Pages

Rabu, 1 Mei 2024

Perut Muda Masak Lemak Cili Padi

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat bercuti dan selamat menyambut hari bekerja. 

Hari ini kami berada di rumah dan petang nanti selepas asar akan menghadiri undangan rumah terbuka hari raya di rumah kakak ipar. Jadi, Amie masak untuk makan tengah hari lebih awal, dan makan pun pukul 11 pagi! Sempatlah perut kosong semula menjelang asar nanti.

Amie masak nasi lauk ayam masak ungkep, ditambah dengan Perut Muda Masak Lemak Cili Padi serta sayur campur.


Perut Muda Masak Lemak Cili Padi


Hidangan Tengah Hari

Ayam Masak Ungkep

Ayam Masak Ungkep ini memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih. Lebih enak kalau tiada 'gangguan' lauk-pauk lain. Dapat gaul nasi putih dengan kuahnya yang berminyak itu pun dah cukup sedap!

Hirisan Tembikai dan Anggur


Resipi Perut Muda Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
  • 500 gram perut muda - bersihkan - rebus hingga lembut - potong  / hiris ikut saiz yang disukai
  • 1 cawan hirisan nanas setengah masak
  • 3 batang kacang panjang - hiris serong
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 hiris lengkuas
  • 25 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Masukkan santan cair bersama perut muda, serai, nanas dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Biarkan masak mendidih sehingga nanas layu.
  3. Masukkan asam keping dan kacang panjang.
  4. Setelah kacang panjang berubah warna, masukkan santan pekat. 
  5. Perasakan dengan garam /  gula / perasa pilihan.
  6. Kacau sehingga kuah mendidih.
  7. Padamkan api dapur.
Jemput makan!

17 ulasan:

  1. sedapnya..perut tembusu masak lemak..

    BalasPadam
  2. Sedapnya perut tu. cie suka kerabu perut. Suka ratah je sedapnya 🤤

    BalasPadam
  3. Ldy ada cerita dengan si perut ni.. Ldy tak tahu kewujudan perut bulat-bulat ni.. waktu makan di rumah mak mertua.. mereka beli mehun sup.. ade la spesis ni dlm sup ldy.. ldy diam shj tak berkata2.. lady bisik2 dgn biras, ape ni yg bulat2.. rasanye nyet nyet .. xboleh nk telan.. biras bgth perut.. tanye lgi biras, biras mkn ke perut.. biras kt x mkn.. ldy kate die terlupa nak basuh ke perut ni.. :P.. bisik2 xnak bg dengar oleh mertua.. pdhl mertua dah tahu ldy x mkn.. sb faham kot bacaan mulut ldy.. dr situla br ldy th perut tu boleh dimakan.. tp sampai la ldy x boleh nk telan.

    BalasPadam
  4. Teringin sungguh nak makan perut muda ni tapi itulah, tak pandai nak mencucinya :(
    Kalau direbus cicah dgn air asam pun sedap tak leh bincang dah :D

    BalasPadam
  5. sedapnya perut muda tp slalu mkn time aidiladha menu perut muda air asam....masak lemak camni tk pernh lg

    BalasPadam
  6. Sedap tu ungkep ayam... makan lauk tu je pun dah sedap.

    BalasPadam
  7. dana pernah makan babat tapi perut muda ni dana tak pernah masak atau makan.... eh pernah makan sekali masa orang jual sate perut tapi tak pernah makan yang masak lemak, macam menarik je.

    BalasPadam
  8. Sedapnya semua. Lauk perut memang best, tapi tak reti masak. Selasa makan Kerabu Perut di rumah kawan, Alhamdulillah sedap sangat.

    BalasPadam
  9. Linda memang tak reti makan organ dalaman nie... Tak kisah lah dr ayam ke.. Lembu ke..telur ikan pun linda tak makan... Kikiki

    BalasPadam
  10. sedapnyaaaaaaa peruttttt
    kuah pun pekat
    nasi putih + kicap + lauk perut ni... fuhhhh mau menyandar sy dibuatnya! hahahaa

    BalasPadam
  11. Sedapnya, haaa... meleleh tengok gambar. Memang membuka selera la. :)

    BalasPadam
  12. Telan air liur tengok menu perut masak lemak tu .

    BalasPadam
  13. Perut muda ini maksudnya usus ya kak? Agak mirip usus soalnya. Kalo memang usus, saya termasuk yg tak bisa makan usus 😅. Agak sedikit trauma soalnya 🤣. Tapi tak usahlah saya ceritakan, Krn takut mengganggu pula nanti 🤭

    Cuma bagi yg suka memang lah usus sedap. Krn suami saya sukaa sangat.

    BalasPadam
  14. SA ada beli perut muda ni dalam seiko lebih...belum masak lagi...entah bila nak masak..ingat nak masak minggu lepas..takde yang balik..suami plak x makan...simpan semula...nanti la tgok minggu ni

    BalasPadam
  15. Senang masak awal tak kalut. Masakan lemak cili api tak pernah mengecewakan. Sedap sentiasa.

    BalasPadam