Pages

Selasa, 16 April 2024

Resipi Pindang Ikan Bolu

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah puas makan yang berlemak-lemak sepanjang hari raya, hari ini masak sayur bening pula. Encik Suami kurang sihat, batuk dan sakit tekak. Katanya susah hendak telan makanan. Baiklah puasa katanya. 

Petang tadi Amie tanak nasi dan masak lauk Pindang Ikan Bolu, Sayur Sawi Pahit Masak Bening, Gorenng Ikan Gerut-Gerut Berempah dan Sambal Belacan.

Pindang Ikan Bolu

Hidangan Makan Malam / Berbuka 

Ikan Gerut-Gerut Goreng Berempah

Encik Suami dengan Firdaus habiskan ikan goreng ini.

Sayur Sawi Pahit Masak Bening

Biasanya kalau masak sayur bening sawi pahit, Amie tambahkan halia, bawang putih dan lada putih tumbuk. Bubuh suhun dan tomato. Sedap hirup kuahnya yang masih panas. Encik Suami nampak berselera makan nasi dengan ikan goreng berempah, telur masin dan sayur bening. Pindang Ikan Bolu langsung tidak diusik.

Sambal Belacan

Masak nasi dan rebus telur masin sekali harung.

Hirisan buah honeydew dan buah limau.


Amie kongsikan resipi Pindang Ikan Bolu cara Amie. Kuah nampak berminyak sebab dapat minyak tambahan dari lemak ikan bolu. Cili padi itu Amie sengaja letak sebiji-sebiji supaya kuah tidak rasa pedas. Kalau hendak pedas boleh picit cili padi ketika makan. Oleh kerana Amie hanya makan sepotong ikan, selebihnya Encik Suami simpan. Esok pagi boleh panaskan semula baki Pindang Ikan Bolu. Amie hendak masak nasi sedikit buat bekal ke tempat kerja. Lama tak sediakan bekal, rasa macam kekok pula ... ahaks!

Resipi Pindang Ikan Bolu
Bahan-bahan:
  • 4 kepingan ikan bolu
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 ulas bawang putih - pecahkan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 hiris halia
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 10 tangkai cili padi
  • 4 tangkai daun kemangi
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 cawan air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis serai, halia, bawang besar dan bawang putih hingga terbit aroma.
  2. Tuangkan air. 
  3. Masukkan asam gelugur dan serbuk kunyit.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan.
  5. Biarkan sehingga ikan masak.
  6. Kemudian masukkan cili padi, tomato, daun kemangi, garam / perasa pilihan.
  7. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Jemput makan lauk kampung.


27 ulasan:

  1. Pindang ikan bolu menggugah selera,asam gurih segar...apa ikan bolu ini yang banyak tulang /duri halus nya bukan kak Amie?..kalau benar,kami menyebutnya ikan bandeng...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ikan bandeng. Banyak tulang halus tapi ada yang dijual siap dibuang tulang.

      Padam
  2. Lepas seminggu mengadap lauk raya, lauk kampung macam ni pasti membuka selera. Selamat Hari Raya Kak Amie, maaf zahir & batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Carneyz. Maaf zahir batin.

      Padam
  3. waaahhh sedapnyaaa ikan gerut gerut berempah!

    BalasPadam
  4. dah lama tak masak pindang kak... sedapnya hirup kuah dia

    BalasPadam
  5. lauk ni kena makan nasi kuah banjir sedap hirup kuah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Afzan. Saya berkali-kali tambah kuah ke nasi.

      Padam
  6. Husband kak Amie pulak tak sihat ye. Berjangkit jangkit pula sakitnya. Semoga cepat sihat. Letak halia bagi kurang pahit sayur ye kak Amie? Kuah pindang ni suka menyirup kuahnya panas panas. Tapi tak berusik lah pulak. Selera lari jauh agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak halia dan lada putih tu untuk panaskan badan Fizah.
      Lepas hirup kuah, badan berpeluh gitu.

      Padam
  7. Sedapnya pindang. Macam singgang rasanya. Nasi dengan telur masin tu sedap sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, lebih kurang singgang juga tapi masak pindang tumis bawang dan serai dulu dan bubuh serbuk kunyit.

      Padam
  8. busyra first time dngar ikan bolu.. nampak sedap masak pindang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan bolu ni dikenali juga dengan nama ikan susu.

      Padam
  9. Nak kena cari lah ikan gerut² tu. Mesti sedap digoreng berempah.
    Hirup kuah bening bercampur sambal belacan.. sedap ooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama tak hirup kuah bening, memang kembunglah perut kali ini hihihiii.

      Padam
  10. Ikan bolu ini ikan bandeng sepertinya yaa kalo di Indonesia? Kalo ikan ini saya tak suka Krn durinya banyak sangaaat 🤣. Kecuali bandeng presto, makanan orang Semarang, jadi ikannya di masak pakai pressure cooker sampai tulang lunak dan bisa dimakan semuanya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ikan bandeng. Selalunya kalau ada yang dijual tanpa tulang, Kak Amie suka beli. Boleh dipanggang atau digoreng.

      Padam
  11. Lauk kampung ni la yg boleh membocorkan periuk nasi!

    BalasPadam
  12. Macam tak pernah jumpa ikan bolu di sini ..atau mungkin lain namnnya tapi nampak sedap kalau dapat hirup kuahnya

    BalasPadam
  13. Kak Amie kemabali dengan menu-menu superb nya...SA tengok semua sungguh menyelerakan..nak plak SA ada masalah selera makan kan..rasa nak terbang je duduk kat meja makan kak amie tumpang makan sekali

    BalasPadam
  14. lama saya tak makan masak pindang. dulu arwah mak selalu masak. skrg takde org yg suka makan lauk ni

    BalasPadam