Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Olahraga Tahun 2024 di sekolah kami. Sewaktu bulan puasa, dan setelah cuti raya kami turun padang mengurus latihan rumah sukan masing-masing. Minggu pertama selepas raya, sekolah mengadakan sukantara. Minggu berikutnya, diadakan Larian Gemilang (merentas desa) dan minggu ini acara kemuncak berlangsung selama tiga hari di padang. Melihat rupa paras masing-masing, kelihatan merah padam rentung bermandi cuaca panas. Argghhh.... nampak warna gigi sahaja yang cerah!
Setelah beberapa tahun bertugas menjadi hakim acara padang, tahun ini Amie bertugas sebagai AJK Makanan pula.
- Hari Isnin - sarapan bihun dan mi goreng - minum teh kosong. Makan tengah hari - nasi putih lauk ayam masak kicap dan sayur kacang panjang - minum sirap ais.
- Hari Selasa - sarapan nasi lemak - minum milo. Makan tengah hari - nasi putih lauk ikan goreng dan sayur betik tumis - minum sirap ais.
- Hari Rabu - sarapan nasi kuning - minum teh kosong. Makan tengah hari - nasi putih lauk kari ayam dan acar.
Kelmarin, kata ketua AJK Makanan, kalau ada sambal belacan tentu lebih sedap. Jadi Amie pun sukarela untuk sediakan sambal belacan. Petang kelmarin Amie siapkan sambal belacan dan simpan dalam peti sejuk.
Alhamdulillah.
Habis licin sambal belacan dan ada yang minta resipinya. Apabila penutup bekas sambal belacan yang Amie dibuka, serta merta terbau semerbak aroma limau kasturi. Mohon maaf kepada rakan-rakan yang tak dapat merasa sambal belacan itu sebab lewat mengambil nasi bungkus.
Habis licin sambal belacan dan ada yang minta resipinya. Apabila penutup bekas sambal belacan yang Amie dibuka, serta merta terbau semerbak aroma limau kasturi. Mohon maaf kepada rakan-rakan yang tak dapat merasa sambal belacan itu sebab lewat mengambil nasi bungkus.
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sambal belacan yang sedap. Dalam entri sebelum ini pun banyak Amie kongsikan resipi sambal belacan seperti di sini: SAMBAL BELACAN SEDAP GILER!!!!
Amie gunakan bawang putih, bawang merah dan belacan yang digoreng. Biasanya Amie bakar bahan-bahan tersebut. Tapi sebab hendak siap cepat, goreng sajalah. Cilinya pula Amie tidak campur cili padi dan cili merah atau hijau, sebaliknya hanya gunakan cili padi sahaja. Itu pun Amie campur-campur jenis cili padi kampung dengan cili pondan. Isshhh.... kenapalah ditulis cili pondan di luar bungkusan cili padi yang Amie beli kelmarin!
Satu perkara lagi, Ami banyak gunakan jus limau kasturi dan ditambah dengan jus limau nipis. Dan hiriskan juga halus-halus beberapa biji kulit limau kasturi.
Bawang putih, bawang merah dan belacan goreng. |
Limau kasturi dan limau nipis. |
Cili padi kampung dan cili padi pondan. |
Resipi Sambal Belacan
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 200 gram cili padi
- 50 gram belacan
- 10 ulas bawang putih
- 15 biji bawang merah
- 1 cawan jus limau kasturi / limau nipis
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara:
- Hiris kasar bawang putih dan bawang merah.
- Goreng belacan, bawang putih dan bawang merah hingga layu. Angkat dan toskan.
- Masukkan bahan goreng, cili padi, garam / gula / perasa pilihan serta jus limau ke dalam pengisar.
- Kisar mengikut halus / kasar hasil sambal yang disukai.
- Ambil beberapa biji kulit limau kasturi yang sudah diperah jusnya. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal.
- Sambal belacan akan lebih mesra dan sedap apabila disimpan semalaman di dalam peti sejuk.
Sambal Belacan yang baru siap dikisar. |
Sambal Belacan yang disimpan semalaman di dalam peti sejuk. |
kak amie suka masak.. sedap2 semuanya...
BalasPadamSambal belacan ini memang sedap sangat.
Padamsekolah anak saya, esok ada KOT. mudah mudah cuaca baik baik aje esok. ok..save dulu resepinya.. suami saya suka sambal belacan, saya biasa biasa aje
BalasPadamKalau cuaca tak panas sangat memang selesalah KOT.
PadamYa Allah terliur sayaaa. Oke nak buat nanti. Cuma limau kasturi saja yg tak ada. Nanti cari dulu 😍😍
BalasPadamSemernak aromanya kalau guna limau kasturi.
Padamtengok warnanya pun dah tahu mmg sedapppp
BalasPadamboleh buat jual ni kak!
Nantilah llepas pencen boleh jual sambal ... ahaks!
PadamLaris sambal belacan kak Amie. Nanti boleh cuba cara kak Amie ni. Kaedahnya macam sambal geprek yang biasa saya buat cuma bahan bahan je berbeza sikit. Terima kasih share kak Amie.
BalasPadamBubuh jus limau kasturi / limau nipis lebih bagi wangi sambal tu.
Padambelum baca lagi entry kak amie tapi tengok gambar sambal belacan dulu saya dah tertelan2 airliur
BalasPadamHehehee... saya pun tertelah air liur juga ni sebab sambal dah habis kihkihkih!
PadamHari tu SA buat sambal belacan tapi guna mesin pengisar...hasilnya sama macam yang ditumbuk ingatkan selamat la..sekali suami sedar..sambal belacan SA x sama macam sebelum ni...sejak tu serik nak guna pengisar atau guna blender..kena la tumbuk...hehehehe...
BalasPadamWahhhh.. cepatnya selesai KOT sekolah di LD. Lepasni peringkat daerah dan negeri lah pula ya.
BalasPadamBuat sambal belacan banyak2 boleh simpan boleh buat nasi goreng pula.
bahaya ni, mesti makan boleh bertambah bila da sambal belacan ni
BalasPadam