Pages

Khamis, 4 April 2024

Buka Puasa dengan Bubur Nasi Berlauk

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sudah masuk hari kedua puluh empat umat Islam berpuasa. Semoga terus dipermudahkan urusan ibadat puasa sehingga ke penghujung Ramadan. Jangan lupa terus berdoa agar saudara seagama kita di sana terus tabah menghadapi ujian berat d bulan mulis ini. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat segala penderitaan  dan kembali merdeka menikmati kehidupan di atas tanah mereka. Amin.

Petang tadi Amie masak bubur untuk juadah berbuka. Dari minggu lepas lagi Encik Suami hendak makan bubur. Kumpul bahan itu dan bahan ini untuk dijadikan lauk.Eh, banyak pula lauk-pauknya.

Bubur  Nasi Berlauk

Lauk asas bubur nasi yang Amie sediakan:
  • Telur Masin
  • Ikan Masin Goreng
  • Ikan Bilis Teri Goreng
  • Kacang Tanah Goreng
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup / Bawang
  • Pickled Lettuce
  • Kicap Lada
Lauk Bubur Nasi

Ada tambahan lauk:
  • Fish Ball
  • Putik Jagung Celur
  • Daun Salad & Tomato

Buah Tembikai Merah + Tembikai Kuning + Tembikai Susu


Samosa kegemaran Firdaus.

Petang ini Encik Suami tidak sediakan jus buah sebab Amie sudah buat air mata kucing @ luo han guo.

Balik dari solat terawih, Encik Suami terus ke dapur buka periuk cari bubur nasi!

8 ulasan:

  1. Masyaa Allah...terliur la pulak nampK bubur berlauk...jeruk lettuce tu pasti membuk selera

    BalasPadam
  2. Tergoda betul dengan hidangan bubur berlauk Kak Amie. Meriah lauknya pun. Haruslah mengulang makan lepas tarawih. Samosa fav Daus tak tinggal. hihi...

    BalasPadam
  3. Seronok tgok nasi berlauk.. Tp, kalau linda nk buat.. Tak tahu lah bila nya yg jadi... Kikiki

    BalasPadam
  4. lengkap dan ada macam2 lauk sampingan

    BalasPadam
  5. Bubur nasi tu dah sedap ditambah lagi kalau kemas susunan mcm tu .. mmg menambah selera sgt2..

    BalasPadam
  6. Sy ada berangan jugak nak makan bubur nasi berlauk tapi yang beli, hihi.

    BalasPadam
  7. Memang lapar liatnya.. untung saya dah kenyang saat makan ini 🤣. Bubur nasi plus telur Masin, cocoook sangat kak. Tapi saya suka telur Masin yg tak Masin sangat. Dan kuningnya agak cair . Sedap tuh

    BalasPadam
  8. Jumaat lepas dapat banyak Bubur Lambuk dari office suami. Share dengan jiran, dibalas dengan Bubur berlauk atau Nasi Air, sedapnya Alhamdulillah.

    BalasPadam