Pages

Isnin, 29 April 2024

Ulam Lato' Sambal Mangga

Bismillahirrahmanirrahim.
Masak apa hari ini? 

Seperti biasa kalau ada ikan Amie akan goreng untuk Firdaus. Kali ini Amie tidak goreng berempah. Hanya lumur dengan garam kunyit dan sedikit tepung serbaguna. Tak ingat apa jenama tepung sebab Encik Suami pindahkan tepung ke dalam balang dan buang pembungkusnya.

Hidangan Tengah Hari / Malam



Hidangan makan hari ini:
  • Nasi putih
  • Ikan Kutambak Goreng
  • Ikan Kutambak Singgang
  • Lato' / Anggur Laut
  • Sambal Pencecah Lato'
  • Sambal Belacan / Mangga
  • Hirisan Nanas dan Tembikai

Ada dua ekor ikan kutambak. Ikan kutambak ini dari keluarga ikan batu. Seekor digoreng dan seekor dimasak singgang. Amie selalu ingatkan diri kalau masuk dapur : Kalau boleh hendak selalu masak ikan rebus-rebus saja.... ahaks!


Semerbak sungguh aroma ikan masak singgang sebab Amie tambahkan daun kemangi yang Encik Suami tanam. Kuahnya rasa sedikit masam asam keping dan tomato. Selain hirisan bawang besar, halia dan lengkuas, Amie tambahkan tujuh ulas bawang putih tanpa potong. Saja bubuh bulat-bulat sebab hendak dibuat 'ulam' makan dengan nasi.

Ikan Kutambak Goreng

Sukanya Firdaus makan nasi dengan ikan goreng! Kalau Encik Suami tak 'kacau' memang habis seekor Firdaus ratah.

Lato' / Anggur Laut

Sekarang di Pasar Ikan LD, peniaga lato' pun sudah pandai main tipu. Jual lato' cara longgok tapi bahagian atas saya yang elok segar. Sampai rumah 3/4 sudah buruk! Tak mahulah beli di pasar lagi. Minta Encik Suami beli di tempat jual ikan I FISH di Bandar Tabanak. Di situ kira timbang kilo dan boleh pilih sendiri. Dulu harganya RM10.00 sekilogram. Sekarang tak pasti berapa pula, lupa tanya Encik Suami.


Lawan lato' sudah tentulah dengan sambal dan mangga serta ikan bakar. Ikan bakar Amie 'gorengkan' dan 'singgangkan' saja. Sambal mangga yang Amie buat sebenarnya Amie tambah belacan. Habis semangkuk kecil makan berdua dengan Encik Suami. Sambal yang warna merah itu pun tidak kurang sedapnya! Habis licin cecah dengan lato'. Sambal warna merah ini tidak berapa pedas. Amie kisar cili merah, sedikit tomato, bawang merah, perahan limau kasturi, garam, gula dan perasa.

Inilah seronoknya kalau hidup dalam kelompok pelbagai kaum. Banyak menu yang boleh dikongsi bersama. Lato' dan ikan bakar makanan tradisi masyarakat Bajau. Walaupun Amie dan Encik Suami bukan keturunan Bajau, namun kami dapat menerima pelbagai menu kaum lain selain Bajau termasuk Bugis dan Kadazan-Dusun dan lain-lain.

Sambal Mangga & Sambal Pencecah Lato'

Hirisan Tembikai & Nanas


Jemput makan.


12 ulasan:

  1. haritu masa anak-anak mandi di Port Dickson ada sekumpulan pelancong dari Sabah. Katanya dia jumpa lato dan dia makan. Dia pun bagi pada kami...ammi tak reti nak makan sebab rasa hanyir

    BalasPadam
  2. anggur laut tu kan... ldy baru mkn sekali... ralit sungguh gigit satu satu satu... comel jer bunyi nya.. mcm telur ikan pun ade..

    BalasPadam
  3. Saya tak pernah lagi cuba makan lato'. Dah lama tak ke Sabah, klu ada rezeki ke sana lagi mungkin saya nak cuba la.

    BalasPadam
  4. Teringin nak cuba latok ni...
    Ikan singgang tu melambai² Kak Amie ooi :D

    BalasPadam
  5. Ikan di masak apapun saya suka kak Amie 😁,apalagi yg berkuah dan banyak bumbu,..sayur lato"itu mungkin sejenis rumput laut kah ?

    BalasPadam
  6. Nampak ikan ketumbak tu fresh belaka.
    Ikan Singgang tu lahaiiii... nak cubit2 je isi nya yang gebu.

    BalasPadam
  7. Tak pernah cuba lato' tu lagi,
    Tengok ikan singgang tu geram pulak, rasa nak cubit terus makan je.

    BalasPadam
  8. Suka sangat Lato tu memang sedap. Masa bercuti di KK dulu tiap hari order Lato. Ikan goreng memang favorite sangat.

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaaa ikan kutambak goreng tuuuu
    cicah dgn kicap cili fuhhhh

    BalasPadam
  10. Disini disebut anggur laut kak. Dan saya masih penasaran dengan rasanya. Penasaran apakah amis atau tak. Teman bilang sedap walau memang ada bau khas tertentu.

    BalasPadam
  11. Firdaus dah jadi peminat ikan goreng dah ye. Tak pernah makan latok lagi. Dulu masa viral teringin nak mencuba tapi tak jumpa-jumpa lagi.

    BalasPadam