Pages

Ahad, 12 Mei 2024

Dari Albania ke Republik Macedonia

Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari Tirana ke Republik Macedonia menyajikan pemandangan yang sungguh menyejukkan mata. Walaupun sepanjang perjalanan cuaca mendung dan gambar banyak kabur, tetapi dapat dilihat dengan jelas sungai berair jernih warna kebiruan. Ketika bas berada di atas lereng bukit, terlihat sungai cetek dengan batu-batu yang ingdah di bahagian tepi dan tengahnya. Masya Allah! Subhanallah!

Namun begitu Albania masih terlihat mundur. Di sana-sini kelihatan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kiri kanan jalan. Pemandangan begini tidak menghalang mata dari terus menyaksikan keindahan alam yang luas terbentang. Selain gunung-ganang yang tinggi berbalam-balam dan air sungainya yang jernih memukau, kelihatan kambing biri-biri dan lembu sedang meragut rumput di padang. Sudah tentu kawasan yang kami lewati ini merupakan perkampungan yang dipenuhi dengan ladang buah-buahan serta rumah-rumah penduduk tempatan.

Rugi rasanya kalau mata terlelap!

Pemandangan yang memiliki pesonanya yang tersendiri.




Peta Eropah Tenggara

Negara yang sudah dijejaki sehingga 20 Februari 2014:
  • Italy
  • Slovenia
  • Croatia
  • Bosnia and Herzegovina
  • Montenegro
  • Albania
dan seterusnya:
  • Republik Macedonia
  • Bulgaria
  • Turkiye


Gambar yang dirakam sebaik sahaja bas meninggalkan Tirana.



Antara pemandangan yang sempat dirakam dari tingkap bas.












Banyak kelihatan gerai buah-buahan di tepi jalan.





Euro 1.30 di sini mungkin sama dengan Kedai RM2 di negara kita.



Cat bangungan warna merah jambu, zebra cross pun warna merah jambu juga.








Nun di belakang sana kelihatan puncak gunung yang masih diliputi salji.


Banjaran gunung kelihatan berbalam-balam dengan rahsianya yang tersendiri.



Air sungai tampak bersih dan jernih.




Kadang-kadang keliru antara kubah masjid dengan kubah gereja kalau tidak diperhatikan betul-betul. 













Bas berhenti di stesen minyak. Kami keluar dari perut bas dan berbaris di pintu tandas.


Walaupun di stesen minyak, sempat juga tangkap gambar di sekitar.



Jalan raya kelihatan sunyi dan lengang. Hanya sekali-sekala lalu kenderaan seperti kereta dan lori.






Setelah selesai urusan di stesen minyak, bas bergerak meneruskan perjalanan.


Matahari hampir tenggelam sewaktu bas menghampiri sempadan pintu keluar Albania.



Selepas melepasi pemeriksaan imigresen di pintu keluar Albania, urusan masuk melalui imigresen ke Republik Macedonia berjalan lancar. Alhamdulillah. 

Selamat datang ke Republik Macedonia.

6 ulasan:

  1. lady suka tengok pokok2 tidak berdaun.. suka tengok keindahannya..

    BalasPadam
  2. Betullah orang kata jauh berjalan luas pemandangan. Cantik sangat² ye esp gunung bersalji tu...

    BalasPadam
  3. seronok dapat tnegok tempat orang kan kak amie...republik macedonia ni nampak tenang dan tak sibuk pun ye kak

    BalasPadam
  4. Cantik nya view sepanjang perjalanan. Tenang je.

    BalasPadam
  5. Memang cantiiiik yaa view-nya. Inilah enaknya kalo keliling eropa better jalan darat Saja. jadi bisa lah ketemu dengan pemandangan bagus2 seperti ini ❤️❤️

    BalasPadam
  6. Bila tengok peta dan senarai nama negara yang dijelajahi baru lah nampak gambaran perjalanan ke Negara Balkan.
    Jadi kami sudah baca kisah perjalanan kak amie dan kawan2 ke 6 negara.
    Patutlah ambil masa hampir sebulan untuk mengembara ke semua 9 negara.

    BalasPadam