Bismillahirrahmanirrahim.
Seperti biasa Encik Suami akan singgah di warung Bandar Tabanak dan belikan bekalan sarapan untuk Amie bawa menoreh. Pada masa yang sama Amie pun suka jengok-jengok peniaga-peniaga di tepi warung. Selalunya Amie akan beli pisang berangan sesikat dua untuk dimakan bersama-sama para penoreh. Pagi ini semua jenis pisang belum masak sepenuhnya. Jadi, tak jadilah beli pisang.
Terpandang longgokan mangga manila. Kami menghampirinya, dan menurut penjual mangga harganya sekilogram RM10.00. Memang terkejutlah juga sebab harga biasa RM16.00 - RM18.00 ke atas untuk sekilogram. Katanya, mangga dari pokok sendiri. Kami beli sekilogram sahaja memandangkan esok hari Jumaat, dan kami akan ke Tawau naik belon ke KLIA. Rindulah hendak makan macam-macam buah di kampung nanti! Nanti bolehlah makan mangga puas-puas di Malaya.
Mangga Manila |
Beli lima biji, tepat berat satu kilogram. Sampai rumah tadi, tak sabar hendak makan. memang manis lemak-lemak. Alhamdulillah. Walaupun harga makanan laut agak murah (tidaklah murah sangat) tetapi harga segala jenis buah-buahan memang cekik leher. Tak kan nak makan udang, ikan, ketam siang dan malam... ahaks! Kita pun hendak makan buah-buahan juga supaya diet seimbang. Betul tak?
Saya pun suka buah-buahan apa lagi kalau musim buahan tiba. sedapnya Mangga manila datang dari sana ke atau nama jenis mangga.
BalasPadamKat malaya memnag musim mangga kak amie..SA baru beli 5kg RM20..Dapat la 8 biji besar2 dan panjang
BalasPadambalik malaya boleh makan mangga murah kak amie...pusing malaya lagi ye kak amie cuti sekolah kali ni
BalasPadamMangga manila tu seakan2 buah kuini kat sini
BalasPadamwahhh kuning betul isinya!
BalasPadamkak amie dah sampai malaya ke tu?
Kira² sebiji mangga manila beratnya 200gms sahaja ya. Betullah, kena jugak makan buah, takkan nak makan seafood saja.
BalasPadamSedapnya terasa manis mangga tu.
BalasPadamPaliiiing suka kalo dapat mangga yg manis dan harum 😍😍. Nanti nak cek dulu apa sedang musim tak di sinu
BalasPadam