Pages

Khamis, 9 Mei 2024

Panorama di Skanderbeg Square


National Museum


Gambar atas, tempat kami makan tengah hari sambil memerhatikan Skanderbeg Square. Terpandang I Love T (Tirana).


Setelah selesai makan, Amie hendak ambil gambar di di hadapan 'hati' tetapi setelah beberapa minit menunggu seorang wanita Negro asyik beraksi pelbagai gaya di situ, akhirnya Amie batalkan hasrat.


Sebaliknya Amie pula yang ambil gambar wanita Negro tadi, tapi Amie kaburkan.


Tirana Luna Park


Skanderbeg Square adalah plaza utama di tengah-tengah bandar Tirana, Albania. Ia dinamakan sempena seorang wira bagi masyarakat Albania iaitu Gjergj Kastrioti Skenderbeu. Skanderbeg Square seluas kira-kira 40,000 meter persegi dan didominasi oleh The Skanderbeg Monument.
Kawasan ini juga adalah merupakan simbol bagi negara Albania, dan mempunyai kawasan pejalan kaki yang sangat luas. Terdapat beberapa tarikan lain seperti Opera House, National Historic Museum dan juga mural yang sangat besar, yang dikenali sebagai The Albanians. Dataran ini dikelilingi oleh 12 buah taman.



Bergambar di tengah-tengah Skanderbeg Square.


The Skanderbeg Monument.


Gjergj Kastrioti, yang dikenali sebagai Skënderbeu, adalah seorang bangsawan dan komandan tentera berbangsa Albania. 


George Kastrioti (Gjergj Kastrioti) 1405 - Januari 1468  juga dikenal sebagai Naga Albania dan merupakan pahlawan nasional bangsa Albania. Beliau dikenang sebagai tokoh pejuang menentang pemerintahan Uthmaniyyah sehingga akhir hayatnya.



Tiba-tiba hujan turun. Kami segera meninggalkan Skanderbeg Square mencari perlindungan. Kami menuju ke masjid yang terletak di penjuru Skanderbeg Square.


Waktu zohor pun sudah masuk. Jadi eloklah solat dahulu.

Jom solat.


7 ulasan:

  1. Unik pulak tengok tempat duduk warna warna di situ. Redha je lah kita kalau begitu kan kak Amie. Ambil gambar mana yang dapat je lah. Memang luas betul kawasan pejalan kaki tu.

    BalasPadam
  2. ada unik tapi ada nampak jugak nampak pemandangan yang segar dengann warna-warna untuk bangku tu kak...

    BalasPadam
  3. mmg gerammm je bila ada org yg mcm tu dpn monumen i love u tu conquer mcm dia sorang je nak begambar situ hehe

    BalasPadam
  4. Luas betul Skanderbeg Square. Kadang macam tu lah, tunggu punya lama untuk berfoto. Ada yang kurang perihatin, punya lama tak bagi peluang org lain nak berfoto di spot yang sama. Seronok baca trip Kak Amie ni.

    BalasPadam
  5. Dah mcm dataran untuk bersantai2...
    Tapi, geram jugak, kalau ad org yang kurang perihatin..nak bergambar pun susah.. Hihihi

    BalasPadam
  6. Bila dah ramai- ramai tu memang susah la nak bergambar tanpa gangguan kak

    BalasPadam
  7. Uwaaah luaaas sangat square di sana ya kak 😍😍. Dan baguuus loh. Saya pun suka melihat beberapa bangunannya unik design dia. Yg saling bertumpuk di depan tulisan I ❤️t, bagus sangat

    Saya jadi tahu sejarah George kastrioti, yg dianggab pahlawan nasional oleh bangsa Albania ini.

    BalasPadam