Pages

Sabtu, 11 Mei 2024

Sarapan Buras dengan Ayam Palekko, Coto Makassar & Powder Drink Pomegranate

Bismillahirrahmanirrahim.

Jom sarapan pagi. Amie sediakan sarapan pagi merangkap makan tengah hari. Pagi-pagi lagi sudah terbau aroma kuah Coto Makassar dari dapur. Sebagai pelengkap Coto Makassar, Encik Suami beli buras di gerai. Encik Suami lebih suka makan buras berbanding makan coto dengan nasi himpit atau ketupat segera. Firdaus pula sukakan Ayam Palekko. Ayam Palekko boleh dinikmati bersama buras atau nasi putih. Jadi, sajian sarapan kami pagi ini lebih kepada masakan ala Bugis.


Sarapan Sajian ala Bugis.


Powder Drink Pomegranate


Kali ini Encik Suami bancuh Powder Drink Pomegranate pula. Rasanya sedap, masam manis rasa delima. Setakat ini kami hanya bancuh serbuk minuman segera dari Turkiye ini dengan air  panas. Belum cuba minum yang sejuk.


Nanti hendak cuba pula minuman sejuk. Tentu lebih menyegarkan!

Secawan PDP Panas.

Coto Makassar & The Gang


Semangkuk Coto Makassar sedia untuk dinikmati, lengkap bersama buras, daun sup, bawang goreng, sambal dan limau kasturi.


Ayam Palekko

Ayam Masak Palekko kegemaran Firdaus ini memang pedas sebab gunakan cili padi. Potongannya kecil-kecil sahaja. Biasanya kalau beli di gerai, peniaga gunakan ayam tua @ pencen dan lebih banyak bahagian leher dan kaki ayam. Jadi, kalau masak sendiri bolehlah pilih bahagian yang kita suka.

Buras yang sudah dibuka pembalut luarnya.

Ayam Palekko


Amie pernah kongsikan resipi Ayam Palekko beberapa kali sebelum ini. Untuk panduan lengkap bergambar boleh klik di sini: AYAM MASAK PALEKKO IDAMAN FIRDAUS!

Resipi Ayam Masak Palekko
Bahan-bahan:

  • 1 kilogram ayam - potong saiz kecil
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan bancuhan air asam jawa 
  • 1 cawan air
  • garam / perasa pilihan secukupnya (Amie tambah gula)
Bahan pemerap (ditumbuk):

  • 3/4 cawan cili padi kampung
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
Bahan perencah (ditumbuk)

  • 5 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 sudu besar lada putih
Cara memasak:

  1. Perap daging ayam dengan bahan pemerap, serai dan air asam jawa selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bahan perencah sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan gaul rata.
  5. Setelah ayam layu dan bertukar warna, tambahkan air.
  6. Tutup kuali dan kecilkan api.
  7. Biarkan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
  8. Buka penutup kuali, taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Boleh kurang / tambah bahan mengikut cita rasa. Ayam Palekko sudah semestinya ada rasa pedas!

Jemput sarapan sama dengan orang LD!
Bismillah.


7 ulasan:

  1. Senang terus bawak ke lunch.. Tak payah ulang alik masuk dapur..

    BalasPadam
  2. Coto tu macam soto ye Kak Amie? Resipi ayam palekko tu nampak menarik dan boleh dicuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bahannya beda sangat kak Carneyz. Coto Makasar penuh dengan rempah2 dibanding soto biasa. Nanti kalo kakak ke jakarta, saya ajak coba Coto Makasar. Kebetulan di JKT ada banyak restoran asli Makasar, Krn di sini ramai perantau dari Makasar. Orang Makasar itu terkenal suka merantau, hampir sama seperti orang Padang 😄

      Padam
  3. nampak menyegarkan air delima tu....

    BalasPadam
  4. Sedapnya nengok coto tu, masak sendiri boleh makan berulang2

    BalasPadam
  5. Saya pun LBH suka makan Coto dengan buras drpd nasi kak Amie. Pokoknya kalo ke resto Makasar , pasti buras jadi teman konro atau Coto

    Resep ayam nya saya nak coba besok. Kebetulan ada serai.

    BalasPadam