Pages

Khamis, 2 Mei 2024

Dari Dubrovnik ke Montenegro

Bismillahirrahmanirrahim.

Walaupun hanya lebih kurang satu jam berada di Old Town Dubrovnik, sekurang-kurangnya dapatlah juga pengalaman melihat dan merasai sendiri berada di kota lama dikelilingi tembok dan kubu pertahanan yang berusia berabad lamanya. Kami tinggalkan Old Town Dubrovnik dan kini Amie berada di dalam bas, duduk di tepi tingkap sambil mata tidak lepas melihat pemandangan Laut Adriatik. Alhamdulillah, walaupun nampak dari jauh tetapi dapat juga tangkap gambar tembok dan kubu seperti di bawah ini.





Yang berwarna putih mengelilingi kota itulah tembok dan kubu pertahanan yang berusia berabad lamanya.


Apabila memandang ke langit, begini pula rupa awan putih dan langit biru Croatia.


Entah apa nama pulau ini.


Sekarang bas sudah jauh meninggalkan Old Town Dubrovnik.


Bas sedang menuju ke negara Montenegro. Kami dijadualkan akan tiba di sana lebih kurang dua jam perjalanan. Bermakna pukul satu tengah hari akan sampai di pelabuhan. Kemudian kami akan menaiki feri.


Croatia kami tinggalkan perlahan-lahan! Nun di hujung sana itulah Old Town Dubrovnik. Tidak dapat digambarkan keindahan Croatia (tidak dapat rakam gambar sepuasnya). Namun begitu apabila teringat pernah menonton tempat-tempat menarik Croatia di kaca televisyen, rasanya berbaloi jugalah dapat menyaksikan sebahagian kecil suasana di tempat sebenar.



Sempat juga merakam bentuk muka bumi Croatia yang bergunung-ganang dan pantai yang indah.

Zavrelje Croatia

Sekarang kami berada di sempadan Croatia dan akan keluar dari negara tersebut, seterusnya memasuki sempadan negara Montenegro pula. Seperti biasa TGB mengingatkan:

  • Be quiet.
  • No picture.
  • No voice.
  • Serious.
Petugas imigresen akan meminta pemandu bas membuka tempat simpanan beg kami di bahagian perut bas sebelah bawah dan memeriksa. Kemudian kami diminta turun dari bas membawa passport masing-masing untuk dicop di pondok imigresen.

Montenegro
Sumber : Google


Gambar pertama selepas melepasi sempadan negara Montenegro.






Selamat datang ke Montenegro!


Barangkali sangat teruja melihat pelbagai pemandangan di sepanjang perjalanan, tidak sedar rupanya sudah dua jam berada di dalam bas! Nampaknya bas sedang menghampiri pelabuhan. Banyak kapal persiaran berwarna putih berlabuh di sini.




Nun di sana, laut membiru berlatarbelakangkan gunung. Dengar ceritanya Montenegro memiliki pesona alam yang tersendiri. Nantilah kita sama-sama nantikan benar atau sebaliknya.


Alhamdulillah. Kami sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kami akan menaiki feri menyeberangi Selat Verige.

Kamineri  Trajekt Jošice, Montenegro




9 ulasan:

  1. Tengok pemandangan cantik nie.. Memang tak tido dalam bas.. Rugi besar

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing Kak Amie. Cantiknya semua view. Negara Balkan memang cantik kan. Moga diizinkan kami ke sana suatu hari nanti Insyaa Allah.

    BalasPadam
  3. suka betul ya diorang ni buat rumah2 kat lereng macam ni...
    view mmg superb.
    tak perlu dipertikaikan lagi...
    kalau kak amie ejas sikit je gambar, then letak hashtag #atMonaco pun ada yang percaya
    hehehehe

    BalasPadam
  4. Perjalanan yang mengujakan sungguh ni kak Amie, memang tak sedar masa berlalu. Segar mata sepanjang jalan dapat tengok pemandangan memukau.

    BalasPadam
  5. Masa tengok pemandangan laut ni, rindu tak dgn Sabah, Kak Amie? Hehe

    BalasPadam
  6. Cantiknyaa . Sepanjang perjalanan memang akan snap gambar banyak-banyak . Simpan sebagai kenangan . Bukan senang nak jelajah negara lain ni

    BalasPadam
  7. Saya lihat pulaunya juga dan penasaran adakah yg tinggal di sana. Langsung teringin pula nak stay hahahahah. Macam tenaaaang sangat kan.

    Tapi keselurahan memang cantik lah kota ini kak. Saya pun sukaaa sangat 😍😍

    BalasPadam
  8. Best kalau ada rumah kat lereng2 macam ni kan kak amie...sure sejuk aje suasana...tengang betul pemandangan tasik2 tu...

    BalasPadam
  9. Cantik kawasan pergunungan di sini. Putih putih dah macam bersalji pulak. Lama perjalanan 2 jam dalam bas baru sampai sini. Pengalaman menarik naik feri ke sempadan.

    BalasPadam