Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila melihat Tembok Pertahanan Kota Lama Dubrovnik terus terkenang sejarah negeri Melaka dan Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis sebaik sahaja menawan Melaka pada 1511. Dikatakan bahawa A Famosa merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Masih terngiang-ngiang di telinga guru mata pelajaran Sejarah berulang kali menyebut bahawa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. 130 tahun kemudian, pada tahun 1641 Belanda pula merampas Melaka dari tangan Portugis. Kemudian British pula mula campur tangan di Tanah Melayu. Tahun 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Berapa tahun nenak moyang kita berjuang untuk mengambil kembali tanah air kita? 1957 -1511 = 446. Oh, 446 tahun lamanya kita dijajah!
Berbalik kepada cerita A Famosa yang merupakan sebahagian daripada Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang mengambil masa selama lima bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehingga membolehkan Portugis menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang pada masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Sebenarnya Amie teringat TGM (Tour Leader Malaysia) menerangkan tentang negara kota Dubrovnik dengan tembok batu yang tinggi. Terdapat satu perparitan yang melingkari bahagian luar tembok kota dilengkapi senjata lebih daripada 120 meriam. Ini menjadikanya sebagai kubu pertahanan dari serangan musuh yang datang dari Laut Adriatik. Sebelum Republik Croatia diasaskan pada kurun ke-7, kota ini dikenali sebagai Castrum Byzantium yang terletak di atas sebuah pulau berbatu bernama Laus (Ragusia atau Lave). Setelah dilakukan beberapa penambahan dan pengubahsuaian di sepanjang sejarahnya, tembok ini dianggap sebagai antara sistem pertahanan hebat dari Zaman Pertengahan apabila kota ini tidak pernah berjaya ditawan oleh tentera penceroboh.
Eh, masih bercerita tentang tembok pula.
Sebenarnya sudah masuk ke kota lama!
Tinggalkan dulu tembok, kita terjah apa ada di dalam kota lama ini.
Sekarang kita sedang berada di negara kota yang dibina berabad lalu. Perhatikan batu-batan yang tersusun membentuk dinding kota yang kukuh. Lihat juga bahagian bawah, susunan batu yang membentuk 'jalan' di seluruh kota.
|
Tinggalkan dahulu pokok limau yang menggoda itu! |
|
Nampak klasik bukan? |
|
Nun di hujung saja - Dubrovnik Bell Tower |
Mari kita susuri jalan utama di Old Town Dubrovnik. Ia merupakan laluan pejalan kaki berturap batu kapur kira-kira 300 meter yang dikelilingi Tembok Duvrovnik. Ada apa agaknya di kiri kanan jalan ini?
Banyak kedai terdapat di sini. Dilihat dari luar nampak biasa sahaja kerana semua bangunan mengekalkan stuktur asal. Kalau rajin perhatikan di setiap kedai, memang macam-macamlah ada di situ. Ada kedai pakaian. Ada kedai makanan. Ada kedai buku dan sebagainya.
Banyak lorong yang agak kecil dan sempit yang memisahkan satu bangunan dengan bangunan yang lain. Kalau diperhatikan jaraknya bukannya dekat. Untuk sampai ke penghujungnya mungkin melebihi 200 meter.
Terfikir juga, mungkin ada sesuatu di balik setiap dinding bangunan ini!
Teringat-ingat pula filem-filem barat yang pernah ditonton dan berlatarbelakangkan suasana seperti lorong-lorong di sini.
Walaupun sebuah kota lama, tetapi tahap kebersihannya sangat dipelihara! Tiada sebarang sampah yang Amie nampak. Jangankan sampah, habuk dan tanah yang terdapat di celah-celah susunan batu jalanan pun turut dibersihkan!
Kelihatan para pekerja pembersihan sedang mencungkil tanah atau apa sahaja yang 'mencacatkan' pemandangan di jalan bata.
Rupanya ada terowong di bawah tanah!
Memang bijak sungguh orang-orang dahulu membina negara kota!
Banyak fungsi terowong termasuk sebagai laluan air.
Kebanyakan restoran atau cafe yang Amie temui sepanjang kembara, ada ruang makan outdoor. Pelanggan suka menikmati hidangan mereka di bawah sinaran matahari.
|
Church of Saint Blaise |
Inilah antara sedikit gambaran yang dapat Amie kongsikan ketika berjalan-jalan di satu lorong utama kota lama Dubrovnik. Untuk melihat secara keseluruhan di sini mingkin memakan masa beberapa jam, tetapi apakan daya! Menurut TGB masa sangat terhad untuk kami berada di sini.
Bagaimanapun Amie masih tertanya-tanya, apa ada di setiap lorong kecil kota lama ini? Amie sempat ambil gambar lorong-lorong tersebut dan berharap dalam masa 15 hingga 20 minit agar dapat melihat 'ceritanya'.
Berikut antara lorong-lorong kecil yang sempat Amie rakam.
Sewaktu ambil gambar, 'tertangkap' Tembok Duvrovnik di belakang sana!
Itulah yang dimaksudkan oleh TLM tentang kehidupan di negara kota. Raja dan rakyat tinggal bersama di dalam kota yang dikelilingi tembok. Apabila musuh datang menyerang, pintu kota akan ditutup. Rakyat jelata duduk dalam kota sementara para tentera berada di kubu pertahanan!
Ooohhh... begitu rupanya cara hidup mereka pada zaman itu! Rakyat tinggal bersama raja mereka di dalam kota. Patutlah besar sungguh kawasan kota lama ini!
Harapnya dapatlah peluang meninjau salah satu lorong di sini.
saya baca blog akak seolah2 saya sedang berada di sana...
BalasPadamkak... ada tak snap gambar tembok tu dekat2?
BalasPadamsy nak tengok batu yg diorang guna utk buat binaan ni...
warnanya cantik....
lagi tu... wayar letrik kat sini tersorok ke?
tak nampak melingkar sana sini...
Langsung terbayang pula kehidupan mereka di zaman lampau 😍.
BalasPadamTapi cukup merinding baca yg saat pengepungan berlaku. Harus terpaksa makan apapun yg ada termasuk tikus dan mayat anak sendiri 😔. Tak terbayang lah.
Bagusnya bangunan dan kawasannya terjaga. Siap bersihkan lagi tu. Banyak lorong-lorong yang menarik untuk photography. Tempat yang menarik.
BalasPadamBagusnya bangunan dan kawasannya terjaga. Siap bersihkan lagi tu. Banyak lorong-lorong yang menarik untuk photography. Tempat yang menarik.
BalasPadam