Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat, 16 Februari 2024. Pagi yang dingin, suhu menunjukkan angka 2'C. Mari sarapan di Hotel Bela Krajina yang menghidangkan menu Slovenia.
Jumpa lagi hiasan kayu-kayu yang dipacak di dinding dan sudut-sudut tertentu seperti pemandangan semalam.
Sebelum melanjutkan langkah kaki ke bahagian dalam, mata dijamu terlebih dahulu dengan pemandangan di sini. Kreatif sungguh mereka mencuri tumpuan para tetamu yang datang.
Jus buah sentiasa menjadi keutamaan sajian setiap hotel sebagai pilihan minuman pagi.
Pelbagai jenis teh dan kopi turut disediakan.
Tepat pukul tujuh pagi, kami sudah boleh mengambil sajian untuk sarapan. Sebelum itu kami dimaklumkan oleh TGB dan TLM bahawa semua makanan yang disediakan boleh dimakan, dan tiada hidangan tidak halal berasaskan daging dan yang sewaktu dengannya.
Terdapat pelbagai jenis pastri yang nampak sedap belaka. Namun begitu seperti biasa, Amie akan ke bahagian buah-buahan dan salad terlebih dahulu.
Kalau di negara sendiri kita sudah terbiasa makan roti putih yang lembut, di sini semuanya keras terutama bahagian luar roti. Kalau celup sup memang senanglah hendak ditelan.
Telur. |
Roti Panggang Salut Telur & Grilled Vegetables. |
Tak pasti apakah nama makanan ini. Yang di sebelahnya bentuk bulat putih itu bukan telur! |
Keju dan buah-buahan potong. |
Buah strawberi, hirisan capsicum, butter dan pelbagai jenis yogurt.
Buah zaitun jeruk. |
Strawberi. |
Kamsiah : Apple Juice Amie : Orange Juice |
Kamsiah : Minuman panas , tak tahu apa yang diambil. |
Amie : Taman buah-buahan dalam pinggan. |
Yang bentuk putih buat macam telur dibubuh manisan di atasnya itu Amie tak jumpa namanya lagi.
Memandangkan selalu lewat makan tengah hari dan rasa lapar dalam bas, jadi paksa diri untuk makan roti. Keras pun keraslah! Janji kenyang.
Teringin pula hendak makan telur hancur dan capsicum panggang! Jadi, cukuplah dapat tenaga di pagi hari membawa ke tengah hari nanti.
Ini bukan mangkuk strawberi Amie ye. Ini sarapan pagi Lucy! Ada enam biji strawberi, Amie tambahkan sebiji lagi dari pinggan Amie, jadi Lucy sarapan tujuh biji strawberi. Ini baru pembuka selera dia, belum lagi makanan yang seterusnya... ahaks!
Stuffed Pepper with Cauliflower and Kus-Kus. |
Ada rakan blogger yang bertanya tentang hidangan kus-kus di sini: MAKAN KUS-KUS DI HOTEL BELA KRAJINA dan ingin tahu lebih lanjut tentangnya. Kus-kus atau couscous ialah sejenis produk bijirin yang diproses daripada tepung durum atau tepung semolina. Kus kus merupakan makanan rugi atau makanan utama penduduk Afrika Utara, namun kini sudah menjadi sumber karbohidrat yang terkenal di seluruh dunia. Sebagaimana jenis karbohidrat yang lain seperti nasi dan gandum, kus-kus juga boleh dinikmati bersama buah-buahan, sayuran dan daging. Rasanya juga pelbagai dari manis hinggalah pedas. Samalah dengan nasi. Ada yang manis seperti wajik. Ada yang pedas seperti bubur pedas. Terdapat beberapa jenis kus-kus yang ada di pasaran seperti kus-kus Maghribi dan kus-kus Lubnan.
Kadang-kadang Amie jumpa kus-kus yang agak kasar, dan ada juga yang halus. Amie pernah makan kus kus beberapa kali sewaktu jalan-jalan di Turkey. Oleh kerana agak sukar untuk sentiasa makan nasi, kiranya kus kus itu bolehlah dijadikan 'nasi' untuk pujuk hati... ahaks.
Kus kus yang Amie makan di hotel ini pada sebelah malamnya merupakan kus-kus yang agak halus, disumbat ke dalam capsicum. Di dulang sebelah seperti kus-kus sumbat dalam zucchini. Rasanya kus-kus itu ditambah dengan kubis bunga.Tak ingat dah apa rasanya!
Uwaaaaah yoghurtnya tak coba kak? 😍😍 kalo saya dah pasti pilih yoghurt dengan buah, supaya makin lancar ke belakang 😄😄.
BalasPadamMemang saya suka yogurt tapi memikirkan akan berada di dalam perjalanan, terpaksalah tahan diri makan sebab takut perut akan meronta-ronta dalam bas.
PadamBener juga sih. Yang ditakutkan tak sesuai dengan waktu yg kita mau yaa 😂😄
PadamOh, begitu rupanya kus-kus, makanan ruji mereka dan dimakan dgn lauk². Boleh juga disumbat². Tentu ia amat mengenyangkan.
BalasPadamSedap² sarapannya. Untung plak ada buah strawberry yg boleh diambil banyak².
Buah-buahan memang mewah di sini. Sudah habis tambah lagi dan lagi.
PadamBanyak pilihan sarapan, seronok nak mencuba.
BalasPadamTeringin jugak nak mencuba kus-kus.
Kus-kus ni rasanya tawar, berbiji-biji. Tapi kalau pandai masak, sedap juga rasanya.
Padamada strawberyy wahh sedappp ni
BalasPadamoo kus kus tu teksturnya berbiji-biji.. ingatkan mcm tekstur kentang putar hehe
BalasPadamRasa nak masuk dalam gambar join duduk tepi tingkap tu menikmati sarapan.Saya suka roti roti keras tu berbanding roti putih..
BalasPadamBiasa nampak bunga segar dengan tangkai panjang..Ini siap ada bunga pendek dalam vase tu..cantik sangat nampak
sedap sungguh nengok segala menu sarapan akak tu
BalasPadamBest dapat makan tepi tingkap. Menu breakfast tu berbagai2, semua nampak sedap. Strawberry disaji ketika breakfast woww best nya.
BalasPadamSaya di Berlin tu hari pun sarapan berhati-hati.. Makan roti dengan telur saja..
BalasPadamBagus juga diberitahu awal-awal semuanya halal boleh dimakan. Jadi kita tak teragak agak untuk ambil makanan. Roti keras kena celup kuah panas baru sedap makan. Atau cicah kopi. Sarapan berkhasiat pagi pagi ni.
BalasPadam