Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan menikmati suasana segar dan nyaman kincir air di pondok-pondok kayu yang terdapat di Pliva Lakes.
Ada yang mengatakan ia dibina pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-16. Ada yang kata pada Empayar Austria-Hungary pada penghujung 1800M, selepas Perang Bosnia, kincir air dibina semula dan setiap penduduk kampung memilikinya. Versi lain mengatakan ia dibina lama dahulu oleh seorang pemilik tanah yang kaya sekitar tahun 1500M.
Apa itu kincir air?
Kincir air ialah sebuah kincir yang menggunakan kuasa hidro. Strukturnya menggunakan roda air atau turbin air untuk menggerakkan proses mekanikal seperti pengilangan (pengisaran), pergolekan, atau penukulan. Kebanyakan proses diperlukan dalam penghasilan barangan bahan, termasuk tepung, balak, kertas, tekstil dan banyak produk berasaskan logam. Kincir air ini terdiri daripada penggilingan gandum, pengilang kayu, pengilang kertas, pengilang tekstil, penukulan, penukulan besar, penggelekan, dan pengaliran wayaran.
Terdapat lebih kurang 20 buah kincir air di Tasik Pliva.
Hanya sebuah video sahaja yang boleh dimuatnaik di sini.
Aliran air yang deras dari tasik.
Air inilah yang mengalir ke bawah pondok-pondok yang sudah tersedia dengan kincirnya.
Setiap pintu pondok dikunci. Jadi tidaklah dapat melihat apa ada di dalamnya. Sekadar mengetahui bahawa di pondok-pondok inilah dahulu digunakan untuk memproses gandum menjadi tepung dengan daya kuasa air yang kuat. Macamana gandum diproses atau dikisar? Di bawah pondoklah adanya kincir air atau roda air yang bergerak mengikut pusaran air.
Dengan suasana yang tenang dan nyaman serta sejuk, memang syok betul dapat berlama-lama di sini! Kalau ada buaian... alahai!
Cuba perhatikan dicelah-celah tiang podok dalam gambar di atas. Di sinilah kedudukan kincir air yang berfungsi sebagai jentera untuk mengisar tepung. Tepungnya sudah tentulah di bahagian atas, dalam pondok!
Lawatan ke sini bukan sahaja kami dapat menyaksikan pondok-pondok kayu yang cantik sebagai pusat memproses gandum tetapi pada masa yang sama menikmati keindahan alam semulajadi yang terdiri daripada elemen air dan persekitan alam yang sungguh indah. Selain itu dapat memahami dan mengenali lebih lanjut sejarah dan geografi bumi Bosnia.
Sudahlah persekitarannya indah, ditambah pula dengan bunyi deru air yang mengasyikkan! Memang tidak puas-puas memandang aliran air yang mengalir tanpa henti di atas permukaan bumi yang sangat unik ini.
Subhanallah!
Andainya ada tawaran untuk berkunjung lagi ke sini, memang tak tolak punya! Sebenarnya banyak lagi wilayah Bosnia Herzegovina yang tidak sempat dikunjungi! Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat jejak sebahagian kecil buminya.
Andainya ada tawaran untuk berkunjung lagi ke sini, memang tak tolak punya! Sebenarnya banyak lagi wilayah Bosnia Herzegovina yang tidak sempat dikunjungi! Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat jejak sebahagian kecil buminya.
Ini sahajalah perkongsian tentang Wooden Watermills di Pliva Lakes yang dapat Amie kongsikan.
Selamat menunaikan ibadat puasa dan bersama-sama memburu Lailatul Qadar di malam-malam terakhir menuju ke penghujung Ramadan al-Kareem.
Tengok gambar pun dah tahu best datang sini. Sukanya lah dengar bunyi air. Tu yang rasa tenang macam terapi. Kawasannya cantik, bersih dengan air terjun jernih tu memang seronoklah kalau dapat berlamaan di sini. Siapa je yang nak menolaknya kan.
BalasPadamcantiknya kak nampak air tu nyaman dan sejuk je kan...
BalasPadamSayang la pondok itu semua dikunci.. kalau tidak mesti dah boleh lihat bagaimana ia berfungsi.. btw suka tgk tempat ni.. Bersih.. kemas.. teratur dan cantik... :D
BalasPadamKak Amie.. suasananya macam dalam filem omputeh berlatarbelakang zaman 50 & 60-an.
BalasPadamOh watermills nya di bagian bawah ya kak? Saya pikir macam di Belanda yg mana terlihat jelas. Menariiik nih.
BalasPadamMemang cantiiik sangat bosnia. Saya dah betul2 tertarik kesini, mungkin nantilah setelah target Alaska dan Mongolia saya tercapai.
Subhanallah cantik nya alam. Suka nya tengok pondok2 kecil kincir air dan tepung tu, comel je.
BalasPadamRasa nak masuk dalam gambar gambar tu....
BalasPadam