Bismillahirrahmanirrahim.
Kami hanya diberi masa selama satu jam sahaja untuk lawatan ke Kota Lama Dubrovnik. Maka berlarianlah menuju ke pintu gerbang untuk memasuki kota lama. Ibaratnya seperti zaman perang pula. Terus menyerbu pintu masuk kota yang dibentengi oleh tembok pertahanan dari serangan musuh yang sedang menunggu di luar kota!
Kami hanya diberi masa selama satu jam sahaja untuk lawatan ke Kota Lama Dubrovnik. Maka berlarianlah menuju ke pintu gerbang untuk memasuki kota lama. Ibaratnya seperti zaman perang pula. Terus menyerbu pintu masuk kota yang dibentengi oleh tembok pertahanan dari serangan musuh yang sedang menunggu di luar kota!
Tembok Dubrovnik dan Menara Minceta Sumber : Google |
Rasa agak menyesal sebab tidak sempat study tentang Kota Lama Dubrovnik. Apabila sampai di sini tercengang-cengang hendak ambil gambar yang mana satu. Akhirnya, terpaksalah meminta ihsan daripada Pak Google untuk kongsi gambar.
Melalui pembacaan dan pengalaman pengembara lain, Dubrovnik dikatakan sebagai tempat yang kaya dengan sejarah dan budaya, senibina yang memukau serta memiliki lanskap yang indah. Memang sesuailah diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia (UNESCO).
Nun di belakang pokok limau, tersergam tembok kota lama yang menyimpan pelbagai sejarah hidup berabad-abad lamanya. Di kota lama ini juga barisan pelakon hebat beraksi membintangi siri popular drama fantasy Amerika, Games of Thrones. Selain itu penggambaran Star Wars dan Viking juga membuat penggambaran di sini.
Dubrovnik adalah kota persinggahan perdagangan kerajaan asal Turki yaitu Dinasti Uthmaniyyah yang menyimpan banyak sejarah di balik tembok-tembok bangunannya hingga menjadi tempat difilemkan cerita Game Of Thrones.
Tembok Dubrovnik merujuk pada satu siri tembok batu pertahanan yang mengelilingi dan melindungi penduduk negara kota maritim yang terletak di selatan Croatia. Sebelum republik ini diasaskan pada kurun ke-7, kota ini dikenali sebagai sebuah Castrum Byzantium yang terletak di atas sebuah pulau berbatu bernama Laus (Ragusia atau Lave). Setelah beberapa penambahan dan pengubahsuaian di sepanjang sejarahnya, tembok ini dianggap sebagai di antara sistem pertahanan hebat dari Zaman Pertengahan apabila kota ini tidak pernah berjaya ditawan oleh tentera penceroboh. Pada tahun 1979, bandar lama Dubrovnik, yang merangkumi sebahagian besar dari dinding lama Dubrovnik, menyertai senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Di sebalik benteng kota lama terdapat bangunan-bangunan cantik abad pertengahan dengan gabungan benteng, istana kota, jalanan dari batu-batu kecil, serta pesisir laut biru. Tembok bandar yang utuh dibina sekitar kurun ke-12 hingga 17 dan kebanyakannya dua lapis. Tembok tersebut tersergam tanpa putus sekitar panjang 1,940 meter mengelilingi kebanyakan bandar lama, dan mencapai tahap tertinggi sekitar 25 meter. Sebahagian besar tembok dan kubu sedia ada telah dibina semasa kurun ke-14 dan 15, tetapi telah disambung dan diperkukuhkan sehingga kurun ke-17.
Struktur kompleks ini terbesar dan paling lengkap di Eropah, melindungi kebebasan dan keselamatan sebuah republik bertamadun dan canggih yang berkembang dengan damai dan makmur selama lima abad. Tembok ini diperkukuh oleh tiga menara bulat dan 14 menara segi empat, lima benteng, dua benteng sudut dan Kubu St. John yang besar. Tembok Arah Daratan juga diperkukuh oleh satu benteng yang lebih besar dan sembilan bulah separuh bulatan yang lebih kecil, seperti pelindung meriam Kubu Bokar, kubu tertua yang masih kekal di Eropah. Satu perparitan yang melingkari bahagian luar tembok kota yang bersenjata dengan lebih daripada 120 meriam, menjadikan pertahanan bandar ini sangat hebat.
Peralatan yang digunakan untuk menaik dan menurunkan jambatan angkat. |
Sebagaimana rezeki Allah mengizinkan Amie jejak kaki kali kedua di Bosnia Herzegovina, diharapkan semoga ada peluang untuk Amie datang lagi ke sini. Banyak lagi kawasan yang tak sempat diteroka di kota lama ini terutama di pinggir pantai.
Setelah melepasi tembok, kita terus jalan-jalan di kota lama Dubrovnik ya. Bersambung.......
cantiknya bangunan (pembinaannya).. kalau kota lam2 ni mmg binaannya sama.. cntik sgt2.. kalaulah boleh diperbaharui n diguna semula.. mesti cntik..
BalasPadamBinaan yang gah.
BalasPadamTentu tak cukup masa nak jelajah kota ni dalam tempoh 1 jam.
bertuahnya kak Amie dapat jejakkan kaki ke Bosnia.. kagum dgn seni binaannya.. walau sudah lama, masih teguhhhhhh lagi..
BalasPadambangunan bersejarah amat kukuh n unik binaannya
BalasPadamCantik reka bentuk bangunan tu
BalasPadamSenibina yang sangat unik, penuh sejarah. Thanks Kak Amie kongsi trip holiday ni. Seronok baca.
BalasPadamNampak gah lagi bangunan lama, pasti dijaga dengan baik.
BalasPadambinaan sebegini kukuh
BalasPadammmg patut dapat iktiraf UNESCO
kalau sy ke sini mesti ralit
dok fikir fikir
mcm mn laa org dulu2 buat
tembok sebegini tanpa teknologi canggih...
Aduuuh duuuh cantiiiik sangaaat kota ini 😍😍😍. Apalagi penuh dengan sejarah kan. Saya sukaaa sangat dengan destinasi yg mempunyai banyak cerita sejarah seperti ini kak Amie 😍
BalasPadamBesar dan tinggi sungguh tembok yang mereka bina dulu. Memang kuat untuk pertahanan. Jenuh juga nak berjalan-jalan sekitar sini.
BalasPadam