malam memang kurang selera untuk menghabiskan kesemuanya. Jamahkan sedikit untuk alas perut supaya tidak keroncongan sewaktu tidur.


Hirisan lemon yang disediakan bersama salad itu Amie perahkan ke dalam gelas minuman. Makan jugalah beberapa biji baki strawberi yang ada. 


Lena sungguh kami tidur malam itu. Tak tahulah berapa suhu waktu dinihari. Apabila bangun pagi rasa sudah terlewat dan terus solat subuh pada pukul 4:42. Rupanya silap melihat waktu. Patutnya waktu begini waktu solat taubat dan solat tahajjud. Waktu subuh di Sofia pada pukul 5:42 pagi! Jadi, selepas mandi, solat subuh sekali lagi.


Selepas sarapan pagi, baru teringat hendak melihat bacaan suhu. Pada pukul 8:13 pagi, bacaan suhu menunjukkan angka -2'C.

5 ulasan:

  1. Nampak selesa bilik di Park Hotel, lengkap dgn kemudahan dan yang penting ada pemanas bilik.

    BalasPadam
  2. Sejuknya suhu -ve°C. Di sini kalau hujan pun dah sedap tarik selimut, apatah lagi dlm dingin salju kan...

    BalasPadam
  3. Aduh, punyalah lena sampai silap waktu solat, mujurlah tak terlewat ya, terawal tak mengapa.

    BalasPadam
  4. Suhu negative tu tak tahan rasa sejuknya. Menu dinner nampak sedap tapi lewat sangat nak makan.

    BalasPadam
  5. saya rinduuu Sofia 😍😍😍. Dulu karena mertua jadi diplomat di Bulgaria, jadi saya pernah visit mereka dan lama stay di sini , 3 Minggu. Puas jadinya eksplor kota ini. Rindu sangat ..

    Banyak kenal dengan para diplomat Indonesia , dan Orang2 Indonesia yg memang tinggal di sana.

    BalasPadam