Pages

Isnin, 13 Mei 2024

Alamak, Tingkap Kaca Hotel Retak!

Bismillahirrahmanirrahim.
20 Februari 2024 - Selasa

Selepas melintasi sempadan pintu masuk Republik Macedonia, bas menuju ke Struga dan berhenti di hadapan Imperial Hotel & Spa. Kami segera daftar masuk dan membawa beg ke bilik masing-masing. Kemudian turun ke dewan makan menjelang pukul tujuh malam. Apa agaknya hidangan malam kami di hotel empat bintang ini?


Daftar masuk Imperial Hotel & Spa.

Lukisan pemandangan alam menampilkan air sungai mengalir jernih.



Masuk bilik nombor 105.




Katilnya nampak ringkas tapi tetap ada aura memanggil-manggil kami untuk terus rebahkan diri di atas tilamnya yang empuk dan wangi!


Tak perasan apa bendanya ini. Main tangkap gambar saja. Entah mini peti sejuk entah pemanas udara.



Seperti biasa, Kamsiah memilih katil menghadap dinding dan Amie memilih katil menghadap langsir / tingkap.



Ketika sedang mengambil gambar dan menyelak langsir, tiba-tiba terpandang kesan rekahan pada cermin tingkap. Teringat pesan TLM, ambil gambar dahulu sebaik sahaja masuk bilik. Jadi, adalah buktinya memang tingkap kaca ini retak sebelum kami masuk.

Nak kata pecah, tidak juga sebab kaca masih meletak di bingkai.
Kita kata rekah atau retak boleh kot.



Amie ambil gambar dari dalam bilik dan dari beranda. Simpan saja gambar untuk langkah berjaga-jaga. Alhamdulillah, selepas daftar keluar tiada apa-apa aduan atau tindakan dari pihak hotel. Mungkin kaca tingkap tersebut sudah lama retak!


Pemandangan kaca retak dari beranda.





Bilik air nampak kemas dan bersih.



Seperti malam sebelumnya, kami tidur lena sampai ke pagi. Dan sebelum turun sarapan, ambil bacaan suhu pada pukul 6:44 pagi. Oh, 0'C! Agaknya terlalu lena sampai tak sedar suhu serendah itu.


21 Ferbruari 2024 - Rabu
0'C
Struga, Republik Macedonia


Jom sarapan.


8 ulasan:

  1. seram pulak tengok rekahan cermin tu kan...risau kalau angin kuat jadi apa2 yang tak patut...nasib pihak hotel xde call ke apa kan kak amie..

    BalasPadam
  2. seram tengok retak macam tu punya besar.

    BalasPadam
  3. Besar jugak rekahan kaca tu kan Kak Amie. Hiasan hotel ni tak nampak macam hotel 4 bintang, tapi yg penting bersih dan selesa.

    BalasPadam
  4. Makan modal agaknya nak tukar cermin tu lalu dibiar saja. Agak bahaya jika ada anak2 kecil.

    BalasPadam
  5. Takut berderai je cermin, Alhamdulillah tak jadi apa2 masa Kak Amie dalam bilik

    BalasPadam
  6. Saya pun selalu videokan dulu setiap kali masuk kamar hotel atau penginapan. Krn kita tak tahu apa yg terjadi selepas itu. Apalagi ada teman saya yg dituduh menghilangkan gelas, pdhl dari awal masuk cuma ada 1 gelas saja.

    Seram juga bisa retak begitu yaa. Takutnya ambrol kalo ada angin kencang , 😁

    BalasPadam