Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja selesai lawatan di Wooden Watermills di Jajce, bas terus menuju ke Krivace dan berhenti di hadapan Restoran Sest Brace. Sest Brace bermasud 6 Beradik. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka satu tengah hari, dan di negara kita sudah pukul lapan malam. Orang sana sedang menghadap makan malam, kami baru hendak makan tengah hari.
Melihat hidangan yang disajikan, memang Amie akui kata-kata pakar gizi pemakanan dari Amerika, Adelle Davis : Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper. Versi lain pula ada menyebut : Eat your breakfast, share your lunch, and give your dinner to your enemy.
Kiranya amalan diet orang putih ini bermula dengan pengambilan nutrisi lengkap ketika sarapan. Badan kita memerlukan nutrisi lengkap dalam darah untuk mendapatkan tenaga, mineral dan garam untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi. Apabila kita bangun pagi, aras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi dengan mengambil sarapan yang secukupnya, ia akan menjadi bekalan nutrisi ke otak. Hal ini akan membuatkan kita lebih cerdas dan cergas ketika memulakan hari. Sekiranya kita abaikan sarapan, tubuh akan cepat letih dan kurang bermaya, rasa mengantuk, hendak tidur saja dan sudah tentulah tidak cergas untuk membuat sebarang aktiviti.
.
Jadinya, bagi mereka sarapan paling penting (KING) berbanding makan tengah hari (PRINCE) dan dinner (PAUPER). Misalnya, hidangan makan malam kami hanya disajikan dengan sup dan roti serta ikan trout panggang sahaja. Dan sangat berbeza dengan hidangan sarapan yang disajikan pelbagai pilihan makanan!
Hidangan tengah hari kami pada hari ini :
- Roti
- Set Lamb Grilled + 3 sudu besar nasi + kobis
- Air kosong
Lamb Grilled
Restoran Sest Brace ini terletak di tepi jalan besar di kawasan perkampungan.
Domaci Hljeb - Roti Buatan Sendiri
Domaci Hjleb |
Cuka + Garam + Lada Hitam + Gula |
Kali ini makan tengah hari ditaja oleh agen pelancongan.
Ada dua pilihan iaitu Lamb Grilled dan Chicken Crilled.
Jika hendak minum selain air kosong, boleh beli dan bayar sendiri.
Di dalam restoran terbahagi dua bahagian pula.
Satu ruangan di bahagian dalam dan satu ruangan lagi di bahagian luar.
Memandangkan nasi yang dihidang hanya seco'et, jadi kami tambahkan sekeping roti dalam pinggan masing-masing. |
Chicken Grilled |
Amie : Lamb Grilled |
Tambahkan sekeping Domaci Hjleb |
Segelas air kosong. |
Benarlah kata pepatah tu kan. Tapi kita pulak dah biasa makan tengahari like a king. Orang local memang suka berpanas sebab dah biasa sejuk kot kan. Mesti sedap domaci tu. Mana kenyang makan nasi secoet. Mujur gak ada domaci boleh tambah karbo.
BalasPadamItulah bezanya konsep makan orang Asia dengan orang Eropah. Orang belah-belah Timur Tengah pulak macamana pula ye. Nampaknya kena study juga ni hihihiii.
PadamLepas raya ni sy nak sarapan mewah² la.. tapi tengahari tetap lapar nasi campur pulak nanti, camno? Hahaha.
BalasPadamMakan ikut keperluanlah kita kan SK. Kalau tengah hari memang nak makan lebih dari sarapan.
Padamtekak org malaysia tetap nak cari nasi kan hehehe
BalasPadamBetul tu sebab makanan ruji orang Asia sudah tentulah nasi.
PadamOrang Malay orang Indo, kemana-mana cari nasi. Heheee
BalasPadamBetul itu ya.. kalau tidak sarapan, badan biasa lemas sekali. Mengantuk juga.
Ya, memang perlu alas perut di pagi hari untuk tambah tenaga sewaktu beraktiviti.
PadamBagus konsepnya, Krn memang sebaiknya makanan yg bergizi di makan saat sarapan, di mana kegiatan kita akan full . Jadi butuh energi.
BalasPadamSementara kalo malam kan memang waktunya istirahat.
Tapj kalo di sana, saya dah pasti lah memilih roti utk Karbo, nasi skip semua 🤣.
Malam memang kena kurangkan kuantiti terutama karbo sebab kita hendak berehat dan tidur. Karbo jadi lemak yang tak digunakan sudah tentu akan bertukar menjadi gula dalam darah. Itu penyebab utama terjadinya diabetes.
PadamSedapnya grilled chicken dan lamb tu. 3 sudubesar nasi.... memang kena tambah roti :)
BalasPadamHahahaaa... sikit sangat nasinya kan Mulan.
PadamHahaha...lawak ,lori balak pun nampak cantik🤣
BalasPadamRoti pun nampak menarik dan sedap...biarlah nasi secoet janji ada kambing🤭