Pages

Jumaat, 29 Mac 2024

Adakah Aku Sedang Berada di Pintu Syurga?

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa' Ayat 122:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar,  dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?


Amie sudah sampai ke pintu perjalanan masuk ke Tasik Plitvice. Marilah sama-sama kita menghayati keindahan alam ciptaan Allah yang Amie kongsikan dalam entri ini. Walaupun belum separuh jalan, tapi banyak Amie rakam gambar untuk kenang-kenangan. Antaranya termasuklah tasik, air terjun dan gua batu kapur. Amie kongsikan beberapa buah video agar dapat melihat dengan lebih jelas gambar yang Amie paparkan.






Objek di dalam tasik jelas kelihatan kerana airnya yang sangat jernih!




Jom teruskan meniti jambatan kayu bersama Amie ke kawasan air terjun.



















































Melihat pemandangan begini pun sudah terpegun-pegun, bagaimana pula gambaran syurga Allah Yang Maha Besar? Ya Allah... ampuni segala dosa hamba-Mu ini. Aku tidak layak masuk ke syurga-Mu, tapi aku tidak mampu menahan panas api neraka-Mu. Aku takut ya Allah! Terimalah taubatku, ampunilah segala dosaku!







Sekian dahulu, perkongsian untuk kali ini. Semoga kita akan sentiasa mensyukuri segala nikmat Ilahi dan menambahkan iman dan taqwa kita kepadanya. Amin.
In syaa Allah akan menyusul entri berikutnya, terakhir untuk lawatan ke Tasik Plitvice. Jumpa lagi.






12 ulasan:

  1. Subhanallah. Cantiknya pemandangannya

    BalasPadam
  2. MashaAllah..cantik sungguh. Macam lukisan. Laluan kayu tu cantik elok je. Tapi yang macam berlumut sikit kena air tu rasa macam seram pulak nak ikut laluan tu. Risau je rapuh jatuh dalam air.
    Terima kasih kak Amie share gambar dan videonya. Dapat juga menikmati walaupun hanya dalam gambar. Kalau datang sini, bateri kong terus sebab banyak ambil video dan gambar. hihi...

    BalasPadam
  3. Antare tempat yang cantik dan menarik yang saya saksikan...alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Cantik sangat.. speechless tgk gmbr tu semua

    BalasPadam
  5. cantik dan memukau!
    kat sini tak boleh buat sebarang aktiviti air ya kak?

    BalasPadam
  6. kejernihan air tu dah boleh agak betapa alam semulajdi kat sini
    dipelihara dengan begitu baik sekali...
    air terjun tu menambahkan lagi seri tasik ni

    BalasPadam
  7. Subhanallah cantiknya sangat. Jernih nya air tasik. Air Terjun dan semuanya sangat awesome. Moga tercapai impian ke sana Insyaa Allah

    BalasPadam
  8. Pemandangan yang memukau pencinta alam macam SA..ntah bila la dapat SA jejak kaki ke sini..cantik betul...

    BalasPadam
  9. saya yakin view aslinya jika melihat dengan mata sendiri, pasti jauuuh lebih cantik kan ^o^.

    memang ciptaan allah ini tak ada yg menandingi..

    airnya kliatan jernih memang dan tenang. tapi justru itu yg seram, krn biasanya bahaya dan dalam :D. apalagi saat winter ini, dinginnya bagai es

    BalasPadam