Pages

Rabu, 22 Mei 2024

Banyak Kedai Emas di Old Bazaar Skopje

Bismillahirrahmanirrahim.


Bazar Lama yang juga dikenali sebagai Bazar Turki ialah bazar yang terletak di Skopje, Macedonia Utara, terletak di tebing timur Sungai Vardar, membentang dari Jambatan Batu ke Bit-Pazar dan dari Kubu Skopje ke sungai Serava.

Old Bazaar Skopje 
Sumber : Google

Old Bazaar Skopje merupakan pasar tertua dan terbesar di Balkan. Ia menjadi pusat perdagangan sejak abad ke-12. Maknanya kalau dihitung hingga abad ke-21, Old Bazaar Skopje ini sudah berusia 900 tahun atau 9 abad!


The Stone Bridge ialah sebuah jambatan merentasi Sungai Vardar di Skopje, ibu kota Macedonia Utara. Jambatan ini dibina oleh Sultan Mehmed Sang Penakluk. Jambatan ini juga kurang kerap dikenali sebagai Jambatan Dušan. Jambatan itu dianggap sebagai simbol Skopje dan merupakan elemen utama jata bandar, yang seterusnya digabungkan dalam bendera bandar itu. Ia terletak di Perbandaran Center dan menghubungkan Dataran Macedonia ke Bazar Lama (Old Bazaar Skopje).

Sewaktu makan di Bratstavo Restoran, Nancy asyik melihat jam. Kelihatannya agak gelisah. Nancy dan Kamsiah seolah-olahnya hendak cepat-cepat meninggalkan restoran sebelum pukul tiga petang. Lucy pula kelam-kabut hendak menghabiskan hidangannya. Menurut Nancy, bas akan bergerak meninggalkan Skopje pada pukul tiga petang. Amie kata, bas akan bertolak pada pukul empat petang.

Nampaknya kami sudah bercanggah tentang waktu yang ditetapkan. Nancy dan Kamsiah mempertahankan waktu pada pukul tiga, sementara Amie dan Lucy pula pukul empat sebab itulah yang diberitahu oleh Tour Guide Bosnia dan Tour Leader Malaysia.

Apa pun kami ikut sajalah. Nancy dan Kamsiah mendahului kami, berjalan cepat-cepat melalui jalan Masjid Mustafa Pasha dan menuju ke bas. Setelah sampai, mereka kata tiada orang pun di dalam bas! 


Hendak buat apa selama satu jam menunggu di situ? Kamsiah dan Nancy bergerak ke satu lorong untuk mencari souvenir. Amie dan Lucy kembali semula ke Old Bazaar Skopje.

Kami terfikir, mungkin Kamsiah dan Nancy teringat kelewatan mereka menaiki bas pada petang kelmarin sewaktu berada di Tirana! Jadi, kali ini mereka berjaga-jaga agar tidak berulang lagi perkara yang sama.


Amie dan Lucy menuruni semula jalan ke pintu masuk Old Bazaar Skopje.



Kami santai-santai sahaja berjalan di sini dan tidak masuk banyak lorong. Jadi tidak banyaklah pemandangan yang kami lihat. Bukan apa, takut tersesat sebab setiap lorong nampak sama sahaja bentuk kedai dan juga jalannya.


Di belakang Masjid Mustafa Pasha terdapat sebuah hotel lima bintang iaitu Bushi Resort & Spa. Jom bergambar di tepi pintu masuk hotel.


Nampak klasik dengan latar belakang tangga dan tembok dari susunan batu tanpa paitung.


Mari teruskan perjalanan.




Sepanjang lorong pertama yang kami lalui, di kiri dan kanan kelihatan kedai emas dengan pelbagai rupa bentuk rekaan barang kemas yang cantik-cantik!


Melihat dari jauh terfikir pula siapakah yang mempunyai begitu banyak wang membeli emas yang sudah tentunya sangat tinggi harganya kerana saiznya yang besar dan berat!


Banyak sebenarnya gambar kedai emas yang Amie rakam, tapi cukuplah sekadar beberapa keping ini sahaja.



Kita tengok kedai lain pula.


Eh, terjumpa kedai emas lagi!


Kalau datang ke Old Bazaar Skopje memang tidak susahlah hendak mencari makanan terutama yang halal. Kalau tidak yakin, boleh tanya empunya kedai makan atau tanya Pak Google.


Ini kedai jual kambing atau lembu?
Di sini terkenal dengan hidangan lamb dan beef.




Lucy ajak kembali semula ke tempat letak bas. Jadi setakat ini sahajalah yang dapat Amie kongsikan suasana di salah sebuah lorong di Old Bazaar Skopje.


Kongsi lagi satu gambar di sebelah Bushi Resort & Spa yang kami lalui menuju ke lalui Masjid Mustafa Pasha.


Walaupun baru pukul empat lebih sedikit tetapi suasana alam sudah berubah menjadi senja. Musim sejuk, beginilah keadaannya. Siang menjadi sangat pendek!


Sempat juga tangkap gambar dari bas pemandangan tembok dan menara pertahanan sepanjang Benteng Kale yang menghadap ke Kota Skopje.



Senja semakin temaram. Destinasi seterusnya ialah menuju ke Sofia, ibu negara Bulgaria yang dijangkakan memakan masa selama empat jam dari Skopje.



Banyak monumen di kiri kanan jalan. Dan banyak jugalah gambar yang Amie tangkap kabus-kabur belaka!




Bas berhenti di pintu keluar Macedonia dan memasuki sempadan negara Bulgaria. Kami turun dari bas dan beratur untuk cop passport di pondok imigresen. Sebaik sahaja bas memasuki sempadan Bulgaria, kedengaran jeritan keriangan daripada ahli rombongan apabila pemandu bas memberitahu di luar sedang turun hujan salji!

Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dengan hujan salji. Dalam itinerary kami dijangka tiba di Sofia pada pukul sembilan malam. Tetapi, waktu sebenar kami sampai ialah pada pukul 10:44 minit malam!

Selamat datang ke Sofia, Bulgaria!
Kalau tak silap Amie, terdapat scene penggambaran filem Dilwale, lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol dibuat di sini!

Dhoop se nikal ke
Chhaanv se phisal ke
Hum mile jahaan par
Lamha tham gaya

3 ulasan:

  1. Pertama kali jumpa perkataan temaram.
    Lantas google dalam kamus DBP. Tq ilmu baru cikgu 🥰

    BalasPadam
  2. Rasanya Kak Amie tersilap belikan hadiah komentar terbanyak. Sepatutnya hadiahkan kami emas dari sini, hihi.

    BalasPadam
  3. Saya pun kalo ikut tur, dan dilepas di suatu tempat banyak lorong begini, tak terlalu berani masuk jauh, get lost pula nanti, 🤭. Beda cerita kalo pergi secara mandiri.

    BalasPadam