Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah dalam Surah Ar Ra'd 13: 3: yang bermaksud:
Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Alhamdulillah, walaupun penat berjalan tertonggek-tonggek melalui denai hutan, turun dan naik bukit namun setelah melihat tasik dan air terjun yang jernih mengalir serta begitu menakjubkan, berbaloi rasanya berpenat lelah!
Allahu Akbar!
Hanya rakaman gambar sahaja yang mampu menzahirkan segala keindahan alam ciptaan-Nya. Tidak terasa suhu dingin, sampai terlupa hendak melihat bacaannya dek terlalu teruja melihat suasana di sekitar. Deru air terjun bagaikan irama yang mengasyikkan, percikan air yang kelihatan seperti butiran kristal dan warna biru kehijauan air tasik tak mungkin dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang rakaman kenangan.
Hanya rakaman gambar sahaja yang mampu menzahirkan segala keindahan alam ciptaan-Nya. Tidak terasa suhu dingin, sampai terlupa hendak melihat bacaannya dek terlalu teruja melihat suasana di sekitar. Deru air terjun bagaikan irama yang mengasyikkan, percikan air yang kelihatan seperti butiran kristal dan warna biru kehijauan air tasik tak mungkin dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang rakaman kenangan.
Ranting-ranting kering dan gua batu kapur mempunyai keunikannya yang tersendiri. Langit membiru sepanjang waktu, melengkapi warna alam semula jadi yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Subhanallah!
Amie kongsikan video terakhir yang sempat dirakam. Video yang lain tidak dapat dimuat turun.
Ini merupakan tempat lawatan terakhir kami. Walaupun hanya sebahagian kecil kawasan yang sempat dijelajahi namun sudah cukup mengujakan. Beribu syukur diberi peluang untuk sampai ke tempat ini. Allahu Akbar!
Syurga Allah yang tidak dapat digambarkan, tidak dapat dibayangkan dengan mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas oleh hati dan tidak pernah terjangkau oleh akal fikiran. Suasananya tidak panas membakar dan tidak pula sejuk menggigil.
Sedangkan alam ciptaan-Nya yang kita lihat di dunia sudah begini nyaman dan indah, apalagi syurga dan segala isi-Nya!
Firman Allah dalam Surah Al-Hadil 57:21 yang bermaksud:
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.
Asyiknya telinga mendengar deruan air terjun yang mengalir laju dari tasik yang tenang!
Walaupun kaki terus melangkah ke hadapan, tetapi sesekali toleh juga ke belakang!
Pemandangan hutan di sebelah kiri perjalanan.
Papan tanda ini tertulis Milanovacki Slap menunjukkan adanya air terjun setinggi 10 meter. Sayangnya video buat hal pula, tak dapat dikongsikan. Hanya beberapa keping gambar sahaja yang ada.
Tibalah masa untuk kami meninggalkan Tasik Plitvice!
Sesekali toleh ke kiri melihat tasik dengan airnya yang berwana biru dan hijau!
Sewaktu menuruni bukit menuju ke bahagian tasik tidaklah banyak tenaga di gunakan. Apabila mendaki bukit untuk ke tempat rehat, barulah sedar bukan semua trek mendatar. Ditambah pula dengan perut yang mula berkeroncong! Lapar dan dahaga!
Susunan kayu untuk pejalan kaki ini kelihatan sangat menarik!
Mungkin ini potongan kayu bic kerana hutan di sini kaya dengan pokok bic.
Di sinilah kami berehat, makan tengah hari dan solat jamak taqdim zohor dan asar.
Sedang di dunia sudah terlalu indah ciptaan-Nya, apatah lagi di syurga 🥹
BalasPadamMudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dianugerahkan belas ehsan untuk masuk ke syurga-Nya. Amin ya Allah.
PadamTak terasa penat kalau khusyuk menikmati permandangan indah ciptaan Allah. Boleh jadi tempat healing menjamu mata, telinga dan hidung. Bau segar, bunyian yang tenang. Denai pun cantik kalau bergambar di tepi tu. Bersih dan terjaga je tengok.
BalasPadamMain tangkap muat saja gambar-gambar tu, Alhamdulillah cantik juga hasilnya apabila dilihat semula. Ingin berlama-lama di sini tapi apakan daya, masa sangat terhad.
PadamMasya Allah!. Subhanallah!. Cantiknya view Amie. Hilang stress kalau pegi tempat2 mcm ni.
BalasPadamBetul sangat!
PadamSuasana yang sejuk, nyaman dengar bunyi deruan air... nampak indah dan bersih memang jadi terapi minda!
memang cantik
BalasPadamteramat cantik
kalau boleh nak duduk lama-lama kan kak
kat situ?
duduk sampai puas
mmg betul laa bla tgk alam semula jadi ni
minda rasa relaks je...
tak fikir dah benda lain
hanya menikmati alam di dpn mata
Tak puas kan tengok view ni, jari pun tanpa sedar tekan camera/hp untuk ambil gambar sepuas2 nya. Awesome sangat semua nya Subhanallah.
BalasPadamSubhanallah, cantiknya..pemandangan dan suasana..tenang aje..2 kali SA scroll gambar...rasa tenang aje walau hanya dalam gambar
BalasPadammemang cantiiiik sangaaat. melihat bebek berenang di danau, saya langsung terpikir, tak dingin kah mereka rasa ;p.
BalasPadam