Pages

Rabu, 8 Mei 2024

Makan Tengah Hari di Tiranë

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami tiba di bandar Tirana @ Tiranë pada pukul 11:30 pagi. Tirana ialah ibu negara dan kota terbesar di Albania. Tirana didirikan pada tahun 1614 dan menjadi ibu kota Albania pada tahun 1920.

Bandar Tirana kelihatan lebih tenang dengan jumlah penduduk lebih 500,000 orang. Kami mengelilingi sekitar Dataran Skanderberg dan sampai ke sebuah masjid. Memandangkan belum lagi masuk waktu zohor, jadi kami bercadang untuk makan tengah hari dahulu. Kami singgah di salah sebuah kafe yang terletak di bangunan sebelah masjid berhadapan dengan Dataran Skanderberg.

Spagetti (Spaghetti) Karkalec : 900 LEK (9EURO)

Mata wang Albania ialah LEK. 1 EURO bersamaan dengan 100 LEK. Sudah tentulah kami perlu bertanya terlebih dahulu kepada pelayan sebelum memesan makanan di kafe tersebut. Bukan disebabkan kami kedekut atau terlalu berkira. Tapi inilah pengalaman berharga untuk kami kerana setiap negara menggunakan mata wang yang berbeza. Secara tidak langsung kami belajar tentang tukaran mata wang asing. Kalau di Bosnia and Herzegovina gunakan matawang marka atau KM iaitu 1 EURO bersamaan 2KM, jadi sekarang kami sudah pandai bezakan mata wang dan nilainya untuk negara-negara yang kami lawati.

Dan lagi, sudah tentu apabila diabadikan kisah-kisah sekecil nilai tukaran wang asing kami di sini bermakna pada masa akan datang kami boleh baca dan mengenang semula segala peristiwa yang kami lalui. Mungkin tidak bermakna bagi orang lain, tapi cukup bermakna untuk kami.


Alas pinggan ini nampak ringkas tapi menarik!


Barangkali musim sejuk, jadi setiap kerusi diletakkan selimut. Eh, makan sambil berselimut ke macamana?


Apa agaknya yang sedang difikirkan ketika ini sementara menunggu makanan tiba.


Ada beberapa orang rakan peserta rombongan di bahagian hujung kafe sedang memesan makanan.


Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja, kami makan strawberi dulu. Strawberi ini Amie beli kelmarin petang, di Kotor, Montenegro.


Mojito

Hot Choocolate

Passion


Amie memesan Summer Flower tapi sudah sedut awal-awal, terlupa hendak ambil gambar. Sudah separuh gelas baru teringat... ahaks!

Lucy : Filetto vici me kerpudha.
(Fillet Daging Lembu dengan Cendawan)

Amie : Spagetti Karkalec
(Spaghetti Udang)


Kamsiah & Nancy: Chicken Fingers con Patate
(Jejari Ayam dengan Kentang)


Chicken Fingers con Patate


Ju Bëftë Mirë
(Enjoy Your Meal)



19 ulasan:

  1. Sedap semuanya Kak Amie. Sedap nampak Spagetti Karkalec tu.

    Agaknya kalau sejuk, selimut tu untuk cover bahagian kaki kot. Atau mana2 bhg badan yang sejuk lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Mulan, tertanya-tanya juga apa fungsi selimut tu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Begitulah pihak agen sudah beritahu kalau makan tengah hari anggaran 10-15 EURO.

      Padam
  3. Lumayan mahal juga ya kak. Tapi saya suka dengan tempatnya. Dan aneka minuman kliatan segaaar sangat 😍😍😍. Selimut itu biasanya utk diletakkan di paha dan menutupi kaki. Tapi saya biasanya tak nak makan di luar kalo winter 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa santai saja sepanjang berada di kafe ini.
      Barangkali jugalah selimut itu begitu fungsinya.

      Padam
  4. Sedap² nampak makanannya...
    Hot choc tu heaven la minum dlm suasana sejuk macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai sangat tu minum di kala dingin.

      Padam
  5. sy tgk gmbr je tak baca caption. igt tu mi goreng hehehe

    BalasPadam
  6. Berkenan juga dengan alas pinggan tu. Tertanya² jugak function selimut tu ha..Mungkin kalau sejuk boleh digunakan kot kan. Persembahan minuman dan makanan dia superb lah. Menarik dan tempting tengoknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga untuk kegunaan menutupi bahagian tubuh yang terdedah kesejukan.

      Padam
  7. tengok kentang goreng ingat kat firdaus

    BalasPadam
  8. Sedap2 tgk makanan esp suka tgk air dia. ingatkan kat rumah2 je kalau kita dtg terus dibagi selimut. rupa2nya kat resto pun tetap disediakan ek. mmg balut kaki kita tu. sejuk kekung kita kan.

    BalasPadam
  9. Tengok semua makanan tu nampak sedap, spagetti udang tu menarik hati.

    BalasPadam
  10. Lamanya x minum hot chocolate...spaghetti tu pun nampak menggiurkan...

    BalasPadam
  11. Mojito tu nampak segerrrr .
    Tak sejuk ke minum ais di sana.

    BalasPadam
  12. sedapnya semua menu kak amie! byk belajar pertukaran matawang hehe

    BalasPadam
  13. menu ada udang tu semua nampak sedap nya kak oi.... air tu pun nampak segar betul

    BalasPadam