Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, selesai solat Jumaat dan hantar Firdaus ke sekolah agama, Encik Suami bawa kita makan di Warung Malampek di Batu Satu, Kampung Bugis yang terletak di hadapan masjid. Walaupun banyak tempat duduk, tetapi dipenuhi dengan ramai pelanggan. Kami mendapat tempat paling hujung di hadapan pintu dapur, dan berkongsi dengan pelanggan lain.
Minggu lepas, selesai solat Jumaat dan hantar Firdaus ke sekolah agama, Encik Suami bawa kita makan di Warung Malampek di Batu Satu, Kampung Bugis yang terletak di hadapan masjid. Walaupun banyak tempat duduk, tetapi dipenuhi dengan ramai pelanggan. Kami mendapat tempat paling hujung di hadapan pintu dapur, dan berkongsi dengan pelanggan lain.
Kali ini Amie hendak makan barobbo iaitu sejenis bubur jagung masakan tradisional masyarakat Bugis. Ada dua jenis barobbo iaitu Barobbo Biasa dan Barobbo Special. Barobbo Biasa berharga RM5.00 manakala Barobbo Special berharga RM10.00. Amie hendak cuba Barobbo Special, sambil membayangkan apa yang specialnya?
Haaa... lihat gambar di bawah. Inilah Barobbo Special.
Barobbo Special |
Amie pusing -pusing mangkuk Barobbo Special. Banyaknya aksesori di atas bubur! Antaranya:
- Pegedil Kentang
- Pegedil Jagung
- Ayam Goreng Carik
- Udang Goreng Celup Tepung
- Kacang Tanah
Memang beza sungguhlah Barobbo Biasa dengan Barobbo Special! Barobbo Biasa memang sudah sedia sedap! Ditambah pelbagao aksesori jadi Barobbo Special, bergandalah sedapnya. Apalagi setelah bubuh sambal dan perahkan limau kasturi.
Encik Suami pula memesan Bakso Biasa. Datanglah semangkuk Bakso Boasa dengan bebola daging atau pentolan. Tapi Encik Suami minta tambahan iaitu kulit ayam goreng. Jadilah Bakso Kulit Ayam.
Bakso Biasa dengan Kulit Ayam Goreng. |
Minuman : Kicai Sejuk |
Oleh kerana Barobbo Special ini sangat sedap, kita pun berusaha untuk menghabiskannya. Penuh kenyang sungguhlah perut! Habis licin kita kerjakan. Alhamdulillah.
waduhh kak terliur ni
BalasPadamdah laa sini tgh ujan lebat
perut plak dah kruk krukk ni...
Kicap tu apa pulak, Kak Amie? Menarik makanan Kak Amie tu, macam bubur jagung berlauk ya.
BalasPadamSedap nya Barobbo tu Kak Amie. Rasa nak ke sana cepat2
BalasPadamSaya belum coba barobbo ini . tak pernah lihat pula di restoran Makasar. Tapi memang nampak sedap dan penuh kak Amie ❤️
BalasPadam